Nov 13, 2013

[REVIEW] NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil

Pernah tak korang dengar pasal multi-purpose dry oil dari NUXE ni? Kalau korang mengikuti beauty blog, memang ramai dah review produk awesome dari NUXE ni yang merupakan produk dry oil nombor 1 di France. Sebelum ni anis ada blog pasal produk NUXE (LINK) yang sekarang ni dah jadi favorite anis ^_^


NUXE Huile Prodigieuse ini merupakan dry oil yang mempunyai pelbagai fungsi dan boleh di apply ke seluruh badan. Kat muka, badan dan rambut, semua boleh! Kalau nak tahu, multi-purpose dry oil sold every 6 seconds worldwide! 

NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil, 100ml
NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil

NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil

Ada dua size untuk multi-purpose dry oil ini iaitu 100ml spray bottle dan 50ml. Multi-purpose dry oil ni juga ada versi glitter/shimmer yang anis pernah cerita dalam entry INI. NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil ini diperkaya dengan kandungan Precious Plant Oils dan vitamin E yang digunakan untuk nourishes, repairs and softens the skin. Ianya boleh dikatakan 98.1% kandungannya adalah natural origin, malah ianya juga bebas silicone, mineral oil dan preservative. 

Macam anis cakap tadi, NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil ni memang boleh digunakan di seluruh badan dan banyak kegunaanya. Contohnya korang boleh campur beberapa titik multi-purpose dry oil ni dengan skin care product dan sapu pada muka. Hasilnya muka akan terasa lebih lembap, halus dan lembut. Ada banyak lagi kegunaan multi-purpose dry oil ni, korang boleh refer gambar di bawah :


My review :

Macam yang korang nampak dalam gambar di atas, multi-purpose dry oil ni memang cepat meresap ke dalam kulit dan kulit kelihatan lebih lembap. Bau dry oil ni macam bau bunga-bungaan yang sweet. Dah macam perfume, tapi fungsinya sama macam lotion. Anis suka packaging multi-purpose dry oil ni sebab nampak macam botol perfume dan ianya mudah digunakan sebab ada penyembur. Bila-bila masa je boleh spray pada bahagian yang dikehendaki. Memang senang nak guna especially pada rambut. Just spray dekat hujung rambut dan ratakan. Hasilnya, rambut kelihatan lebih subur dan tidak kusut serta shining gittew! 

Anis juga test guna dry oil ni bersama cc cream dan ini lah hasilnya :

NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil ni blend dengan baik bersama cc cream yang anis gunakan dan hasilnya menakjubkan! Tak melekit, malah ianya membuatkan cc cream lebih senang diratakan. Tak perlu guna banyak, hanya satu semburan dah memadai untuk blend dengan cc cream yang anis guna tu. Dry oil ni juga boleh digunakan sebagai cuticle oil. See, memang banyak sangat kegunaan dry oil ni dan anis rasa worth to buy ^_^

NUXE Huile Prodigieuse Multi-purpose Dry Oil boleh didapati di SaSa outlets di seluruh Malaysia

Price :
RM148 (100ml)

Untuk maklumat lebih lanjut tentang NUXE, sila layari :
Website : www.nuxe.com

SaSa :
Website : www.sasa.com

XOxo

7 comments:

  1. Replies
    1. honestly memang anis suka dry oil ni, bau dia memang tahan lama kalau spray dekat rambut and tak melekit pun :)

      Delete
  2. Sold worldwide every 6 seconds. Waaaa. hebatnya~
    Balik msia nanti nak cuba banyak produk Anis review. Letak dalam wishlist dulu...

    Tentang giveaway Anis, takde pula dapat email dari HiShop. Apa-apa boleh contact Hajar direct through email ct.hajar91@yahoo.com oke ;)

    ReplyDelete
  3. Still haven't get over of how pretty you are!!! <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...