Nov 12, 2013

[REVIEW] Lierac : Multi-action Concentrate Complete Body Contouring

Pernah tak korang check bahagian peha korang ade tak macam dalam gambar bawah ni???


Seram kan tengok! Haa.. ini lah yang dikatakan 'cellulite' atau dalam bahasa melayu nya ialah selulit. Selulit merupakan lemak yang terkumpul di bahagian bawah lapisan kulit sehingga boleh menimbulkan kesan tidak rata pada permukaan kulit. Nampak macam kedut-kedut gitu... Selulit ni bukan sahaja ada pada wanita yang mengalami masalah obesiti, tapi juga ada pada wanita kurus.


Setelah 30 tahun membuat kajian dalam bidang penjagaan bentuk badan, Lierac tampil dengan rawatan anti-selulit generasi baru iaitu Lierac Body Slim Multi-action Concentrate Complete Body Contouring.


Lierac Body Slim Multi-action Concentrate Complete Body Contouring, 200ml


Helps correct the appearance of all visible signs of stubborn cellulite : dimpled skin, loss of firmness, excess water retention. Improves skin quality.

Direction : Massage morning and/or night onto problem areas (thighs, hips, buttocks)

Lierac Body Slim Multi-action Concentrate Complete Body Contouring ini bertindak mengurangkan selulit melalui proses Lierac patented WTB SYSTEM iaitu dengan menukarkan 'white adipocytes' kepada 'brown adipocytes' dan kemudian mengaktifkannya supaya lemak yang berlebihan tersebut dapat dibuang. White adipocyte ni fungsinya untuk simpan lemak manakala brown adipocyte fungsinya membakar lemak. Jadi, sebab tu lah kita kena tukar white adipocyte kepada brown adipocyte. Selain itu, Lierac Body Slim Multi-action Concentrate ini juga meransang white adipocyte untuk transform into fibroblast-like cells yang berupaya menghasilkan collagen. Proses ini dinamakan LIPO-REVERSE.

Melalui kajian klinikal yang dijalankan ke atas 29 wanita, selepas 14 hari :
- The appearance of cellulite and orange peel skin is diminished 100%
- Body contouring effect on the hips and thighs 96%
- Skin appears firmer 93%

My review :


Seperti yang korang nampak dalam gambar kat atas ni, Lierac Body Slim Multi-action Concentrate ni macam lotion. Warna nya pink dan baunya memang wangi! Anis suka bau Lierac Body Slim Multi-action Concentrate ni sebab baunya macam bau blackcurrant hasil gabungan iris, rose dan jasmine. 

Anis dah guna produk ni lebih dari 14 hari dan anis boleh nampak perubahan pada kawasan yang bermasalah. Tapi masalah selulit anis tak lah teruk mana pun actually. For now lah... hewhew.. Selepas 14 hari, selulit dah makin kurang dan body contour lebih mantap especially bahagian thighs and buttocks #eh Maluw2 >_< Untuk pastikan selulit ni betul-betul hilang, kena lah sapu Lierac Body Slim Multi-action Concentrate ni setiap hari. Baru lah boleh nampak hasil yang ketara. Lama-lama nanti boleh la dapat body ala-ala Che Ta, dah berusia pun still nampak macam anak dara uolls!


Lierac Body Slim Multi-action Concentrate, RM220, 200ml

Lierac Body Slim Multi-action Concentrate boleh didapati di Robinsons The Gardens Mall, cawangan Sephora terpilih atau boleh juga didapati secara online melalui zalora.com.my dan lazada.com.my.

XOxo

4 comments:

  1. Anis, serius ke boleh pudar dlm masa 14 hari? saiz botol satu je ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu mengikut kajian klinikal yg dijalankan.. As for me, kalau masalah selulit agak teruk, ianya akan mengambil masa lebih dari 14 hari untuk hilang kesemuanya.. Time consuming jugak lah..

      Delete
  2. Lierac? Memang cikgu dermato kata produk yang bagus.. byk product lierac kat sini. Tapi tak tahu ada pulak utk cellulite.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...