Dec 24, 2014

Keluarga angkat anis terbaik!

At first, before pergi ke Negeri Sembilan untuk program anak angkat, anis macam risau nanti macam mana nak adapt duduk dalam keluarga angkat. Macam-macam duk pikir. Nanti kalau lapar macam mana nak bagitau. Nanti kalau kena bebel tak reti masak macam mana. Nanti kalau dahaga nak minum air masak macam mana... Erk, over kan... Tapi takpe, kita watlek watpis je. First, lemme take a selfie!

Adakah gejala selfie ini mampu menenangkan fikiran? :p

Sesampainya kitorang di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kitorang berkumpul di dewan untuk perasmian dan sesi penyerahan anak angkat. Berdebar nak tunggu nama nak kena panggil. Pastu risau kalau-kalau nanti dapat adik-beradik angkat yang tak kenal, mesti awkward >_< Luckily, anis dapat adik-beradik angkat yang anis kenal which is dari group caklempong yang sama. Ohye, program anak angkat ni merupakan projek mega kokurikulum gabungan kumpulan caklempong, seni tari, kompang dan protokol.

Dah nak last-last baru nama kena panggil. Saja buat orang cuak lama-lama kan... Cis! Bila dah dapat keluarga angkat masing-masing, kitorang terus bergerak ke rumah keluarga angkat masing-masing. At first, anis bayangkan rumah keluarga angkat anis ni mesti dalam kawasan kampung dan ala-ala rumah tradisional negeri sembilan, rumah kayu tu... Tapi nampaknya tanggapan ku meleset. *ayat novel sangat

View dari pintu masuk


Haa.. melopong kau tengok rumah pakcik ni besar gila! Kawasan rumah dia luas sangat sampai ada 3 buah rumah! Siap ada dewan lagi! Rupanya pakcik ni bawak kitorang stay dekat homestay dia yang diberi nama Kampungstay Laman Ejo. Terus rasa macam teruja gila nak explore tempat ni. Terus hilang segala kecuakan dan anasir-anasir negatif yang menghantui fikiran. *ayat novel lagi :p

Banglo Fucida



Rumah kat atas ni diberi nama Banglo Fucida sebab pakcik tu ada tanam pokok Fucida depan rumah tu. Pokok tu boleh dikatakan species rare. Rumah-rumah lain juga diberi nama guna nama pokok yang ditanam di depan rumah. Banglo Fucida ni memang cantik! Hiasan dalaman dia macam rumah Melayu lama dengan perabot antik nye semua. Korang boleh tengok gambar kat SINI.

Banglo Santalia

Rumah kat atas ni pulak more to english style. Siap ada dapur, tv, washing machine and so on. Serba lengkap macam duduk rumah sendiri. Kat sini facilities memang tiptop! Semua ada! Pastu pakcik tu siap buat toilet extra. So, nanti takde lah berebut toilet. Kowt-kowt semua tercirit makan masak lomak cili api.. eeeeuuuww sangat anis >_<

Kalau boleh, kat semua tempat nak ambik gambar. Excited punya pasal!

tetiba rasa macam scary pulak, gulp >_<

Dewan Camelia


Dewan ni memang cantik! Serious! Pakcik tu cakap dia buat sorang-sorang dewan ni. Sampaikan pakcik tu terjatuh masa nak pasang atap, patah tulang rusuk. Betapa gigihnya pakcik ni nak siapkan dewan ni. Tapi memang worth the pain la sebab hasilnya memang cantik. Dekat dewan ni, kalau tak pasang kipas pun dah sejuk sebab kawasan sekeliling penuh pokok-pokok dan dewan ni memang diperbuat daripada kayu.

Daripada buang, pakcik tu susun-susun sampai jadi cantik macam ni! Kreatif sangat pakcik ni, thumbs up!

Dorm Rubella

Kitorang stay dekat dorm ni. Siap ada aircond lagi tau! Dan tempat ni memang bersih. Heaven gila rasa. Segala benda lengkap.

Antara pokok-pokok yang ditanam di sekitar Kampungstay Laman Ejo:

Cili warna purple, kau hado???

kat sini ada pokok rambutan, boleh petik kalau nak makan :)

malam-malam pasang pelita, rasa macam suasana Hari Raya pulak "Indahnya sungguh di Hari Raya, ramainya orang bersuka ria..." Eh, nyanyi pulak >_<


Jalan-jalan pusing kampung dengan kawan kitorang dari family angkat lain yang duduk sekampung

Malam first day tu, pakcik tu bawak kitorang pergi pasar malam. The next day, kitorang ada aktiviti mengoca ikan di Empang Batu Tanjung Juan.

Adik-beradik angkat. Dari kiri : Raushan, Kamelia, Suhaila and me ^_^

Masa mengoca ikan ni, bunyi perempuan menjerit je lebih, tangkapnye tidak. Mana taknya, baru je acah-acah nak tangkap ikan, tetiba rasa something lembut-lembut kat tangan bergerak, terus menjerit! Geli nak pegang sebab badan dia licin. Ikan-ikan semua lari dengar kitorang menjerit >_< 

Maka ini je lah hasil dari kitorang adik-beradik. Dapat tangkap satu je, dua lagi cilok dari orang lain. LOL! 


Petang tu pulak kitorang ada bengkel kraftangan. Buat tanduk kerbau ni ha. Pastu boleh la acah-acah gadis Jolobu. "Ko Jolobak ko Jolobu, tuai padi tigo tangkai.." Lepas habis bengkel terus balik rumah untuk masak dinner! Sebab kitorang macam terharu sangat dengan layanan keluarga angkat kitorang yang baik sangat, sebab tu kitorang nak treat diorang dinner. Anak-anak pakcik tu tak henti-henti puji masakan kitorang sedap. Diorang siap tambah. Si Fikri siap cakap nak tambah lima kali! Kira pass la ni nak jadi bini orang... kan? teheeee ^_^


Hari terakhir kitorang kat sini, pakcik tu bawak pusing-pusing area Sri Menanti. Kitorang singgah Muzium Sri Menanti tapi tak dapat masuk sebab tengah renovate :(

Muzium Sri Menanti

Gambar last sebelum berpisah ;(

Last word, thank you so much pakcik, Yna dan Fikri sebab sudi layan kitorang macam keluarga sendiri. Nanti kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ye :)

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Kampungstay Laman Ejo, refer dekat blog ni: http://lamanejo.blogspot.com

XOxo
p/s: Entry last before final exam. Doakan anis ye :)

22 comments:

  1. Waahhh rumah cantik. Farah ni nama je orang negeri sembilan tapi belum explore semua daerah lagi. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan rumah tu! Anis pun nama je orang Kelantan, tapi tak semua tempat anis pernah pergi >_<

      Delete
  2. Alahaii bestnya ada keluarga angkat ! Nak jadi anak angkat pakcik tu juga boleh tak ? Hahahaha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boley tak boley, kitorang je boley :p kikiki

      Delete
  3. Lamo eh den tak poie pilah ni walaupun dok dlm noghori. Tgk gmbar teringat balik zaman2 sekolah poie dokek sano.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, tak reti nak reply ikut loghat noghori. >_<

      Delete
  4. Wah Anis pandai masak. Hai Anis, awak single lagi tak? jom jadi orang rumah saya. Kbye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan yang masak, anis tolong-tolong je >_<

      Delete
  5. Teringat masa jadik student UM dulu setiaptahun mesti pergi OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat) ni, pengalaman berharga sambil dapat jalan-jalan. Jom follow dan singgah blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang pengalaman yang tak boleh dilupakan, sebab tu share dekat blog.. nanti boleh baca balik :)

      Delete
  6. mak aiii.. best nye homestay mcam tuu..modern in classic org cakap..eh betul ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak tu.. kalau datang negeri sembilan, jangan lupa tempah awal2 kampungstay laman ejo ni, sebab masa anis duduk haritu pun tak henti2 orang datang menginap kat situ :)

      Delete
  7. wah, bestnya ada program keluarga angkat ni... adik saya kat upm gak. tapi rasanya haritu program dia dekat putrajaya je. x silap la... haha.

    lawa tempat dia. dah la ada pokok rambutan. pergh, terliur. kat sini xde pokok rambutan.. ada pokok mangga je. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? Adik ambik course ape? Kitorang setiap kali lalu pokok rambutan je mesti petik dua tiga biji. Mangga pun sedap!

      Delete
  8. Thanks Anis for dropping by. Nice write up you got here! :)


    Regards,

    ReplyDelete
    Replies
    1. My pleasure ^_^ thanks! *merapu je banyak >_<

      Delete
  9. Bestnya. Orang negeri sembilan ni pembersih kan? Kawasan luar rumah dia nampak cantik dan bersih. Suka suka >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2! memang semua rumah dekat kangpung tu, halaman dia luas dan bersih. even rumah yang xde orang pun still di jaga..

      Delete
  10. syoknya rumah kampung tu...sejuk je tgk pemandangan tu...tgk pic anis pn dh leh feeling2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sekali sekala masuk kampung dan rasa suasana kampung. dekat sini memang surrounding penuh pokok2, so memang sejuk je even cuaca panas :)

      Delete
  11. Rumah traditional...syoknya kalo dpt rumah mcm tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...