Oct 25, 2013

[REVIEW] Dr. Post : Snail Aquaring SOS Mask

Bulan ni anis telah dipilih oleh HiShop untuk review tiga masks by Dr. Post! Weeehoo! Alhamdulillah, rezeki :) Dan berita best nya, lepas anis dah review ketiga-tiga masks ni, ada giveaway untuk korang! So, stay tune ya :D Bagi yang tak tahu ape tu HiShop, HiShop (LINK) adalah online shop yang menjual barangan skin care, hair care, makeup dan sebagainya yang mostly susah nak dapat di kedai-kedai kat Malaysia ni.

Mask pertama yang anis nak review adalah Dr. Post Snail Aquaring SOS Mask (RM16.90)
Dr. Post Snail Aquaring SOS Mask


Mask ni made in Korea. Korea memang terkenal dengan beauty product mereka yang memang bagus. Dr. Post Snail Aquaring SOS Mask ni berfungsi untuk memberikan kelembapan pada kulit muka yang kering akibat terdedah pada persekitaran. Ianya mempunyai 'hydration building ingredients' seperti Snail Mucus Components (mucin), Aquaxyl dan Marine Collagen. Bersama dengan mask ni, disediakan juga 'synergy ampoule booster' (Step 1) yang perlu disapu sebelum memakai mask (Step 2). Dengan menggunakan mask ni dua kali seminggu selama empat minggu, kulit kering dapat diatasi kerana ianya mempunyai kandungan Prunus Mume Fruit Water.

Cara penggunaan :
1) Selepas cuci muka, sapu 'Mask Base Ampoule' (Step 1) ke seluruh muka dengan rata.


2) Letakkan mask (step 2) pada muka dan biarkan selama 10-20 minit.

*Sorry, muka ketat '_'

3) Buka mask dan biarkan lebihan essence untuk diserap ke dalam kulit.

My review :
Step 1 : Ampoule (3ml)
Kuantiti yang mencukupi untuk disapu ke seluruh muka. Texture nya yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat memudahkan untuk disapu ke seluruh muka secara sekata. Walaupun nama mask ni Snail Aquaring SOS Mask, tapi tak ada bau yang tak menyenangkan atau texture yang menggelikan. So, jangan risau yep ^_^

Step 2 : Mask (25ml)
Lembut dan nipis tapi tahan lasak. Mask ni tak mudah koyak, dan boleh stretch. Saiz mask ni fit dengan muka anis.

*excuse my eye bag and dark circle 0_0

Bagi anis, mask ni berjaya melembapkan kulit muka anis. Rasa macam kulit muka lembap dari dalam dan bukan hanya di permukaan kulit muka sahaja. Kulit muka juga rasa lebih lembut dan sejuk =) Lepas essence dari mask ni dah fully absorbed, anis continue dengan skin care routine anis macam biasa. Lepas pakai mask, anis pakai pre-serum dan seterusnya. Kulit muka yang bagus boleh membantu korang untuk hasilkan makeup yang lebih baik. Kebiasaanya kalau anis ada dinner ke ape ke, kalau sempat anis akan pakai mask supaya nanti makeup nampak lebih smooth dan cantik.


Dr. Post Snail Aquaring SOS Mask ini boleh didapati di HiShop (LINK)
(RM16.90 per pack)

Berita baik untuk pembaca anisempoi.com!
Get RM20 off when you purchase RM100 and above at HiShop
Discount code : HS20
*valid until 31 December 2013


Website : www.hishop.my
Facebook : https://www.facebook.com/hishopmy
Twitter :  http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe

XOxo

2 comments:

  1. wahhh...namapak segar sahaja muka anis...sama jer dengan shaila...eye bag mmg xleh sorok..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...