Jan 19, 2014

Short trip to Langkawi

Assalamualaikum
Hi semua :)

Hari Selasa yang lepas anis ke Langkawi! Ada hal sikit and not really a vacation... But, still kita enjoy!!! Bila lagi nak sampai sini kan. Hehehe... Sepanjang perjalan dari Kelantan ke Langkawi, buatkan anis teringat zaman-zaman anis belajar kat gerik dan taiping dulu, sebab lalu lebuhraya Timur-Barat. Memang suka tengok pemandangan hijau sepanjang jalan. Dengan kabus nye lagi. Memang tenang je rasa... aman damai... huhu... 

Gambar kat bawah ni diambil semasa anis lalu lebuhraya dari Kulim ke Bukit Kayu Hitam. Kalau kat kedah memang nampak padi lah sepanjang jalan kan :D



Sebelum sampai ke Langkawi, anis singgah Perlis dulu, melawat adik anis dekat Politeknik Arau. Gambar kat bawah ni diambil di sekitar masjid Kuala Perlis. Dalam gambar bawah ni ada orang sebenarnya, can you spot him? hehehe =)



Anis sampai Langkawi pun dah lewat petang. Malam tu pegi makan seafood dekat area Pantai Cenang. Kalau dah perut lapar, semua pun sedap tapi serious sedap baq hang seafood kat Restoran Haji Ramli. Lepas tu singgah melepak tepi Pantai Cenang. Nak ambik gambar tapi gelap gelita! 0_0 Nasib baik bulan malam tu cerah ^_^

Sepatutnya malam kedua anis bermalam dekat Perlis tapi disebabkan ada hal yang belum selesai, maka stay lah satu malam lagi dekat Langkawi and that night sebab dah tak tau nak buat ape lagi kan, anis pi tengok movie! Hahaha... datang jauh2 tapi tengok movie??? Aaaa nasib lah, daripada tak buat ape kat bilik kan... hahaha :D

I'm watching The Legend of Hercules


Last day at Langkawi. Gambar ni diambil dekat Jeti. Actually sebelum ni anis ada pergi Langkawi dengan kawan-kawan anis. Kalau nak tau tempat best-best kat Langkawi ni, korang boleh baca entry anis sebelum ni kat SINI.



Till we meet again
^_^
XOxo

7 comments:

  1. nampakkk. hujung2 tuu. sayup2 jea. kecik org. hitam semua. hehe

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat jalan2 sekejap :D kita kat rumah resah menunggu keputusan/interview internship. hehe

    ReplyDelete
  3. yeah. sy nak g Lgkawi Khamis nie.. hehe

    ReplyDelete
  4. Rindu nak ke langkawi. Dulu sekoah dua tahun emaresem kat sana sampai tak nak pegi dah :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum anis, bestnya. akak tak pernah jalan Langkawi lagi. muahaha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...