Nov 14, 2013

[REVIEW] NUXE Nuxellence Jeunesse

Lima hari seminggu pergi kelas atau kerja mesti buat korang rasa penat dan mengah kan. Sebab tu ramai yang tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab waktu hujung minggu ni lah kita nak re-charge segala energy untuk mulakan minggu yang baru. Bak kata Katy Perry, Thanks God Its Friday #TGIF. Kenapa Friday? Sebabnya keesokan harinya adalah hari Sabtu yang merupakan hari cuti! Masa cuti ni lah kita nak berehat dan kumpul balik energy. Sama juga dengan sel kulit wajah kita. Selepas beberapa hari, sel kulit wajah yang aktif akan kehabisan tenaga atau de-charge, sama macam battery handphone lah. Especially kalau pakai smart phone, lagi cepat habis battery ye dok? hehehe...

Untuk kembalikan sel kulit menjadi aktif semula dalam menghasilkan semua elemen penting untuk kulit seperti collagen, elastin, GAGs dan sebagainya, sel ini memerlukan tenaga. Dari mana datangnya tenaga untuk sel kulit kita? Mengikut kajian, Mitochondria  lah yang berfungsi menghasilkan tenaga dan lebih tepat lagi ialah Mitochondria DNA.

NUXE telah menemui 3 ekstrak bunga yang dapat membaiki dan memulih Mitochondria DNA untuk berfungsi semula dalam menghasilkan tenaga kepada sel kulit. Dengan penemuan ini, NUXE telah menghasilkan NUXE Nuxellence Jeunesse-The 1st youth and radiance revealing fluid.

NUXE Nuxellence Jeunesse, 50ml


NUXE Nuxellence Jeunesse
50ml
RM180
Suitable for all skin types

Dengan 3 ekstrak bunga iaitu Passion Flower, Anchusa dan Poppy, produk ini dikatakan dapat membaik pulih Mitochondria DNA yang telah rosak dengan kadar 43%. 87% kandungan NUXE Nuxellence Jeunesse adalah natural origin dan ianya juga bebas paraben. Selain 3 ekstrak bunga tersebut, NUXE juga dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti Calendula Petals, Araucaria Seeds, Natural-origin Hyaluronic Acid, Galanga Leaves, Maca Root, Olive Leaves, dan Cocoa Cells. Produk ini tidak mempunyai preservative, coloring agent dan animal-origin ingredient serta ianya juga non-comedogenic.

My review :



Untuk membuka botol NUXE Nuxellence Jeunesse  ni korang kena pusing penutup botol anti-clockwise and then akan keluar pump macam dalam gambar di atas. Kalau nak tutup pula, just pusing arah jam dan pump akan masuk ke dalam. Bagi anis, packaging NUXE Nuxellence Jeunesse agak menarik dan anis rasa ianya hygienic. Botol ni jugak nampak luxurious kerana warna metallic dan ianya juga tahan lasak. Selain tu, korang just perlu pump sekali sahaja untuk dapatkan kuantiti yang betul untuk disapu ke seluruh muka.

One pump of NUXE Nuxellence Jeunesse

Texture NUXE Nuxellence Jeunesse ni sangat light dan sedikit creamy. Ianya mudah diratakan ke seluruh wajah dan memang cepat meresap ke dalam kulit serta tidak melekit. Bila dah sapu, kulit terasa lebih lembap dan lembut ^_^

Kiri : Tanpa NUXE Nuxellence Jeunesse 
Kanan : Disapu NUXE Nuxellence Jeunesse 

Nampak kan kulit tangan anis bahagian kanan lebih lembap =) Walaupun warnanya nude dan sedikit pinkish, tapi bila disapu, ianya tidak memberikan perubahan pada warna kulit. Ohya, sememangnya NUXE sangat terkenal dengan produk yang berasaskan bunga dan alam semula jadi. Memang tak hairan lah bau NUXE Nuxellence Jeunesse sangat wangi hasil gabungan Linseed Flower, Lily of the Valley, Heliotrope, Mandarin dan Nectarine notes. NUXE Nuxellence Jeunesse ni boleh digunakan sebelum memakai serum dengan mengikut gambar rajah bawah ni :


I love this NUXE Nuxellence Jeunesse <3

Dengan pemakaian NUXE Nuxellence Jeunesse setiap pagi dan malam, anis rasakan kulit wajah anis lebih lembut dan tona lebih sekata. Selain itu, ianya membantu penyerapan serum dengan lebih optimum. Produk ini boleh dikatakan work hand-in-hand dengan produk NUXE anti-aging yang lain yang akan anis review selepas ini ^_^ So, stay-tune for my next entry and let's discover more products from NUXE =)

NUXE Nuxellence Jeunesse ini boleh didapati di semua Sa Sa outlet seluruh Malaysia

Price :
RM180 (50ml)

Untuk maklumat lebih lanjut tentang NUXE, sila layari :
Website : www.nuxe.com

Sa Sa :
Website : www.sasa.com

XOxo

5 comments:

  1. TGIF. Tak sabar nak tunggu esok :D

    ReplyDelete
  2. brand nuxe in my waiting list. hehe
    wish i could have it
    http://notamanjaku.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...