Jun 27, 2016

DON'T give up!

Boleh tahan lama jugak nak fikir first sentence ni... Maklum lah, dah lama tak menaip... Eh, dah tertulis dah pun ;D Empat bulan lepas kononnya nak back to blogging, tapi hrmm... Sekali lagi blog terabai =_=' Entah blog ni ada orang singgah ke tidak... But it's okay.. Blogging is one of my passion and I'll keep on sharing my stories and thought here whenever I'm free or whenever I think I need to blog.

Sebenarnya dah lama anis rasa nak share tentang hidup anis yang 'terumbang-ambing' ni dekat korang and especially adik-adik di luar sana untuk dijadikan tauladan dan motivasi untuk terus berusaha dan jangan rasa GIVE UP.

Kalau masih ada lagi follower atau rakan-rakan yang follow blog anis dari dulu, mesti korang tahu yang anis dulu ambil course Dentistry di UKM. Kalau yang tak tahu pun, sekarang dah tahu kan :) Tiga tahun menghadap course dental tapi nampaknya course ni memang betul-betul tak sesuai dengan anis. Tahun pertama kena mengulang paper, alhamdulillah lepas. Tahun kedua kena mengulang lagi, dan nasib kurang baik, terpaksa repeat year. Masuk tahun ketiga anis dah rasa takde hati dah dekat course ni. Sumpah anis rasa belajar kerana terpaksa dan sangat-sangat stress. Banyak kali kena panggil dengan lecturer untuk jumpa dia dan kena soal kenapa result teruk and so on... Tambah lagi kena psycho dengan dekan.. Masa tu hanya mampu menangis je.. Nak ditelan mati emak, diluah mati bapak, gittew..

Sejujurnya anis betul-betul rasa give up untuk teruskan course dental sebab anis memang tak minat langsung belajar benda-benda teori especially subjek yang berkaitan biology. Memang lah kalau anis belajar betul-betul and focus, dengan izin Allah anis rasa anis mampu lagi untuk pass the papers tapi hati anis memang kuat mengatakan yang I need to change my course of study. This is really not me. Bila nak menyampaikan hasrat nak tukar course, mesti rasa bersalah dan bila diluahkan people keep on pushing me to continue this course and DON'T GIVE UP. 

Memang betul, kita tak seharusnya mengalah dan anis berterima kasih banyak-banyak dekat kawan-kawan anis especially Ayu dan juga kedua ibu bapa anis yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anis. Tapi, hanya diri kita sendiri yang tahu kemampuan diri kita. Di tahun ketiga pengajian, anis terpaksa tinggalkan juga UKM kerana anis dikatakan 'gagal'.

Sedih, kecewa, malu, pahit dan perit untuk anis telan yang anis sudah 'gagal'. Masa tu rasa loser sangat-sangat. Allah je tahu perasaan bersalah, rasa diri ni tak berguna sebab kecewakan ibu bapa, rasa macam dipandang serong oleh kawan-kawan dan mula rasa orang jauhkan diri dari anis. Masa tu memang anis rasa tertekan yang amat, siang malam menangis memikirkan apa anis nak buat lepas ni, still ada harapan ke untuk anis berjaya... Berbulan-bulan jugak lah anis hidup macam mayat hidup. Makan pun tak lalu... Uish, macam makin serious pulak cerita ni... hehehe :D Chill2, anis bukan nak raih simpati dari korang, cuma nak berkongsi...

Dalam masa tengah mood sedih tu kan, alhamdulillah Allah berikan anis kekuatan untuk tidak putus asa. Masa tu, anis bersyukur sebab diberi masa untuk dekatkan diri lagi dengan Allah. Ingat tau, walau sejahat mana pun kita sebelum ni, Allah tetap ada untuk kita. Doa banyak-banyak untuk diberikan kekuatan. Setiap hari anis remind diri anis untuk fikir positive. Positivity dalam diri kita sangat-sangat penting sebab dengan aura positive ni, kadang-kadang benda yang kita tak jangka kita capai, kita berjaya dapatkan. Dan bila kita sentiasa positive, bila musibah berlaku dekat kita, kita akan rasa redha dan tak mengalah untuk cuba dan cuba lagi.

Berbekalkan semangat dan harapan yang ada dalam diri anis untuk perbetulkan semua kesilapan yang pernah anis buat, anis apply untuk meneruskan pengajian dan course yang anis pilih tak lain tak bukan iaitu Bachelor of Accountancy. Yes, this is the course that I want to take since high school but due to a lot of opinions that oppose me from pursuing my study in accounting, I just forget about it and follow what people want me to do. Kerjaya sebagai akauntan kan, mana ada orang pandang. Akauntan gaji kecik. Kalau cakap kat nenek anis pun, dia pun tak tau accounting ni macam mana. Tambah lagi ditanya "senang dapat kerja ke?" Betapa rendah nye darjat profesion akauntan berbanding doktor di sisi masyarakat. Tapi takpa, walau apa pun bidang yang korang tengah study sekarang ni, percaya lah rezeki datangnya dari Allah.

Alhamdulillah, dah dua tahun anis berjaya hadapi course Accounting ni dan tinggal lagi dua tahun untuk anis habiskan course ni. I'm half of the way already, yeay! Masa mula-mula memang rasa susah sebab anis takde basic akaun langsung. Memang budak 'pure science' orang kata. But believe me, when there's a will, there's a way. Anis banyak bertanya dekat senior2, kawan-kawan sekolah lama anis yang dah ambil couse ni. Alhamdulillah, diorang semua sangat-sangat supportive, tak kedekut ilmu nak share dengan anis pengalaman diorang dan bagi kata-kata semangat dekat anis. Thanks Syaza, Piqah, Zeqa and others. 

Masa berlalu agak pantas, sedar-sedar je next sem dah nak masuk 3rd year. Sedar-sedar je umur dah meningkat. Eh! Nasib baik muka comel, orang pun tak perasan yang anis jauh lagi tua dari batchmate anis ni... hehehe :p Tipu kalau anis tak rasa jealous tengok mostly kawan-kawan dah grad, dah ada kerjaya, dah boleh pakai kereta, yang dah beli rumah pun ada. Impressive betul kawan-kawan anis ni. Tapi selalu anis ingatkan diri anis, setiap orang jalan hidup nya berbeza-beza... Mungkin rezeki anis untuk rasa semua tu lewat sikit tapi Allah tetap kurniakan rezeki yang anis tak pernah bayangkan yang anis mampu capai semua ni. Alhamdulillah, daripada tiga sem yang lepas, dua daripadanya anis dapat anugerah dekan. Sekarang ni anis baru sahaja habis final exam sem 4 dan belum dapat result lagi. Doakan untuk anis ya ^_- 

Kesimpulan daripada entry yang panjang berjela ni, jangan lah sesekali GIVE UP. Kerana bila korang mengalah, maknanya korang kalah dengan diri sendiri. Kalau anis give up lepas anis gagal dulu, mungkin anis tak sambung study sekarang ni dan mungkin hati anis takkan sekuat sekarang ni. Bila rasa nak give up je, mesti anis akan teringat balik masa anis gagal dulu. Nauzubillah anis tak nak lagi jadi macam tu. Tak nak susahkan hati umi abah anis lagi. Dan yang penting untuk adik-adik yang still lagi blur-blur nak sambung study apa lepas ni, fikir lah masak-masak. You know your strength better than others. Don't let people tell you what to do, you make your own decision because it is your life, not them. Don't be afraid to make mistake, because when you don't, you are not learning. Believe in yourself even no one is believing you. Everyone has their potential, either you take it or leave it. 

Fuh, tak sangka mampu taip entry sepanjang ni. Kat bawah ni anis share part of "try everything" lyrics, sang by Shakira for Zootopia movie. Cerita ni sangat motivational, wajib tengok okay! Tak kira la kau da tua berbulus, kena tengok jugak! :p

I messed up tonight, I lost another fight
I still mess up but I'll just start again
I keep failing down, I keep on hitting the ground
I always get up now to see what's next
Birds don't just fly, they fall down and get up
Nobody learns without getting it wrong
Look how far you've come, you filled your heart with love
Baby you've done enough, take a deep breath
Don't beat yourself up, don't need to run so fast
Sometimes we come last, but we did our best
Till then,
XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...