Jan 19, 2015

My 2015 Beauty Regime!

Apa khabar? Aku tanya apa khabaaarr semua!? Hiks ^_^ Korang tengok AJL29 semalam (18 Januari 2015) tak? Paling best la bagi anis part lagu Romancinta! Impress dengar suara Azmi, vokalis Caliph Busker yang team-up dengan MOJO untuk lagu Romancinta. Goosebumps dibuat nye! Betul lah orang kata, Allah tarik satu nikmat, Allah gantikan dengan nikmat yang lebih lagi :)

Kalau korang tonton AJL29 semalam, korang mesti perasan ada iklan produk kecantikan untuk memutihkan kulit. Eh tipulah kalau tak perasan... Rasa macam semalam tak tengok AJL pun, tengok iklan je manjang >_< Ops ops ops! Bagi anis, tak kesah lah warna kulit putih ke sawo matang ke kuning langsat ke, janji kulit cantik! Beyonce XOXO tak putih pun, tapi kulit dia cantik ooo... Macam mana nak kulit cantik? Meh anis nak share ngan korang anis punye resepi kecantikan. Kalau korang ada nak tambah, share kat comment oryte, sharing is caring ^_^

Bahan-bahan yang diperlukan:


1) Garnier Sakura White Pinkish Radiance (cleansing foam and moisturising cream)
First step nak kekalkan kulit muka cantik berseri adalah dengan menggunakan pencuci muka dan moisturiser dua kali sehari! Step ni memang penting! Lagi-lagi untuk korang yang selalu pakai makeup. Dengan menggunakan Garnier Sakura White Pinkish Radiance cleansing foam, sisa-sisa kotoran yang melekat pada muka dapat ditanggalkan dan membuatkan kulit muka lebih cerah berseri. Garnier Sakura White Pinkish Radiance moisturising cream pula membantu mengekalkan kelembapan kulit muka disamping mencerahkan kulit muka.


2) Always 21 Aloe Vera Soothing & Refresh Gel Mist
Step 2, gunakan facial mist daripada Always 21 untuk mengekalkan kesegaran kulit wajah. Korang just spray je gel mist dekat muka, with or without makeup, and automatically korang akan rasa so fresh so clean! Dengan haruman aloe vera nye yang mampu buatkan korang rasa kembali segar! Dia macam wakeup call time2 mengantuk dalam kelas ke masa kerja ke... Spray je bila masa korang rasa kulit macam kering dah tak bermaya atau rasa mengantuk dan lesu. It may help, inshaaAllah :)


3.1) Nature Republic Snail Solution Hydrogel Mask Sheet

3.2) Hydraluron Moisture Boosting Mask
Step 3, paling kurang dua kali seminggu anis akan pakai mask dan paling kerap anis akan pakai mask selang sehari. Memang stok mask ni sentiasa ada dalam simpanan anis dan anis memang suka cuba different type and brand of masks. Kat sini anis letak dua mask baru yang anis cuba iaitu Nature Republic Snail Solution Hydrogel Mask dan Hydraluron Moisture Boosting Mask. Both masks makes my skin hydrated. Snail mask is good to refresh your skin while the moisture boosting mask moistures my dry skin and makes it look healthier. I just love wearing mask ^_^


4) Matrix Biolage Smooth Proof Shampoo
Step 4, dah settle bab penjagaan muka kita beralih ke penjagaan rambut pula. Rambut ni pun sama penting dengan kulit wajah. Lagi-lagi yang berhijab. Rambut asyik terperap je dalam tudung, lama-lama jadi perkasam.. eeeuuww... This is my first time actually trying this brand of shampoo. After second time I'm using it, I noticed that my hair is much more manageable and less frizzy. 


5) L'Occitane Velvet Hand Cream
Last but not least, rajin-rajin kan lah diri pakai hand cream. Nanti masa kahwin esok-esok masa nak salam mak mertua, baru lah lembut je tangan, sarung cincin pun smooth je. Hiks ^_^ Dan paling penting, takde lah nanti orang kata "Eyy muka putih, tangan hitam" >_< Apakata korang try L'Occitane Velvet Hand Cream ni. Baunya wangi sangat-sangat, memang boleh buat jatuh cinta bau pertama! Eh? LOL!

Hopefully resepi kecantikan yang anis share ni boleh korang manfaatkan, inshaaAllah. Okay la, nak layan lagu Romancinta, bye!

Kerana kau satu-satunya
Cinta agung yang paling kudamba
Tanpamu hilanglah makna
Untuk menikmati romancinta
Aku akan setia selamanya
Selagi masih bernyawa
Pulangkan kembali romancinta
Yang kau bawa pergi

Till then,
XOxo

6 comments:

  1. Mak aih. Berlambak barangan kecantikan dia. Tak lama lagi bertambah cantik la Cik Anis ni yer

    ReplyDelete
  2. Patutlah cantik memanjang budak kecik ni. :D

    ReplyDelete
  3. wahhhh...garnier sakura tu berkenan sungguh packaging dia tapi itulah pernah pakai tidak sesuai dengan muka..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Qu Puteh Ku Putih .. mujur ada PAMOGA .. ehh ... bukan ehh? Hoho .. ooo ini rahsia dia jadi wajah jelita ... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...