Oct 22, 2013

Sunway Lost World Hotel

Akhirnya dah sampai entry terakhir untuk blogger getaway to Lost World of Tambun. Baca entry sebelum ni tentang Lost World of Tambun Theme Park (LINK) dan Hot Springs & Spa Lost World of Tambun (LINK). Phew! Penat tau nak siapkan satu-satu entry sebab banyak benda nak diceritakan, sebab kat sana banyak benda yang menarik anis nak kongsi ngan korang. Bila pergi bercuti, harus lah bermalam kan. Kitorang menginap di Sunway Lost World Hotel yang terletak berhadapan dengan Lost World of Tambun.


Lost World Hotel ini mula dibuka pada 28 April 2011. Baru je lagi ni... Hotel ni mempunyai 174 buah bilik dan korang boleh pilih nak katil king or twin. Ada pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih seperti Classical, Exotic, Deluxe Suites, Executive Suites, Premier Suites dan Super Suites.

All room rates are inclusive of two local breakfast and two complimentary tickets to Lost World Hot Springs & Spa by Night. Extra beds are charged at RM60.00 nett inclusive of breakfast and complimentary ticket to the Lost World Hot Springs & Spa by Night. The day use rate is at RM150.00 nett for stays from 12:00pm (NN) to 6:00pm. 

Di ruang lobi



Our room








Lega dapat rehatkan badan di Lost World Hotel lepas dah penat pusing Lost World of Tambun Theme Park. Phew =_=' Lepas dah habis aktiviti kat theme park, semua orang pecut ke hotel sebab penat pusing Lost World of Tambun. Memang tempat ni sangat luas dan ada macam-macam aktiviti korang boleh buat kat sini. Kalau nak tahu, baca kat entry SINI. Anis share bilik dengan si gorgeous Syafiqah Hashim. Bilik yang kitorang duduk ni ialah Classical Room (RM600 per night). Bagi anis, semuanya cukup lengkap dalam bilik ni especially toiletries yang disediakan seperti shower gel, shampoo, shower cap, berus gigi, ubat gigi, sikat dan lain-lain. Yang penting ada hair dryer! Lagi satu, hot water! Lepas dah balik mandi manda kat Hot Springs malam tu, balik bilik terus mandi air panas and then anis ngan Pika dan juga jiran bilik kitorang, Mira Cikcit dan Sabrina have a mask session to pamper our skin that had being exposed to the UV all day long. Hew Hew... And then we sleep safe and sound.. ZZZ

Next morning, bangun rasa fully rested! Macam tak nak bangun pun ada sebab katil dia empuk dan selesa :) Nasib baik gagah untuk bangun subuh, kalau tak terbabas la kite sebab tidur nyenyak... hehehe.. Pastu, sambung tidoq! Bila lagi nak tidur atas katil best2 cenggini khen... LOL!

Selain biliknya yang cukup lengkap, wifi kat sini pun boleh tahan laju! Waktu kitorang pegi trip ni, iOS 7 baru keluar. Anis dengan senang hati nye update iOS 7 guna wifi hotel. Laju gila! Skejap je update, dalam 10-15 minit camtu.

Pagi tu kitorang breakfast di Garden Terrace











Ada bermacam-macam pilihan makanan! Nak local cuisine pun ada, western pun ada. Pagi tu anis makan nasi goreng, sosej, chicken slice, wedges, cereals dan juga orange juice. Anis paling suka nasi goreng dengan wedges kat sini. Disebabkan anis turun lambat untuk breakfast, some of the food dah habis macam pancake. Orang kata pancake kat sini sedap. Rugi sebab tak dapat merasa. Tu lah, bangun lambat lagi.. T_T 

Overall, I am satisfied with Lost World Hotel services and facilities. The room is comfortable and spacious enough to accommodate two young ladies like me and Pika :D Plus, almost everything we need during traveling are being provided. Contohnya buat pemakai setia tudung bawal, korang mesti nak kena iron tudung korang kan. Korang call je room service dan mintak iron board and iron, lepas beberapa minit terus diorang hantar. Selain tu, diorang juga sediakan towel dan bathrobe. So, less things to be pack right :)

Last but not least, I would like to say thank you to The Butterfly Project for this blogger getaway! I had so much fun there especially with all the beautiful butterflies. The trip was awesome and I hope I can go there again, maybe with family or hubby... *verangan je lah, calon pun takde lagi :p

Goodies yang kitorang dapat

Lost World Hotel
No. 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605-540 8888/01/02
Fax : 605-540 8899


*Picture credit to Henry Lee from I Am Studio

8 comments:

  1. Banyaknyaa gambor.. internet saya slow gileee... so x boleh tgk sekeping gambor pong T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. La yeke... Nanti internet dah laju meh dtg tgk gambar sini eh :)

      Delete
  2. fuhhh... yg rm600 tu just for accommodation ja ka..??
    makanan included..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Accommodation termasuk breakfast utk 2 org dan tiket masuk ke hot springs & spa utk 2 org pd waktu malam :)

      Delete
  3. Teringin nak menginap kat situ.. Hihi..

    # Isi tabung (CC)

    ReplyDelete
  4. namee tgk ramai jugak yg join hari tu !! seronoknya la.kalau namee x ngandung.nameepun sibuk nak join. hehe

    ReplyDelete
  5. anis... best nya...seronok la trip gi ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...