Dec 28, 2013

Wishlist 2014 dah tercapai! Apa???!!! (Urban Decay Naked 3 palette)

Dalam entry sebelum ni (LINK), anis ada share anis punya azam dan wishlist untuk tahun 2014. Salah satunya ialah Urban Decay Naked 3 eyeshadow palette. UD Naked 3 palette ni merupakan eyeshadow palette keluaran terbaru oleh Urban Decay! Sebelum ni Urban Decay telah mengeluarkan Naked, Naked 2 dan Naked Basic palette. Memang anis tak pernah ada satu pun koleksi eyeshadow palette dari Urban Decay ni sebabnya harga dia boleh tahan pricy untuk student yang macam anis, bajet pun ciput je... Hihi T_T

Nasib baik haritu cash out duit Nuffnang, boleh la buat shopping! Ngee ^_^ Kalau ikutkan wishlist, anis sebenarnya bercadang nak beli eyeshadow palette ni masa birthday anis tahun depan. Kenkonon nak buat birthday haul lah kan... hehehe... Tapi bila masuk je Sephora, pegi usha palette ni, swatch bagai, then lama jugak fikir nak beli ke tidak. Mula-mula bayar barang-barang lain dulu pastu waktu nak bayar tu, macam ramai lah pulak duk pegang Naked 3. Tak boleh jadi, beli jelah! hahaha :D Macam-macam fikir dalam kepala ni, kowt kowt next year palette ni naik harga ke, sold out ke... haa... Begitu lah cerita dia... LOL!

So basically UD Naked 3 palette ni mostly eyeshadow dia more to rose pink-gold-neutral colour. Memang totally different dari adik-beradik Naked yang lain which are more to earth tone colour, sesuai untuk hasilkan natural look or even smokey eye. Korang google je, banyak beauty blogger ada buat review pasal UD Naked palette ni dari keluaran pertama sampai la yang terbaru ni. Untuk entry ni anis takde lah nak buat review yang detail sebab anis pun tak berapa mahir bab-bab makeup ni. So, just a quick look okey =)


Urban Decay Naked 3
12 X 1.3g NET WT or 12 X 0.05 oz
RM188
Available at Sephora




Bersama-sama dengan Naked 3 palette, korang juga akan dapat two-end brush (crease & shadow brush) dan juga sample eyeshadow primer potion dari Urban Decay. Ada empat jenis eyeshadow primer potion  iaitu Original, Eden, Sin dan Anti-aging.




Anis suka packaging Naked 3 ni sebab nampak sangat exclusive sebab warna dia macam bronze gold. Bekas palette ni made of steel, so memang durable. Macam anis cakap tadi, bersama palette ni korang akan dapat brush dan dalam bekas palette ni ada disediakan cermin.


Untuk setiap eyeshadow, ada nama dia sendiri. Ada 12 warna kesemuanya. Kat bawah ni anis divide into two.

Dari kiri : Strange, Dust, Burnout, Limit, Buzz, Trick

Dari kiri : Nooner, Liar, Factory, Mugshot, Darkside, Blackheart

Urban Decay Eyeshadow primer potion



Kat bawah ni anis share beberapa contoh yang anis dapat hasilkan menggunakan Naked 3. *Sorry lah kalau makeup tak berapa nak cantik... hehehe... Masih belajar ^_^ and sorry for low quality pictures >_<






XOxo

17 comments:

  1. terpikat hbs dgn eyeshadow pallete ni...cantik betul..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, cantik sangat! Tu yang terus beli tu.. Hehehe ^_^

      Delete
  2. totalluy gorgeous... best la wishlist da tercapai.... kaler dia memang best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sementara ada duit sikit ni... Hehe :D

      Delete
  3. kita suka sangat shade Naked 3 ni, memang my type of color. tapi xtau la bila boleh nak beli >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, kumpul duit sikit2 nnt dapat la tu :)

      Delete
  4. wahhh nice! Diya dah lama dah cari naked set eyeshadow.nak pakai p class sebab nampak natural.selama ni pkai yg nutrimetics punya,campur2.x de set naked.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka naked3 ni sbb warna dia memang sesuai untuk natural look.. Yg lain pun cantik! Ingat nak kumpul tp tgk lah kewangan ok ke tidak.. Hehehe

      Delete
  5. cantiknyaa T^T ni yg nak jugak nih T^T hmm,bencii *ngade2..

    ReplyDelete
  6. Amboi3 Anis. 2014 punye wishlist tu. Belum masuk lagi 2014. Hehe.
    Btw, cantik sangat semua warna pallete ni. Suka!

    ReplyDelete
  7. jom la singgah blog saya www.detikilham.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Cantiknye Naked3 ni..teringin nak beli tp bajet x cukup. Sy penah try yg Naked1 je..mmg mahal tp x pakai sgt pun...

    ReplyDelete
  9. mana nak beli ni anis? kita tengok kat tenet..kata ade kat sephora? sephora ni kat mana? kat sunway piramid ke?

    ReplyDelete
  10. mana nak beli ni anis?
    sephora ade dekat sunway piramid x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...