May 30, 2015

Gunung Angsi 230515

Kalau dulu, nak suruh buat aktiviti outdoor je mesti complain. Tak best lah, penat lah, susah lah dan macam-macam lagi la alasan. Tapi kalau orang ajak mendaki escalator shopping mall memang rajin je kan >_< Itu dulu, sekarang rasa macam best jugak pegi daki gunung masuk hutan bagai. Adventure Time! *nyanyi macam kartun Finn & Jake *kantoi dah besar tengok kartun lagi Teheee ^_^

Al-kisah nye sabtu lepas anis dengan member-member OutdoorKL ke Gunung Angsi, Negeri Sembilan. First time ni nak panjat gunung! Tapi actually Gunung Angsi ni tak sampai 1000m pun tapi still nama dia Gunung Angsi. Gunung ke bukit ke lantak la, yang penting sekarang anis first timer! Sebab kitorang pun takdelah berpengalaman sangat bab-bab hiking ni kan, so kitorang ikut Bukit Putus route. Untuk naik ke Gunung Angsi ni ada dua route, Bukit Putus dan Ulu Bendul. Kalau naik ikut Ulu Bendul lagi adventure. Maybe next time boleh cuba :D

Masa awal pendakian, trek dia agak curam. Kena mendaki sikit la. 10minit pun dah mengah. Ohye, before naik korang kena bayar RM5 seorang (permit). Disebabkan hari sebelum kitorang pergi tu hujan lebat, so trek agak licin. Kena hati-hati la masa jalan tu, kowt nanti kaki stuck dalam tanah lembap ke kan. But overall okay je, boleh jalan lagi... Overall trek, ada yang menaik, menurun dan mendatar. Masa jalan mendatar tu yang best, siap boleh catwalk lagi uolls! :p

Azam lead!







Untuk orang yang semput-semput macam anis ni, korang jangan risau sebab kat sepanjang trek memang banyak pit stop. Siap ada bangku bagai. Perkakas masak pun ada! Boleh camping siap! Dan setiap kali korang buat hiking, make sure korang lantik sorang jadi sweeper supaya takde sape-sape tertinggal kat belakang sorang-sorang. Hike kali ni Zoey jadi sweeper, kadang-kadang Zul. Walaupun diorang kat belakang, tapi diorang la yang paling semangat. Kalau takde diorang, mungkin anis tak naik sampai peak pun >_<



Breathtaking view at one of the pit stop
Sepanjang trek, korang akan jumpa macam-macam jenis flora dan fauna. Cantik! Subhanallah! Masa ni lah nak rasa indah nye ciptaan Allah dan banyak lagi yang kita tak pernah tengok pun sebelum ni. Suasana dalam hutan ni pun tenang je. Sepanjang trek tak rasa panas pun, sejuk je.. Even matahari pun tak direct ke kita sebab ada pokok tinggi-tinggi. *beauty reminder: apply sunblock even you're not directly expose to sunlight *_^






Selepas 2jam 25minit mendaki, sampai jugak ke puncak! Tak sangka sampai puncak! Sebab target nak naik selagi boleh dan nak sampai puncak tu macam mustahil untuk first timer macam anis. Tapi diorang-diorang ni memang semangat! Masing-masing bagi support. Setiap kali bertembung dengan orang yang dah turun dari puncak mesti tanya jauh lagi ke, trek macam mana... Paling tak pun say hi or bagi salam :) But, as an advice, korang tak perlu la nak kejar masa untuk sampai peak. Enjoy the moment, the view and keep your pace. 

We made it to the peak of Gunung Angsi! 
From left : Yana, Zul, Zoey, Azam, Dibot and me

View at the peak

Bila dah sampai peak tu, confirm penat kan. So, we reward ourself with sardine and egg sandwich specially made by Miss Dibot. And ada popia seaweed. Sedap sangat popia seaweed yang Dibot buat. Siap bincang business plan lagi kat puncak Gunung Angsi :'D Ohye, sepanjang anis trekking Gunung Angsi ni, anis just consume 1 botol kecik 100+ and 1 litre air kosong. Depends actually. Kalau jenis cepat haus, bawak la bekal air mineral lebih sikit. Kalau macam anis, tak banyak minum air pun. But, 100+ or any isotonic drink is a must for me. Pastu kan... ada orang tolong bawakkan beg anis, pastu anis lenggang kangkung jew >_< Hehehe... Thank you Azam!

Lepas dah hilang penat, kitorang gerak turun dari Gunung Angsi. Ambil masa dalam 1jam 9minit. Masa nak turun ni ada lari-lari sikit sampai tercabut tali kasut. Nasib baik ada Zoey tolong ikatkan tali kasut, thank you Zoey ^_^ Masa nak turun tu anis macam slow sikit sebab kasut licin. Berapa kali nak tergelincir tapi nasib baik selamat lagi =_= Kesian kat Zul dengan Yana kena tunggu anis :/ So, korang cari la kasut yang sesuai untuk hiking. Kasut getah tu pun power katanya! 


Bila dah sampai base balik, jangan lupa untuk cooling down. Mesti buat okay! Kalau tak, jadi la macam anis, dua tiga hari sakit kaki >_< Lepas kitorang turun dari Gunung Angsi, kitorang singgah jap dekat Taman Rekreasi Ulu Bendul. Boleh mandi manda! Nak tukar baju solat semua dekat sini. Lepas dah penat-penat hiking terus terjun kolam (air sungai actually), best!


Next trip tak tau lagi nak pergi mana. Tapi Gunung Kinabalu tu memang one of my bucketlist. Before 30 memang kena pergi sekali at least. Tengok la tercapai ke tak... hehehe ^_^

P/S: picture credit to Zoey, Zul, Azam & Dibot.

Till then,
XOxo

8 comments:

  1. Lama tak pegi sana. Masa pergi pun time khemah pengakap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time anis ke sana tu.. not bad :)

      Delete
  2. thank you Anis sebab share, lain kali ajak la Mieza kalau boleh, hehe! weekends Mieza takde kelas dah sampai bulan 9 sebab dah habis semester :) Mieza minat outdoor tapi takde kawan nak ajak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah Mieza, nanti anis ajak tau :)

      Delete
  3. Well, i did hiked up the Gunung Ledang when I was in final year of secondary school. It was totally worth it! But omg freaking tiring I wonder if I have the gut to experience it all over again. Not really an outdoor person. Haha!

    www.thethinkerbelle.com

    ReplyDelete
  4. best tuh..

    nak p tp xdak geng..

    =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best2 :) Nanti jom la join kitorang kalau ada aktiviti.. #OutdoorKL

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...