May 15, 2015

Ariani #segaryakin dengan haruman Comfort

Sebelum tu, jom tengok video kat bawah ni dulu:


Pernah tak korang mengalami situasi macam dalam video tu? Malu nye bila bau-bau yang tak menyenangkan tu melekat kat tudung kita kan. Lagi-lagi bila pergi tempat berasap kepul-kepul contohnya makan satay ke kan... Even duduk meja paling jauh dari tempat diorang bakar-bakar satay, mesti melekat jugak la bau satay. Lepas dah makan tu, masuk pulak tempat berhawa dingin. Lagi kuat bau dia! Maluuuu! >_< Even dah pakai perfume Gucci sekali pun, takkan boleh lawan bau satay yang dah melekat kat tudung.

Buat pertama kali dalam fesyen hijab, Galeri Ariani disegarkan dengan keharuman berpanjangan Comfort yang menjanjikan penampilan wanita sofistikated. 

Golongan wanita kini boleh memakai produk ekslusif Galeri Ariani dengan penuh keyakinan kerana ia kini disegarkan dengan teknologi Comfort NCAP yang memberikan haruman berpanjangan sehingga 14 hari serta melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan seperti makanan, pencemaran, bau asap, hapak dan peluh.








"Melalui kerjasama ini, koleksi tudung Ariani yang disegarkan dengan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal melonjakkan nama Ariani seiring dengan arus fesyen terkini. Kami bangga bekerjasama dengan Comfort yang menitikberatkan kualiti tinggi seiring dengan kami. Dengan adanya kelembutan dan keharuman Comfort, ia menyerlahkan penampilan tudung kami agar pelanggan-pelanggan kami tampil anggun dan berkeyakinan tinggi"-Datin Farah Haryani Muhammad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd.


"Saya pasti rangkaian tudung dan selendang Ariani dengan kesegaran dan keharuman berpanjangan dari Comfort bakal menjadi kegemaran ramai terutamanya di kalangan wanita yang meminati fesyen hijab"-Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Pada hari pelancaran tersebut, ada chit chat session bersama Nurul Syuhada (duta Ariani) , Bella Dally (duta Ariani), Shazreen Fazlynda (youtuber) dan Emi Idura (hijab stylist). Rupanya nak basuh tudung ni senang je.. Tak payah rendam lama-lama sampai semalaman. Hanya lima minit je rendam tudung dengan Comfort, terus wangi :)


Ariani ft Comfort fashion show:









Dari kiri : Shazreen Fazlynda, Bella Dally, Nurul Syuhada, Datin Farah, Dato' Faroz dan Mr. Herry Budiazhari
Sekali tengok macam patung, rupanya manusia! Cantik!
Galeri Ariani tour:




Kalau korang nak tahu, kesemua tudung dan selendang di Galeri Ariani, Jakel Mall disegarkan dengan haruman Comfort Ultra. Yang best nye, kalau korang beli Comfort Ultra, korang boleh dapat diskaun bernilai RM20 di mana-mana gedung Ariani. Yang penting simpan resit pembelian Comfort Ultra tu. Promosi ini bermula 1 April 2015 sehingga 31 Julai 2015. Haa boleh la ni buat beli tudung raya! Jimat :) Bukan tu sahaja, korang juga akan dapat sampul pek Comfort Ultra percuma bila korang shopping dekat Ariani bermula 24 April sehingga 30 Jun 2015. Kalau korang malas nak gi kedai, nak online shopping pun boleh. Diskaun RM5 diberikan bermula 1 April sehingga 31 Julai 2015 bila korang beli Comfort Ultra di eshop.tesco.com.my (check out with promo code COMFORT5).

More photos:
Bersama Datin Farah. Humble sangat orang nye, cantik pulak tu.. :)
Bersama Nurul Syuhada ^_^
Bersama Bella Dally
OOTD

Till then,
XOxo

1 comment:

  1. hahaha video tu mg comel giler. lagi win bila ada duriam tu hahaha. tp mg btl wanita bertudung mudah sgt ada masalah tudung berbau ni. mcm mudah sgt menyerap bau lagi2 bila kita makan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...