Dec 14, 2014

Manisnya Cinta Di Cappadocia wajib tonton!

Red Films memang tak pernah menghampakan. Boleh kata semua movie, drama, tvcs by Red Film memang gempak-gempak! Kali ni, satu lagi filem terbaru terbitan Red Films arahan Bernard Chauly  iaitu Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) telah mula ditayangkan di pawagam! 

Cerita MCDC ini adalah hasil adaptasi dari novel Manisnya Cinta oleh Anis Ayuni. Namun, ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh Bernard tapi filem ni tetap menarik! Antara barisan pelakon filem ini ialah Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Eja, Faizal Hussein dan ramai lagi! 

Sebab sebelum ni anis memang suka sangat dengan cerita arahan Bernard Chauly iaitu Istanbul Aku Datang, maka anis pun tak nak terlepas untuk tonton filem terbaru arahan Bernard Chauly ni!


Bila tengok cerita ni, baru tahu pasal Cappadocia dan baru tahu dekat sana ada hot-air balloon yang menjadi centre of attraction di Cappadocia. Memang cantik pemandangan kat sana. 


Dalam MCDC memang banyak part sweet2 antara Ifti (Fazura) dan Nazmi (Sam). Kalau anis jadi Ifti pun boleh cair dengan Nazmi, walaupun Nazmi ni hanya seorang driver 'bus'. Dalam cerita ni, secara tak langsung ianya membuktikan bahawa cinta itu buta. Kita cintakan seseorang bukan atas dasar paras rupa, mahupun harta tapi kerana hati yang tak boleh dikawal. Aisey man jiwang pulak >_<


Official trailer Manisnya Cinta Di Cappadocia:

Sinopsis:

"Ifti Liyana tidak pernah mendambakan sayang dari lelaki yang bernama Fredo. Bertahun bersama, namun tiada segelumit perasaan untuk jejaka itu. Akhirnya, Fredo menikahi gadis lain dan tinggallah Ifti Liyana menyusuri hidupnya sendiri.
Pertemuan pertama dengan Nazmi telah mencambahkan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Kehadiran Nazmi menghuru-harakan perasaannya. Namun, rasa rindu yang mulai datang mengebu di hakis dengan rasa keegoan. Di benamkan rasa rindu tapi hati terlalu degil untuk memahami apa yang di lakarkan oleh akal. Rindu tetap datang dan datang.
Nazmi pasti, Ifti Liyanalah gadis yang dicari untuk menjadi suri hatinya. Sifat keibuan dan lemah lambut milik Ifti Liyana sangat menerujakan hatinya. Diuji Ifti Liyana dengan kekurangan diri namun Ifti Liyana tidak pernah menolak untuk berteman dengannya.
Antara keinginan untuk menyayangi atau sangsi akan kejujuran kaum lelaki, Ifti Liyana buntu. Lelaki itu yang sekejap ada dan sekejap menghilang bagai bermain tarik tali dengannya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Dirinya kerinduan namun untuk diungkapkan dia sangsi, adakah Nazmi jugak berperasaan yang sama dengannya?
Bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Akhirnya, Nazmi melafazkan ungkapan yang dinanti. Kasih berpadu namun tercalar bila cemburu menguasai akal fikiran. Tanpa usul periksa, Ifti Liyana menjatuhkan hukuman. Nazmi terkapai-kapai mencari punca.
Permasalahan terungkai kini. Sukarnya mengucapkan kata maaf. Demi cinta dan sayangnya, Ifti Liyana membuang ego yang tersarat padu di hatinya. Dia yakin Nazmi tercipta untuknya. Yang akan melindungi dan mengasihinya hingga ke akhirnya."


Kalau korang jenis hati tisu, better korang bawak stok tisu banyak-banyak sebab banyak part menyentuh hati dan sanubari. Untuk mengelakkan korang daripada kantoi nanges, better korang pilih seat kat tepi dan duduk paling hujung atau pun pilih seat paling belakang. Menangis la korang puas-puas! :p

Overall cerita ni memang wajib tonton! Paling anis suka pasal filem ni bila ada quote/kata-kata setiap kali habis satu part. Setiap kata-kata memberi makna yang mendalam. FYI, anis memang suka baca quote, tak kesah la motivational quote, love quote, friendship quote and etc. Untuk filem ni anis rate 4/5 bintang! Well done and I hope there will be more good quality film like this in the future ^_^

Selamat menonton~

XOxo

14 comments:

  1. byk jgk +ve feedback yg kte baca...rasa nk tgok plak

    ReplyDelete
  2. Anis, Kak Ella pun dah tengok Movie ni. Best, kan. Worth watching.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan! Rasa nak tengok lagi skali :)

      Delete
  3. Erk...cepat sikit keluor astro first boleh...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti keluar kat astro first subscribe cepat2 tau! satu hari ulang cerita ni :D

      Delete
  4. another +ve review untuk manisnya cinta nie. wajib tonton dah nie. haha. nak tengok fazura n lisa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok2! fazura memang cantik, lisa pun cute ^_^

      Delete
  5. onie dah repeat 2 kali!!! hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak repeat jugak! Nak tengok balik quote dalam cerita ni :D

      Delete
  6. Cantik gila Fazura tau! Jeles snagat!

    ReplyDelete
  7. de tak sesiapa twu kt mana nk tgk olnline.. penat cr link x jumpa :( :'(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...