Feb 22, 2014

[RESEPI] Pavlova-mudah sangat nak buat!

Dulu heboh pasal kesedapan Pavlova ni tapi anis tak ambik port sangat. Mungkin sebab anis ni bukanlah penggemar dessert >_< So, haritu saje google resepi Pavlova. Rupanya senang sangat nak buat Pavlova. Bahan pun tak banyak. Senang cerita korang just kena mix, bake and then letak topping, DONE! Anis ambik resepi dari Cik Epal (LINK). Untuk buat Pavlova ni anis divide kepada dua bahagian, first kita buat 'meringue' then baru letak topping.

MERINGUE


Bahan-bahan :
- 4 biji putih telur
- 3/4 cawan gula kastor
- 1 sudu besar tepung jangung
- 1 sudu kecil cuka makan
-1 sudu kecil assen vanilla

Mula-mula korang pukul 4 biji putih telur guna mixer sampai jadi macam buih-buih sabun.


Then, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Masuk sikit, pastu pukul pastu masuk lagi dan pukul lagi. Buat sampai la gula kastor habis dan 'meringue' jadi putih berkilat macam dalam gambar bawah ni :


Untuk pastikan 'meringue' tu jadi ke tak, korang test 'meringue' tu jatuh ke tak kalau korang terbalikkan bekas mixer tu. Ikut la nak guna apa pun asalkan bila korang terbalikkan, 'meringue' tu tak jatuh. Then, korang masukkan tepung jagung, cuka makan dan assen vanilla kemudian kacau guna spatula laju-laju sampai sebati. SIAP! Tak sampai 30 minit pun nak buat 'meringue' ni.

Biasanya, bila anis nak start buat 'meringue', anis akan panaskan oven dengan suhu 150 degree celsius dan set selama 15 minit. Sebelum anis start buat 'meringue', anis akan prepare baking tray and baking paper. Dekat baking paper tu anis lukis bulatan kemudian terbalikkan baking paper. 'Meringue' yang dah siap tu, anis tuang atas baking paper dan ikut bentuk bulatan tapi takde lah ikut exactly bulatan tu, just as a guide je sebab susah nak bentukkan 'meringue' ni actually. And then, dah boleh masukkan dalam oven. Bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 140 degree celsius.



Kat atas ni ialah 'meringue' yang dah siap bake. Warna dia macam shimmery light brown sikit. Eceh, shimmery... Macam cerita pasal eyeshadow pulak. Hahaha :D By the way, lepas dah siap bake 'meringue', tutup oven dan bukak sedikit pintu oven, bagi heat keluar. Agak-agak 'meringue' tu dah sejuk, baru keluarkan dari oven. Dalam 15 minit sebelum 'meringue' ni siap bakar, korang boleh start buat topping.



TOPPING

Bahan-bahan :
- Buah-buahan (masam)
- 1/2 cawan Whipping cream




Anis guna whipping cream sama macam Cik Epal, jenama Value Pride. Memang sedap! Tak perlu tambah gula aising sebab ianya memang dah manis. Nak buat topping ni senang je, korang just pukul whipping cream guna mixer sampai jadi kental!


Then, dah boleh sapu atas 'meringue' yang dah siap tadi. Pastu hias dengan buah-buahan. Ikut korang la nak hias macam mana pun. Anis tak kreatif, main letak je strawberry dengan kiwi. Hahaha :D

Pavlova yang tak berapa nak cantik tapi penuh dengan kasih sayang oleh saya :




Pavlova ni luar dia macam crunchy sikit and dalam dia macam kek span. Waktu korang nak transfer Pavlova ni ke bekas atau pinggan, korang kena careful sikit supaya bahagian luar dia tak retak-retak. Kalau banyak sangat retak nanti tak cantik lah... Tapi, up to you.. Just be creative! Yang penting, bila makan pasti nak lagi! Hahaha :D

Rasa Pavlova ni tersangat lah MANIS! So, kalau korang tak suka manis-manis sangat, korang letak buah banyak-banyak untuk kurangkan rasa manis tu. Selalunya orang letak buah-buahan yang masam seperti strawberry, kiwi, berry dan sebagainya. And lagi satu, Pavlova ni sedap bila makan sejuk-sejuk. So, lepas dah siap, korang letak dulu dalam fridge dalam 30minit-1jam camtu and then makan ramai-ramai dengan family, kengkawan, nak panggil jiran sebelah pun boleh.

Selamat mencuba!

XOxo

9 comments:

  1. Cantiknya texture! Rajin anis buat pavlova ni.

    ReplyDelete
  2. Hye, saya suka baca blog awak, saya p0wn ada blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. Hai Anis! It's Anis here ^^
    Btw, pavlova ni mmg simple tapi satu je lah, xnak kasi meringue runtuh time bake. Tapi better lah dari beli kat luar kan. Mahal sangat. :)

    ReplyDelete
  4. Wow..just found your blog and leaving my footprint here~ Followed ur blog, care to follow mine too? ^_____^ alicia-lsy.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. fuyyooooooo nak try pavlova anis....

    ReplyDelete
  6. Didn't know its that easy to make pavlova :O And nampak sedap pula tu! *drools

    ReplyDelete
  7. Wah sedapnye, Simple rupanya :D ingat kesusah nak buat pavlova ni
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. suka pavlova tp tak tahu buat :(
    btw saya dtg singgah sini & follow. feel free to hit me back yeah
    http://sweetmemories4u.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. wah! Sedapnyaa..nak cuba la nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...