Jun 17, 2014

L'OREAL Paris White Perfect Total 10 day cream review

Assalamualaikum
Hi semua!

Sejak anis buat kerja part time kan, kulit muka anis makin gelap sebab sunburn. Cuaca kat Kelantan ni memang panas terik! Sekali sekala je hujan. Almost everyday cuaca panas terik. Bukak kipas paling kuat pun still terasa bahang. Panas dunia pun rasa dah tak boleh nak tahan, apetah lagi panas api neraka. >_<

Salah satu cara anis nak elakkan sunburn jadi makin teruk, anis rajinkan diri jugak untuk pakai sunblock. Sebelum2 ni, sunblock la benda yang anis paling malas nak apply sebab takes time nak tunggu sunblock tu meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Mujur lah sekarang ni ada L'oreal Paris White Perfect Total 10 day cream!


L'oreal Paris White Perfect Total 10 day cream ini merupakan krim pelembap dan pemutih beserta pelindung sinar UV dengan SPF 30 PA+++ Krim ini mengandungi advance formula yang menggabungkan :
- 3 Vitamins (E, B3 & C) known to act in skin layers to help control melanin
- DERMO-SHIELD complex to help protect the skin from several causes of darkening

Selain itu, krim ini juga mempunyai 10 kebaikan yang boleh diperolehi iaitu :

5 Intense Brightening :
- Instant Glow
- Fairer Skin
- Even Tone
- Anti-Dark Spots
- Anti-Shine effect

5 Full Protection :
- Anti-Pollution
- Anti-UVA
- Anti-UVB
- Anti-Oxidation
- Anti-Oiliness Effect

Usage :
Apply every morning on thoroughly cleansed face and neck. Avoid eye contour.


My review :


Packaging : Pump plastic bottle with transparent plastic cap. Bagi anis, packaging dia okay. Kalau nak bawa travel pun senang sebab kecik.


Color : Amethyst

Texture : Walaupun ianya dalam bentuk krim, tapi ianya mudah diratakan dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Scent : Bau krim ni macam bau lavender. Wangi!


Dah dekat dua minggu anis guna day cream ni. Sekarang, kesan sunburn pun dah makin kurang. Apa yang paling anis suka pasal day cream ni ialah ianya mencerahkan kulit serta-merta! Secondly, day cream ni juga boleh dijadikan sunblock dengan SPF30 PA+++ So, dah tak payah nak apply banyak2 produk dekat muka, jimat pulak tu.. *biasa la, student kan selalu pokai... Hewhew =_=' Last but not least, kulit rasa lebih segar lepas apply day cream ni. Even cuaca panas terik, kulit still rasa lembap :)

L'OREAL Paris White Perfect Total 10 day cream akan berada di pasaran mulai Jun 2014. Hanya RM39.90 untuk 50ml/botol.

For more information, please refer following links :

Website:
http://www.loreal.my/

Facebook :
https://www.facebook.com/lorealparismalaysia

Instagram:
@LorealParisMY

XOxo

Jun 16, 2014

O.M.G FEST! 2014

Assalamualaikum
Hi semua!

OMG! Terkezut iolls bila dapat tahu pasal OMG! Fest yang akan diadakan pada 27 & 28 Jun ni. Mana taknya, ada banyak gila booth yang bakal dibuka, booth artis pun ada macam Yatt Hamzah, Arja Lee, Rozita Che Wan, Sheera Iskandar, Fiza Elite, Arash Mohd, Noorshila Amin, Abby Nadzri dan ramai lagi!


OMG! FEST anjuran Zaynia Team dengan kerjasama majalah Stailista ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 27 & 28 Jun 2014. Sebanyak 300 booth bakal dibuka. Confirm banyak gila choice dan yang paling penting harga runtuh!!!

Tarikh: 27 & 28 JUN 2014 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Masa: 10am - 7pm


Dalam sedar tak sedar, cuma tinggal 100 BOOTH saja lagi untuk dipenuhkan di OMG FEST 2014 nanti. Apa taknya sewa hanya RM600 satu booth (DUA HARI) di lokasi yang sangat selesa, luas dan teratur, memang berebut-rebutlah kaki-kaki bazaar semua nak join OMG! Fest ni. Pengarah Urusan Zaynia Team, Dazrina Che Din berkata, pihak penganjur sendiri terkejut dengan sambutan luar biasa yang diterima setakat ini. "Tinggal 100 saja booth yang masih kosong dan belum ditempah. Sejak kami lancarkan OMG FEST 2014 awal bulan ini, sudah lebih 200 booth kami ditempah. Ini kerana harga yang kami tawarkan begitu berbaloi untuk dua hari berniaga. Malah lokasi yang luas, selesa, teratur dan kemudahan logistik yang mantap menarik perhatian ramai," katanya.


Butiran booth:
Saiz tapak: 6ft x 6ft
Size Meja : 4ft x 4ft dengan 2 x kerusi
Sewa: RM 600 (2 Hari)
*Master plug disediakan (extension plug bawa sendiri)

Kelebihan:
1. Suasana dewan berhawa dingin yang tertutup memberikan keselesaan untuk peniaga dan pengunjung
2. Susun atur dan jarak antara booth serta laluan pengunjung luas dan teratur (5ft luas)
3. Penyewa boleh pilih lokasi booth
4. Percuma 10 SAAT SLIDE SHOW (disediakan sendiri oleh peniaga). Penganjur turut menyediakan TIGA SKRIN PUTIH BESAR di dalam dewan untuk peniaga mempromosikan produk/booth masing-masing

Untuk tempahan booth atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi nombor dan emel tertera.

WhatsApp ONLY : 012-426 9280 / 019-279 6275
Call/SMS ONLY : 011-2626 1656 / 019-279 6275
E-mail: enquiry.omgfest@gmail.com

OMG! FEST 2014
FB: www.facebook.com/omgfest2014
IG: omgfest2014 #omgfest

Jom datang ramai-ramai!
Jumpa di sana ^_^
XOxo

Jun 5, 2014

Bazaar BayaHista 2014

Assalamualaikum
Hi semua!

Lama anis tak update blog. Rindu sangat nak blogging tapi masa tak mengizinkan.... Tapi, sebab anis tak nak korang terlepas event best, gigih anis tulis entry ni sampai tak cukup tido. Tapi takpe, untuk uolls, iolss sanggup korban apa sahaja... Gittew!

Sekarang dah masuk bulan Jun, korang mesti tengah kalut2 dengan baju raya kan? Kalau beli kain, pastu mesti nak kena cari tailor. Nak cari tailor yang pandai jahit pun bukannye senang. Nak2 bila kita request baju kurung tapi design dia cenggitu cenggini sampai pening tailor tu nak memikior kita punya baju. Last2, tak siap... Haaa... Pagi raya menangis sebab baju tak siap.. Hewhew =_=' Tapi takpe, korang jangan risau sebab anis ada solution dia. Cer tengok design2 baju kat bawah ni dulu :


Semua cantik2 kan! Tak puas tengok dalam gambar? Jom ke Bazaar Bayahista weekend ni! ^_^


Event : Bazaar BayaHista 2014
Tarikh : 7 & 8 Jun 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10am-7pm
Tempat : Red Carpet Avenue - Encorp Strand Mall, Kota Damansara
Masuk adalah PERCUMA!


Bazaar Bayahista ini dianjurkan oleh Puteri Umno Malaysia dengan kerjasama Moslema In Style. Kalau korang selalu update bab2 fashion, mesti korang pernah dengar Moslema In Style kan. Tiap2 tahun diorang akan buat fashion show baju2 muslimah. Kalau korang tak nak missed fashion2 terkini, jom meriahkan Bazaar Bayahista sebab akan ada Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh Butik Eja Shahril Collection, Sarung Anggun, Ammara, Minaz, Eiman Damia, Hijabella Safiyya, Hijria Home, Awni, Leeyana Rahman dan Atika Exclusive. Wow, semua yang terlibat dalam fashion show ni merupakan nama2 butik yang sememangnya popular! Tak sabar nak tengok collection dari butik2 terkenal ni. Anis pun takde lagi baju raya ni... Kalau tengok gambar kat atas tu, macam ada yang berkenan. Kalau pergi event ni, confirm banyak lagi pilihan sampai rambang mata nak memilih... Hehe :D


Untuk blogger2 sekalian, korang mesti kenal Raja Nadia Sabrina & Shea Rasol kan. Ala, blogger fashion yang famous tu. Anis suka tengok cara Kak Sabrina ngan Kak Shea dressing. Stylo! Kalau korang nak jumpa mereka in real, jom pegi Bazaar Bayahista sebab korang bukan sahaja dapat jumpa diorang face to face, tapi korang juga akan dapat tips2 menarik tentang fashion daripada diorang yang takde ditulis dalam blog.

Bicara Fesyen: Tetap Bergaya Tanpa Boros
Ahli Panel : Raja Nadia Sabrina - Blogger Fesyen (http://www.rnadia.com/)
Shea Rasol – Journalis Fesyen (http://www.myamethyst-shea.com/ )


Selain pertunjukan fesyen dan bicara fesyen, ada banyak lagi aktiviti2 menarik seperti demo hijab & solekan, seni jahit manik, bengkel jahitan oleh Yasalma dan banyak lagi! Yang penting, masuk adalah PERCUMA! Masa ni lah kita nak belaja belit2 shawl ala2 hijabers, pastu boleh la buat time raya, baru meletops uolss! Hehe :D Event ini juga akan ada persembahan istimewa oleh Najwa Latif, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Muka Buku tu...


Untuk yang berminat nak jadi model, ini la masanya untuk korang tunjukkan bakat korang dalam bidang modelling! Korang pegi je booth Moslema In Style. Be confident! Yang penting, datang dengan senyuman okey adik manis :)


Untuk info lanjut, korang LIKE Fb atau follow instagram Bazaar Bayahista dan Moslema In Style oryte ;)


FACEBOOK
Bazaar Bayahista : https://www.facebook.com/bayahista
Moslema In Style : https://www.facebook.com/moslemainstyle

INSTAGRAM
Bazaar Bayahista : http://instagram.com/bayahista2014
Moslema In Style : http://instagram.com/moslemainstyle


See you there!
XOxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...