Dec 25, 2013

Glitter galore!


I'm back! Dah dua hari anis tak update blog, takde mood punya pasal. Haha! So hari ni just a short blogpost. Sekarang ni kan, dah makin up bendalah glitter glitter ni. Makin lama makin suka lah pulak! Hihi ^_^ Paling suka dengan warna glitter gold, sebab nampak macam classy gittew.... Ececeh!

Ini adalah beberapa koleksi glitter anis. Baju, shawl, handphone case dan juga 2014 planner!

Baju glitter ni anis beli kat MANGO (RM99).


Sebelum ni anis ada cerita kan yang anis sekarang sangat addicted untuk mengenakan skirt dengan baju lengan panjang. Memang sekarang tengah nak kumpul skirt dengan baju lengan panjang banyak-banyak! *More OOTD post can be viewed HERE


Glitter shawl yang anis beli dekat gerai tudung di HUSM, RM10 je satu! Waktu tu teman nenek jumpa doktor, sebab ada appointment, sambil-sambil tunggu nenek siap, hajatnya nak tengok-tengok je, tapi glitter shawl kowt, murah kowt, terus grab! Bahaha!


Handphone case ni dah lama beli, sebab tu macam dah kotor-kotor sikit... hehehe >_< Handphone case ni anis beli dekat curve. RM15 je satu. 


Last one, 2014 planner atau nama dia Mermaid Glitter. Planner ni anis beli dekat Typo, Pavilion KL (RM59). Memang seronok masuk kedai Typo ni sebab semua barang-barang dia creative, cantik dan memang susah la nak jumpa kat kedai-kedai alat tulis biasa. Rasa nak borong je segala notebook sebab semua cantik-cantik tapi harga boleh tahan jugak cantik. Hahaha! Untuk tahun 2014, anis memang bercadang nak ada planner, senang nak catat kerja-kerja blogging dan sebagainya. So, macam more organize. Sekarang ni, guna buku sekolah kulit coklat tu je kalau nak tulis note, hasil lebihan buku-buku sekolah yang tak digunakan oleh adik-adik.


Tapi yang tak best planner yang anis beli ni, saiz kertas dia A5 je, so macam tak banyak boleh catat but still i like it! Ada card slots dan juga disediakan pen. 

Planner ni juga dibahagikan ke beberapa bahagian iaitu personal info, 2014 diary, my budget, to do and contacts.


Kalau korang nak tengok design planner from typo, korang boleh tengok dekat website diorang, click HERE Tapi kalau nak beli, better pegi kedai Typo sendiri lah, baru boleh belek-belek semua, puas hati!

p/s : korang dah join Year End Giveaway yang anis anjurkan? Kalau belom, jemput la join ^_^ Click HERE

XOxo

5 comments:

  1. hehee. cantik ah ootd skirt kuning tuu. :)
    diari pun berglitter yea! hhee

    ReplyDelete
  2. alahai cantik sgt2...suka juga collect glitter items ni..;)

    ReplyDelete
  3. LAWAAAAA...BTW PENCARIAN BLOGLIST DAN REVIEW BLOG BY CIK LYEEN ^_^
    KLIK UNTUK JOIN ! ^_^
    http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html

    ReplyDelete
  4. LAWAAAA...
    BTW, PENCARIAN BLOGLIST DAN REVIEW BLOG BY CIK LYEEN ^_^
    KLIK UNTUK JOIN ! ^_^
    http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-dan-review-blog.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...