Jun 5, 2014

Bazaar BayaHista 2014

Assalamualaikum
Hi semua!

Lama anis tak update blog. Rindu sangat nak blogging tapi masa tak mengizinkan.... Tapi, sebab anis tak nak korang terlepas event best, gigih anis tulis entry ni sampai tak cukup tido. Tapi takpe, untuk uolls, iolss sanggup korban apa sahaja... Gittew!

Sekarang dah masuk bulan Jun, korang mesti tengah kalut2 dengan baju raya kan? Kalau beli kain, pastu mesti nak kena cari tailor. Nak cari tailor yang pandai jahit pun bukannye senang. Nak2 bila kita request baju kurung tapi design dia cenggitu cenggini sampai pening tailor tu nak memikior kita punya baju. Last2, tak siap... Haaa... Pagi raya menangis sebab baju tak siap.. Hewhew =_=' Tapi takpe, korang jangan risau sebab anis ada solution dia. Cer tengok design2 baju kat bawah ni dulu :


Semua cantik2 kan! Tak puas tengok dalam gambar? Jom ke Bazaar Bayahista weekend ni! ^_^


Event : Bazaar BayaHista 2014
Tarikh : 7 & 8 Jun 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10am-7pm
Tempat : Red Carpet Avenue - Encorp Strand Mall, Kota Damansara
Masuk adalah PERCUMA!


Bazaar Bayahista ini dianjurkan oleh Puteri Umno Malaysia dengan kerjasama Moslema In Style. Kalau korang selalu update bab2 fashion, mesti korang pernah dengar Moslema In Style kan. Tiap2 tahun diorang akan buat fashion show baju2 muslimah. Kalau korang tak nak missed fashion2 terkini, jom meriahkan Bazaar Bayahista sebab akan ada Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh Butik Eja Shahril Collection, Sarung Anggun, Ammara, Minaz, Eiman Damia, Hijabella Safiyya, Hijria Home, Awni, Leeyana Rahman dan Atika Exclusive. Wow, semua yang terlibat dalam fashion show ni merupakan nama2 butik yang sememangnya popular! Tak sabar nak tengok collection dari butik2 terkenal ni. Anis pun takde lagi baju raya ni... Kalau tengok gambar kat atas tu, macam ada yang berkenan. Kalau pergi event ni, confirm banyak lagi pilihan sampai rambang mata nak memilih... Hehe :D


Untuk blogger2 sekalian, korang mesti kenal Raja Nadia Sabrina & Shea Rasol kan. Ala, blogger fashion yang famous tu. Anis suka tengok cara Kak Sabrina ngan Kak Shea dressing. Stylo! Kalau korang nak jumpa mereka in real, jom pegi Bazaar Bayahista sebab korang bukan sahaja dapat jumpa diorang face to face, tapi korang juga akan dapat tips2 menarik tentang fashion daripada diorang yang takde ditulis dalam blog.

Bicara Fesyen: Tetap Bergaya Tanpa Boros
Ahli Panel : Raja Nadia Sabrina - Blogger Fesyen (http://www.rnadia.com/)
Shea Rasol – Journalis Fesyen (http://www.myamethyst-shea.com/ )


Selain pertunjukan fesyen dan bicara fesyen, ada banyak lagi aktiviti2 menarik seperti demo hijab & solekan, seni jahit manik, bengkel jahitan oleh Yasalma dan banyak lagi! Yang penting, masuk adalah PERCUMA! Masa ni lah kita nak belaja belit2 shawl ala2 hijabers, pastu boleh la buat time raya, baru meletops uolss! Hehe :D Event ini juga akan ada persembahan istimewa oleh Najwa Latif, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku tu...


Untuk yang berminat nak jadi model, ini la masanya untuk korang tunjukkan bakat korang dalam bidang modelling! Korang pegi je booth Moslema In Style. Be confident! Yang penting, datang dengan senyuman okey adik manis :)


Untuk info lanjut, korang LIKE Fb atau follow instagram Bazaar Bayahista dan Moslema In Style oryte ;)


FACEBOOK
Bazaar Bayahista : https://www.facebook.com/bayahista
Moslema In Style : https://www.facebook.com/moslemainstyle

INSTAGRAM
Bazaar Bayahista : http://instagram.com/bayahista2014
Moslema In Style : http://instagram.com/moslemainstyle


See you there!
XOxo

3 comments:

  1. rindu kat Anis..jgn lupa update blog lg..;)

    ReplyDelete
  2. salah satu option untuk beli baju raya. :)

    ReplyDelete
  3. dah lepas dah, tak sempat nak pergi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...