Nov 30, 2013

ARTDECO Launch Party

Dulu kecik-kecik selalu curi-curi guna barang makeup mak anis... hihi >_< Rasanya tak pernah lagi kantoi... Bila masuk asrama, time dinner lah masa nak main makeup2 dengan kawan-kawan. Honestly anis memang tak reti makeup, selalu mintak kawan yang makeup kan anis. Serious, dulu noob gila! Tau pakai lipstick je, tu pun comot. LOL! Ingat lagi dulu bibir anis selalu kering, kawan anis siap bawak anis pegi outing and belikan anis lipbalm. Ni zaman sekolah menengah atas kalau tak silap. Nampak tak betapa tak beauty conscious langsung dulu. kahkahkah! Then masuk asasi, baru nak belajar pakai eyeliner. Itu lah makeup pertama yang anis ada selain compact powder. Rasanya compact powder ni semua orang pun pakai kan...

Sekarang ni, sejak berkawan dengan beauty bloggers, baru lah upgrade sikit skill makeup. Hehehe :D Tapi still noob lagi, banyak lagi yang kena belajar. Bagi anis makeup ni macam art dan kita kena kreatif. Ada bermacam-macam brand makeup kat pasaran dan minggu lepas, anis baru je pegi majlis pelancaran rangkaian solekan terbaru iaitu ARTDECO (The Trendsetter Company) yang boleh didapati di seluruh Sa Sa outlets di Malaysia.

ARTDECO merupakan jenama solekan dari German. Bagi anis, ARTDECO ni memang unik dan tersendiri sebab produk mereka adalah mengikut citarasa setiap individu. Contohnya, korang boleh pilih nak beli eyeshadow warna apa untuk diletakkan dalam ARTDECO eyeshadow palette. Sebagai contoh korang beli ARTDECO eyeshadow palette yang boleh memuatkan dua eyeshadow, then korang boleh pilih lah eyeshadow mana yang korang berkenan. So that, tak la nanti membazir. Kadang-kadang kita beli eyeshadow palette, ada warna yang kita tak suka dan end up eyeshadow tu tak digunakan... Bila eyeshadow yang lain dah habis guna, at last eyeshadow palette tu kita buang jugak bersama-sama eyeshadow yang tak digunakan tu. Membazir kan... So ARTDECO telah mengilhamkan Refillable Eyeshadow untuk dimuatkan di dalam ARTDECO eyeshadow palette based on individual wishes and needs.

ARTDECO sememangnya jenama solekan yang terkenal dan seringkali dinobatkan sebagai 'the most popular makeup brand in beauty salons'. Helmut Baurecht, founder and owner of the ARTDECO Group was already awarded the Beauty World Cup in 2005 for his unique brand concept. The 'A Life of Beauty Award' followed in 2007 for achievements in the professional cosmetic industry.


Gambar sekitar majlis pelancaran ARTDECO

ARTDECO makeup display :



Semasa event ni, ada disediakan makeup table untuk para tetamu cuba sendiri makeup ARTDECO. Seronok! Sape tak excited kalau bab-bab makeup ni kan. tehee >_< 



ARTDECO eye designer refill + eyeliner swatches

Lipstick swatch

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan dari emcee dan diteruskan dengan ucapan oleh Ms. Alice Lau, Pengarah Kategori Pegurusan & Produk Pembangunan (CMPD), dan seterusnya ucapan oleh Ms. Anna Blasco, ARTDECO Naib Presiden Pemasaran dari Germany.

Ms. Alice Lau, Pengarah Kategori Pegurusan & Produk Pembangunan (CMPD) menyampaikan ucapan.

Ms. Anna Blasco, ARTDECO Naib Presiden Pemasaran dari Germany untuk Majils Perasmian ARTDECO di Sa Sa Malaysia.

The best part of the event, makeup demo session! Masa ni lah anis nak belajar sedikit sebanyak skill makeup dari juru mekap profesional. 

Derek Grillo (ARTDECO Make Up Artist & Ketua Latihan Antarabangsa) menunjukkan langkah demi langkah solekan pada Amber Chia.

Natural look

Wild look


(Dari Kiri ke-5) Eynn Leong (Pengurus Kanan Pemasaran), Alice Lau (Pengarah CMPD Sa Sa), Amber Chia (Malaysia Super Model), Corina Loi (Naib Presiden Kanan Sa Sa), Derek Grillo (ARTDECO Make-up Artist & Ketua Latihan Antarabangsa), Anna Blasco (ARTDECO Naib Presiden Pemasaran), Low Yew Meng (Pengarah Kewangan & Admin) merasmikan pelancaran ARTDECO di Sa Sa Malaysia.

Sepanjang majlis ni, kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang cute2! Paling suka moist chocolate cake with banana dan juga chicken pie... Om nom nom nom ^_^

Sebelum balik, kitorang dapat goodie bag! So, what inside? Wait for my next entry ya ^_^

My outfit of the day (full entry HERE)




Makeup Base with Anti-Aging Effect - RM79.00

Sun Protection Powder Foundation - RM119.00
Rich Treatment Foundation - RM109.00
Long-lasting-Oil-Free Foundation SPF20 - RM109.00
High Definition Foundation - RM119.00
High Performance Lifting Foundation - RM129.00
Mineral Powder Foundation - RM99.00

The Perfect Teint Concealer - RM59.00
Perfect Stick Concealer - RM49.00
Perfect Teint Illuminator - RM69.00

High Definition Compact Powder - RM99.00
Hydra Mineral Compact Foundation - RM109.00
Mineral Compact Powder - RM89.00
High Definition Loose Powder - RM99.00

Clear Lash & Brown Gel - RM39.00
Eyebrow Pencil - RM29.00
Eyebrow Designer - RM49.00
Eyebrow Color Pen - RM39.00

Kajal Eyeliner - RM29.00
Soft Eyeliner - RM39.00
Liquid Star Liner - RM39.00
Long Lasting Liquid Liner - RM39.00
Magic Eyeliner - RM49.00
Perfect Color Eyeliner - RM49.00

All-in-one Mascara - RM69.00
Perfect Volume Waterproof Mascara - RM69.00
Magic Brush Mascara - RM69.00
Lash Booster - RM79.00
Lash Growth Activator - RM79.00

Eyeshadow Base - RM59.00
Refillable Eyeshadow - RM29.00
Mineral Baked Eyeshadow - RM39.00
Eye Designer Refill - RM39.00

Blusher - RM39.00
Mineral Baked Blusher - RM49.00

Soft Lip Liner Waterproof - RM39.00
Perfect Color Lipstick - RM49.00
High Performance Lipstick - RM69.00
Glossy Lip Finish - RM49.00
Glamour Gloss - RM59.00
Lip Brilliance Long Lasting Lipgloss - RM59.00

SHOPPING ALERT!

More info about the promotion, click HERE

ARTDECO exclusively available in all Sa Sa outlets in Malaysia

Sa Sa :
Website : www.sasa.com

XOxo

Nov 29, 2013

[REVIEW] NUXE Nuxuriance Eye and Lip Global Anti-aging Cream

My #FirstWorldProblem : Panda Eyes! Anis rasa sejak dah masuk umur 20-an ni, masalah dark circle anis makin menjadi-jadi! Tak boleh tak cukup tidur sikit, terus obvious dark circle bila bangun keesokan pagi. Dah la ada dark circle, 'diserikan' lagi dengan wrinkles!!! T_T Nanges.... Tsk Tsk Tsk... Dah bermacam-macam produk anis dah guna tapi still ada lagi masalah ni... So, baru-baru ni anis ada dapat produk dari NUXE untuk review and one of them is NUXE Nuxuriance Eye and Lip Global Anti-aging Cream. NUXE Nuxuriance merupakan anti-aging range dari NUXE untuk memperbaiki kulit wajah yang mengalami masalah loss of density.

Baca review produk NUXE sebelum ni :

NUXE Nuxuriance

Loss of density


NUXE Nuxuriance Eye and Lip Global Anti-aging Cream, 15ml



NUXE Nuxuriance Eye and Lip Global Anti-aging Cream
15ml
Use day and night
Suitable for all skin type

The Nuxuriance range represents the culmination of Nuxe's formidable botanical know-how to treat the signs of aging on mature skin such as loss of density, pigmentation, wrinkles and loss of radiance. These marks the start of hormonal aging and the result of less than optimal skin function as we grow older.

In addition botanical Hyaluronic Acid & Tetrapeptide Dermican to fill in lines and strengthen collagen fibers, Nuxuriance range contains patented Araucaria seeds Maca Root and Bakau Plant Extract for firming action, anti-dark circles and anti-brown spot effects. Plant Caffeine is also present to provide anti-puffiness action.

Benefit :
- fill in lines and strengthen collagen fibers
- firming action
- anti-dark circles
- anti-brown spot
- anti-puffiness

How to use :

With 2 fingers, press the upper inner corner of the eye, then smooth under eyebrow. Smooth the crow's-feet with an 8 movement and smooth beneath the eye. Press the lower inner corner of the eye. 3 times.




Packaging : Emerald green + gold pump bottle with lid. Nampak sangat classy packaging dia ^_^


Color : Yellow

Scent : Strong floral scent

Texture : Light cream


Overall, produk ni ok lah bagi anis but still masalah tak selesai sepenuhnya. Wrinkles are still there but alhamdulillah dark circle dah makin pudar =) Yang paling anis suka tentang produk ni ialah ianya membuatkan kulit di kawasan sekitar mata anis soft and smooth, so senang nak apply eyeshadow lepas tu... hihi ^_^

Rate :
3.5/5

NUXE Nuxuriance Eye and Lip Global Anti-aging Cream  ini boleh didapati di semua Sa Sa outlet seluruh Malaysia

Price range :
RM188-RM240

Untuk maklumat lebih lanjut tentang NUXE, sila layari :
Website : www.nuxe.com

Sa Sa :
Website : www.sasa.com

XOxo

Nov 27, 2013

[REVIEW] NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream

Zaman sekolah dulu-dulu, anis memang suka senyum. Jumpa orang je senyum. Tak kenal pun senyum. Pemurah tak iolls??? Senyum kan sedekah.. hehehe... Sampai ada yang cakap dekat anis yang anis ni suka senyum. Dah jadi macam habit dah. Tapi bila dah membesar ni, katanya kalau banyak sangat buat face expression nanti muka kedut-kedut, ada first expression line especially dekat antara pipi dan bibir dengan bahagian mata. Pastu terus dah kurangkan habit tu. Kekeke :p Nasib baik lah sekarang ni ada produk anti-aging dari NUXE untuk First Expression Lines. Produk yang anis gunakan ialah NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream.

NUXE Nirvanesque

First Expression Lines


NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream, 50ml


NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream
50ml
Use day and night
Suitable for all skin type

NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream diformulasikan berdasarkan konsep asal dan innovative iaitu Floral Neurocosmetics yang mana produk ini diperbuat daripada bahan aktif semula jadi dari bunga untuk menghalang penghantaran neurotransmitters yang bertanggungjawab apabila mengalami skin stress sensation, tensions and first expression lines. NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream mengandungi exclusive patented complex of Blue Lotus Seeds, Poppy Seeds dan Althea Root (Marshmallow) yang dapat menghalang pengeluaran Acetylcholine, Calcitonin Gene Related Peptide (CGRP) dan Substance P. Selain itu, ianya juga mengandungi Calmosensine (a powerful peptide to help increase natural production of B-endorphins) serta Amaranth proteins dan Hyaluronic Acid yang mana fungsinya adalah untuk : energize and moisturize skin, instantly smoothen, lift and fill out lines. Produk ini tidak mengandungi preservative dan ianya juga non-comedogenic.

Benefit :
- energize and moisturize skin
- instantly smoothen, lift and fill out lines

How to use :
Apply this anti-wrinkle cream in the morning and/or evening to the perfectly cleansed and toned face and neck.



Packaging : Glass jar with cover. 


Color : Light cream

Scent : Sweet and fresh flower scent

Texture : Light cream, easily spread and well absorbed

Paling suka bila pakai cream ni rasa sejuk je muka. Just guna sikit je untuk satu muka. Lepas dah sapu, kulit muka akan lebih lembap. Actually anis biasanya pakai cream ni waktu malam before tidur. Bila dah bangun tidur keesokan pagi, kulit muka anis rasa lembut je... Best sangat pegang kulit muka lepas bangun tidur... ^_^

Rate :
4/5

NUXE Nirvanesque First Expression Lines Cream ini boleh didapati di semua Sa Sa outlet seluruh Malaysia

Price range :
RM140-RM160

Untuk maklumat lebih lanjut tentang NUXE, sila layari :
Website : www.nuxe.com

Sa Sa :
Website : www.sasa.com

XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...