May 2, 2015

Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram


Sebagai student yang 'sangat' aktif, setiap hari ada je discussion or meeting or task yang nak kena settle. Lagi-lagi bila jadi Organising Committee untuk event besar dekat uni. Stress! Lagi-lagi bila semua nak kejar masa, dengan nak catch-up study lagi. Bila dah stress, terasa nak lari sekejap pergi short trip ke mana-mana. Kebetulan pulak member ajak pegi Pantai Jeram, Kuala Selangor, terus angkat tangan (emoji) "aku nak join!" *tapi lepas tu cancel sebab ada test esoknya. Dengan jayanya "EMZUL" pujuk dan al-kisah nye sampai la anis ke Pantai Jeram ni :D

Acah-acah layan perasaan... Puih!
Masa kitorang pergi, cuaca mendung... Hajat nye nak tengok sunset tapi matahari tak muncul-mucul. Penat Paca (member) menyeru "Matahari bangun lah.." tapi matahri takde jugak... :') Air pantai pun jauh dari restoran Aroma Ikan Bakar ni. Ada yang datang sini makan sambil tunggu air pasang.

Kitorang sampai dalam pukul 5pm. Datang awal sebab takut penuh. Masa kitorang sampai ni pun dah banyak meja orang booked. Nasib kitorang baik haritu sebab dapat tempat betul-betul depan pantai. Dekat restoran ni ada tempat biasa dan bamboo. Charge RM10-RM20, bergantung pada size bamboo.

RM20
RM10
In-between bamboos
Dibot comel, single lagi! :p


Dari kiri belakang : Zarif, Paca, Mimie, Zoey
Dari kiri depan : me ^_^, Ijue, Arash, Yana
Masa order makanan, anis tak ikut diorang tengok menu. Makan je ape yang diorang order. Tapi mostly yang datang sini of course la makan ikan bakar, dah nama pun Restoran Aroma Ikan Bakar =_=' Antara lauk yang di-order:

Tomyam campur
Siakap tiga rasa
Kailan Ikan Masin
Pari bakar
Sotong celup tepung
Butter prawn
Kerang bakar

Makanan dekat sini okay la sedap jugak. Kalau tak sedap takkan ramai yang datang. Weekday pun penuh! Paling anis suka ikan siakap tiga rasa, sambal dia sedap! Udang dengan sotong dia pun montel-montel, isi padat dan fresh :) Masa lauk sampai, nampak macam sikit je kan... Cukup ke nak isi tangki 13 orang ni??? Tapi bila dah makan, cukup je sebenarnye... Napsu lapar, biasa lah.. =_='

Dari segi servis pulak, biasa-biasa je... Kalau dah ramai, nak nampak bayang waiter pun susah >_< So, masa nak order tu, order semua lauk-pauk yang korang rasa nak makan. Nanti semua lauk sampai serentak, takde la tercicir ke kan... 

Yang paling best datang sini, korang boleh lepak lama-lama... Dari pukul 5 petang lepak sampai 12 malam pun takde orang halau. Lagipun dah bayar RM20 untuk bamboo ni, kalau makan sejam dua macam tak berbaloi la kan...

Macam majlis bukak puasa pulak makan ramai-ramai cenggini :D
Semua dah kekenyangan masa ni, Bok je rancak lagi makan :D


Dari kiri: Arash, Mimie, Azam, Bok, Ijue, Don, Zul, Paca, Dibot, Zoey & Yana

Total harga makanan kitorang haritu : RM476.25 Sorang dalam RM40. Untuk anis yang student ni mahal la jugak tapi berbaloi la dengan kuantiti lauk yang kitorang order tu. Lagipun kat sini tempat dia selesa. Facilities seperti surau dengan toilet pun ada. Sebab tu korang boleh lepak lama-lama :)

Restoran Aroma Ikan Bakar

Jalan Jati, Pantai Jeram
45800 Jeram, Kuala Selangor

no telefon: 017-316 3177 / 019-208 4452

Waktu beroperasi:
Sabtu & Ahad : 12 tengahari - 12 malam
Isnin-Jumaat: 4petang - 12 malam

Facebook: Restoran Aroma Ikan Bakar

.   .   .   .   .

Photos!

Dari kiri belakang: Don, Bok, Azam, Zoey, Zul
Dari kiri depan: Mimie, me ^_^, Paca, Dibot, Yana




Lepas makan, diorang konvoi hantar anis balik UPM, pastu diorang sambung karok pulak. Kalau takde test Kenegaraan hari esok nye memang dah ikut dah... lagipun, anis ada curfew, kena masuk before 12am... sobs ;(

"sape suruh jd student" Mzul787

"gudluck anis buat exam jd warganegara" Don

Thanks for the memories guys!
Till then,
XOxo

5 comments:

  1. pernah makan sekali ! haha. memg best makanan kat sini..

    ReplyDelete
  2. wait..how come eju and arash were there..damn you two..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Anis ni macam tau2 je Mieza sekarang tengah craving seafood tapi xtau nak gi mana kat KL ni. thanks Anis sebab review experience makan kat Jeram, insyaAllah nanti Mieza nak ke sana jugak lah. tengah dok memikir nak ajak siapa sebab Mieza takde transport XD by the way Anis pernah makan seafood kat Bagan Lalang tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...