Nov 30, 2013

ARTDECO Launch Party

Dulu kecik-kecik selalu curi-curi guna barang makeup mak anis... hihi >_< Rasanya tak pernah lagi kantoi... Bila masuk asrama, time dinner lah masa nak main makeup2 dengan kawan-kawan. Honestly anis memang tak reti makeup, selalu mintak kawan yang makeup kan anis. Serious, dulu noob gila! Tau pakai lipstick je, tu pun comot. LOL! Ingat lagi dulu bibir anis selalu kering, kawan anis siap bawak anis pegi outing and belikan anis lipbalm. Ni zaman sekolah menengah atas kalau tak silap. Nampak tak betapa tak beauty conscious langsung dulu. kahkahkah! Then masuk asasi, baru nak belajar pakai eyeliner. Itu lah makeup pertama yang anis ada selain compact powder. Rasanya compact powder ni semua orang pun pakai kan...

Sekarang ni, sejak berkawan dengan beauty bloggers, baru lah upgrade sikit skill makeup. Hehehe :D Tapi still noob lagi, banyak lagi yang kena belajar. Bagi anis makeup ni macam art dan kita kena kreatif. Ada bermacam-macam brand makeup kat pasaran dan minggu lepas, anis baru je pegi majlis pelancaran rangkaian solekan terbaru iaitu ARTDECO (The Trendsetter Company) yang boleh didapati di seluruh Sa Sa outlets di Malaysia.

ARTDECO merupakan jenama solekan dari German. Bagi anis, ARTDECO ni memang unik dan tersendiri sebab produk mereka adalah mengikut citarasa setiap individu. Contohnya, korang boleh pilih nak beli eyeshadow warna apa untuk diletakkan dalam ARTDECO eyeshadow palette. Sebagai contoh korang beli ARTDECO eyeshadow palette yang boleh memuatkan dua eyeshadow, then korang boleh pilih lah eyeshadow mana yang korang berkenan. So that, tak la nanti membazir. Kadang-kadang kita beli eyeshadow palette, ada warna yang kita tak suka dan end up eyeshadow tu tak digunakan... Bila eyeshadow yang lain dah habis guna, at last eyeshadow palette tu kita buang jugak bersama-sama eyeshadow yang tak digunakan tu. Membazir kan... So ARTDECO telah mengilhamkan Refillable Eyeshadow untuk dimuatkan di dalam ARTDECO eyeshadow palette based on individual wishes and needs.

ARTDECO sememangnya jenama solekan yang terkenal dan seringkali dinobatkan sebagai 'the most popular makeup brand in beauty salons'. Helmut Baurecht, founder and owner of the ARTDECO Group was already awarded the Beauty World Cup in 2005 for his unique brand concept. The 'A Life of Beauty Award' followed in 2007 for achievements in the professional cosmetic industry.


Gambar sekitar majlis pelancaran ARTDECO

ARTDECO makeup display :



Semasa event ni, ada disediakan makeup table untuk para tetamu cuba sendiri makeup ARTDECO. Seronok! Sape tak excited kalau bab-bab makeup ni kan. tehee >_< 



ARTDECO eye designer refill + eyeliner swatches

Lipstick swatch

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan dari emcee dan diteruskan dengan ucapan oleh Ms. Alice Lau, Pengarah Kategori Pegurusan & Produk Pembangunan (CMPD), dan seterusnya ucapan oleh Ms. Anna Blasco, ARTDECO Naib Presiden Pemasaran dari Germany.

Ms. Alice Lau, Pengarah Kategori Pegurusan & Produk Pembangunan (CMPD) menyampaikan ucapan.

Ms. Anna Blasco, ARTDECO Naib Presiden Pemasaran dari Germany untuk Majils Perasmian ARTDECO di Sa Sa Malaysia.

The best part of the event, makeup demo session! Masa ni lah anis nak belajar sedikit sebanyak skill makeup dari juru mekap profesional. 

Derek Grillo (ARTDECO Make Up Artist & Ketua Latihan Antarabangsa) menunjukkan langkah demi langkah solekan pada Amber Chia.

Natural look

Wild look


(Dari Kiri ke-5) Eynn Leong (Pengurus Kanan Pemasaran), Alice Lau (Pengarah CMPD Sa Sa), Amber Chia (Malaysia Super Model), Corina Loi (Naib Presiden Kanan Sa Sa), Derek Grillo (ARTDECO Make-up Artist & Ketua Latihan Antarabangsa), Anna Blasco (ARTDECO Naib Presiden Pemasaran), Low Yew Meng (Pengarah Kewangan & Admin) merasmikan pelancaran ARTDECO di Sa Sa Malaysia.

Sepanjang majlis ni, kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang cute2! Paling suka moist chocolate cake with banana dan juga chicken pie... Om nom nom nom ^_^

Sebelum balik, kitorang dapat goodie bag! So, what inside? Wait for my next entry ya ^_^

My outfit of the day (full entry HERE)




Makeup Base with Anti-Aging Effect - RM79.00

Sun Protection Powder Foundation - RM119.00
Rich Treatment Foundation - RM109.00
Long-lasting-Oil-Free Foundation SPF20 - RM109.00
High Definition Foundation - RM119.00
High Performance Lifting Foundation - RM129.00
Mineral Powder Foundation - RM99.00

The Perfect Teint Concealer - RM59.00
Perfect Stick Concealer - RM49.00
Perfect Teint Illuminator - RM69.00

High Definition Compact Powder - RM99.00
Hydra Mineral Compact Foundation - RM109.00
Mineral Compact Powder - RM89.00
High Definition Loose Powder - RM99.00

Clear Lash & Brown Gel - RM39.00
Eyebrow Pencil - RM29.00
Eyebrow Designer - RM49.00
Eyebrow Color Pen - RM39.00

Kajal Eyeliner - RM29.00
Soft Eyeliner - RM39.00
Liquid Star Liner - RM39.00
Long Lasting Liquid Liner - RM39.00
Magic Eyeliner - RM49.00
Perfect Color Eyeliner - RM49.00

All-in-one Mascara - RM69.00
Perfect Volume Waterproof Mascara - RM69.00
Magic Brush Mascara - RM69.00
Lash Booster - RM79.00
Lash Growth Activator - RM79.00

Eyeshadow Base - RM59.00
Refillable Eyeshadow - RM29.00
Mineral Baked Eyeshadow - RM39.00
Eye Designer Refill - RM39.00

Blusher - RM39.00
Mineral Baked Blusher - RM49.00

Soft Lip Liner Waterproof - RM39.00
Perfect Color Lipstick - RM49.00
High Performance Lipstick - RM69.00
Glossy Lip Finish - RM49.00
Glamour Gloss - RM59.00
Lip Brilliance Long Lasting Lipgloss - RM59.00

SHOPPING ALERT!

More info about the promotion, click HERE

ARTDECO exclusively available in all Sa Sa outlets in Malaysia

Sa Sa :
Website : www.sasa.com

XOxo

1 comment:

  1. Sebenarnya kan, Teena pun nak juga ber'make up', cuma tak pandai sangat. Kalau ada orang nak make up kan kita boleh lah. Hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...