Feb 3, 2014

Birthday Throwback


Alhamdulillah hari ni genaplah umur anis 23 tahun. Oh tuanya rasa >_< Takpe, age is just a number *ayat sedapkan hati Hahaha :D Tahun ni takde sambut2 pun, dapat makan makanan favourite pun jadilah.... *makan je kau fikir kan anis :p Yang paling penting, doa dari kawan-kawan semua, itu pun dah cukup buat anis happy ^_^

Bila ingat balik birthday yang lepas-lepas, banyak jugak yang best best. First, yang anis ingat anis celebrate birthday dekat sekolah masa darjah dua kalau tak silap. Mungkin sebab anis ni anak sulung, so umi anis pun cam excited2 gittew birthday anak dia kan, lagi-lagi birthday anak dia yang paling manja paling gedik paling mengada, aha! Umi siap jumpa cikgu kelas sebab nak mintak buat birthday party iolls yang meletop ni. Mungkin sebab anis selalu dapat nombor satu dalam kelas, cikgu pun on selaluh! Banyak umi masak hari tu. Seronok makan ramai-ramai dengan kawan-kawan pastu semua duk wish Happy Birthday siap nyanyi-nyanyi masa potong kek. Poyo gila rasa. Bahahahaha :D

Second, yang anis ingat masa form 4. Time ni ada dua kali celebrate. Satu dengan classmate and satu lagi dengan close friends aaaaannnnddd.... boifren, the mastermind of course. Hahaha :D Kenkonon bf nak buat surprise padahal dah kantoi beli kek. Tapi yang tak sangka, he managed to gather my close friends to celebrate my birthday together. I appreciate your effort, thank you ye walaupun mu sudah tiada dalam kamus hidupku... LOL!



Waktu form 5 pun boleh tahan best jugak. Masa anis form 5 dulu, anis one of the Badan Wakil Pelajar (BWP). Budak2 MRSM mesti tau BWP kan. hehehe... Waktu anis form 5 dulu boleh kata jarang anis lepak dengan classmate sebab selalu kena attend meeting and activities yang melibatkan BWP. Rasa macam terasing gila dengan classmate sebab jarang ada masa lapang nak sembang sama-sama :'( Tapi all the BWPs pun best jugak, we are like family! Omaigod rindu zaman sekolah! So nak dijadikan cerita, pada malam birthday anis tu, anis baru je habis program yang melibatkan MRSM students seluruh Malaysia dan program ni diadakan di sekolah anis, MRSM Taiping. That night, sorang classmate anis panggil anis keluar dewan dan bagitau ustaz nak jumpa. Waktu tu cuak gila! Memang anis tak dapat recall apa kesalahan yang anis dah buat. Tiba-tiba muncul classmate yang lain and surprise!!! Kan dah kena prank lagi anis, apesal lembap sangat. Hahaha... Seharian anis tunggu bila classmate anis nak wish birthday tapi takde sorang pun wish. Ingatkan diorang dah lupa, rupanya korang semua dah pakat nak kasi anis touching ye... Boleh nangis tepi dewan sebab terharu tiba-tiba crush lalu depan anis, maigod malu weh nangis. Apa-apa pun thank you dear classmate kelas lapan yang ohsem kecuali sorang tu je, sombong, heh... Bahahaha!

The most memorable birthday bagi anis, masa belajar kat UiTM, masa belajar Asasi dulu. Ya Allah ni lah first time anis kena prank teruk gila! Masa nak dekat-dekat pukul 12, phone anis hilang! Dah la sebelum ni anis pernah hilang phone sebab kena seluk masa naik LRT kalau tak silap. Memang lepas kejadian tu, selalu beringat bab-bab jaga barang especially kalau berjalan sorang. Bila dah phone hilang, kita ni cuak la kan. Buntu gila rasa! So anis pinjam phone roomate sebab nak contact orang untuk bagitau phone hilang semua. Sekali anis terbaca mesej dalam phone roomate anis ni, maka terkantoi lah depa. Ini semua roomates punya planning. Hahaha :D Tapi kita buat cool jek, kenkonon tak tau. Pastu acah-acah pekena roomate balik. Berpeluh dia nak keep the secret. Hahaha =) Pastu ada roomate anis yang lagi sorang datang ajak anis pegi toilet, tiba-tiba nah kau kena baling tepung, air, masak kau anis! Dahtu, lari la! Berkejaran satu hostel. Maaf ye buat bising, hiks :p

Last but not least, the sweetest birthday ever, masa anis first year dental. Bf and his ibu masak spaghetti untuk anis. Anis memang suka gila spaghetti ibu, sedap! Then, dia bawak anis keluar picnic sekali dengan kawan-kawan anis yang juga roomate anis masa asasi dulu. Kebetulan kitorang masuk dental ukm sama-sama kecuali sorang je roomate anis masuk UiTM. Even it is hard for me to say this but I still want to thank you for creating a wonderful and unforgettable memory. May Allah ease your way in everything :)

p/s : Terima kasih buat umi abah kerana menjaga anak perempuan yang kuat mengada ni dengan baik ^_^
p/s : Atok, thank you for being the first person who wished me Happy Birthday! Hiks ^_^
p/s : Yang nak bagi hadiah tu, jangan segan silu. Hahahahaha :D


XOxo

20 comments:

  1. Comel anis ni .semoga cute sentiasa ya. Happy besday. Hehe. Muda lagi tu 23. Akak ni yg dah tua. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaaAllah selagi takde anak, selagi tu maintain cute! Hahaha ^_^ thanks kak :)

      Delete
  2. comel and cantik la anis ni!! Happy Birthday!

    ReplyDelete
  3. happy birthday dear..semoga panjang umur dan di murahkan rezeki...amin...

    ReplyDelete
  4. happy birthday anis! semoga panjang umur and murah rezeki selalu. :) xoxo

    ReplyDelete
  5. Aww! That's wonderful and cute! Anyw, happy birthday!

    ReplyDelete
  6. Last year birthday sis buat ga kan? heehee btw Happy Birthday.jelesnya tgk sis .muka x nampak 23..13 ada la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah wak last year buat giveaway... Tahun ni tak cukup bajet.. Hahaha :D thanks dear ^_^

      Delete
  7. hepi besday anis! kite teringin nak jumpa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! InshaaAllah ada rezeki kita jumpa eh :)

      Delete
  8. wahhh... selamat hari lahir anis. moga panjang umur dah murah rezeki.

    jemput join giveaway anjuran kami.
    http://rexylla.blogspot.com/2013/12/rexylla-fb-page-launching-giveaway.html

    ReplyDelete
  9. sanah helwah anis :) be a good girl. ekeke ;)

    ReplyDelete
  10. Happy birthday Anis! Cantik sangat baju yang anis pakai ni.
    Btw, MRSM Taiping ea. Mesti kenal ngan groupmate hajar kat sini. Adila.

    ReplyDelete
  11. awaaaaak yang cantik , kitaa follow sini :) nanti pegi tak SBB , bole jumpaaaa! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...