Oct 9, 2013

Lost World of Tambun punyai segalanya!

Pada kali pertama anis ke Lost World of Tambun bersama dengan family anis suatu ketika dahulu, anis ingatkan tempat ni hanya ada waterpark dan juga amusement park. Tapi, pada kali kedua anis ke Lost World of Tambun bersama bloggers dari The Butterfly Project, baru anis tahu yang tempat ni mempunyai banyak tarikan dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini!

Gambar keseluruhan Lost World of Tambun
*picture credit


Bloggers dan juga Lost World of Tambun's team



Setibanya kami di Lost World of Tambun, kami dibawa ke Kepura Cave untuk makan tengahari. Kepura Cave merupakan sebuah gua yang diubahsuai menjadi sebuah dewan yang digunakan untuk meeting, majlis dan sebagainya. Memang agak teruja tau sebab dapat lunch dalam gua. Terasa macam duduk zaman batu dulu-dulu... 0_0

1) KEPURA CAVE





After lunch, kitorang dibawa mengelilingi Lost World of Tambun menaiki train. Pon pon!

me, mira cikcit dan kak sabby prue

Semasa attractive tour ni, kitorang ada lalu Swan Lake. Dekat Swan Lake ni korang boleh bagi makan dekat swan dan juga ikan. Sambil korang kayuh swan gergasi tu kan, the real swan will follow you at the back. So cute!

2) SWAN LAKE

First stop ialah Petting Zoo!!!

3) PETTING ZOO

Di Petting Zoo ni ada pelbagai jenis haiwan dan semuanya terlatih. Banyak juga haiwan yang anis tak pernah jumpa macam racoon dalam gambar bawah ni. Racoon kat sini memang jinak. Siap malu tapi mahu lagi masa nak ambik makanan yang kitorang hulur. Comel sangat tau! Racoon ni sebenarnya haiwan perosak yang akan menyelinap masuk ke dalam rumah untuk curi makanan. Tapi racoon kat sini semua jenis sopan tau. Macam nak bela pulak sekor. hehehe :p


Selain racoon, ada banyak lagi haiwan dan kesemuanya sangat unik! Kat sini, korang boleh beri makan dekat burung yang sangat jinak, memancing ikan-Longkang Fishing dan sebagainya. Terdapat 500 burung dari 18 jenis spesis yang ada di Petting Zoo ni seperti cockatoos, mandarin ducks dan peacocks. Kalau ada yang berani, korang juga boleh bergambar dengan ular. Anis geli dan seram lah nak pegang ular.. >_< Petting Zoo ni luasnya adalah 100,000 square feet. Memang besar tau! 











4) TIGER VALLEY

Kalau datang Lost World of Tambun, jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan dari harimau di Tiger Valley! Harimau-harimau di Tiger Valley ni merupakan Siberian tigers. Siap ada nama lagi semua harimau kat sini, seperti Sultan, Raima, Putra, Jazz dan Azian. Kalau korang nak tahu, Azian ni merupakan harimau yang berlakon dalam cerita Waris Jari Hantu lakonan Azean Irdawaty. Retis uolls Azian ni. Ingat nak gi mintak sign, tapi nanti kang jadi snack si Azian ni pulak. LOL! Anis ni dah la takde isi mana pun T_T

Lepas kitorang bersiar-siar di Petting Zoo, next stop is Tin Valley!

5) TIN VALLEY

Dekat sini kitorang ditunjukkan cara-cara orang zaman dahulu kala mendulang bijih timah. Untuk mendulang bijih timah ni, memerlukan teknik yang betul. Kalau salah teknik, sampai ke esok tak sudah-sudah mendulang nye haa... hahaha :p


Selepas tu, kitorang disediakan makanan untuk tea break di Dulang Tea House sebelum kitorang mulakan sesi photo treasure hunt.





Selain lima tarikan yang ada di Lost World of Tambun seperti yang anis highlight di atas, tak ketinggalan juga Lost World of Tambun Waterpark!

6) WATERPARK

Waterpark ini terbahagi kepada lima iaitu Tube Raiders, Cliff Racer, Jungle Wave Pool, Adventure River, The Explora Bay Kids.

Jungle Wave Pool

Cliff Racer

Tube Raiders

The Explora Bay Kids

Adventure River

Adventure river merupakan "the longest man made river", dicatat di dalam Malaysian Book of Record. Adventure river ini panjangnya ialah 600 meter. Sepanjang adventure river ini ada pelbagai special effect seperti smoke, light, sound of monkeys, elephants, insects and water spray.

7) TEAM BUILDING PARK

Di Lost World of Tambun ni juga korang boleh buat aktiviti-aktiviti extreme seperti 13 High Rope Course, Leap of Faith aka Para Jump, Wild Woosey, Via Feratta with Natural Abseil dan Zip Line. Menarik! Kalau ada company yang nak buat team building, Lost World of Tambun will be a perfect place :)

8) AMUSEMENT PARK
Dragon Flights
Tak lupa juga, dekat Lost World of Tambun ni pun ada Amusement Park. Di Amusement Park ni ada Roller Coaster (Lupe's Adventure), Dragon Flights, Stormrider, Perak Parade carousel dan Giddy Galleon. Fisrt time anis naik Stormrider (pirate boat which swing 180 degrees), sumpah anis dah tak nak naik dah bendalah ni. Pening weh! Bila sampai dekat atas dan nak turun ke bawah tu, rasa macam nak tercabut je jantung dan tertinggal kat atas. Gulp T_T Kalau korang nak relax relax sambil menikmati pemandangan di Lost World of Tambun, Dragon Flights will be great! Kalau nak tahu, roller coaster kat sini merupakan roller coaster pertama di Perak.

9) IPOH STREET

Bagi anis Ipoh Street ni merupakan tarikan yang sangat unik. Kat sini korang boleh la merasa lepak-lepak di Ipoh Street sambil-sambil menikmati makanan special dari Ipoh. 

10) SHOP

Untuk mereka yang datang dari jauh dan ada nak beli souvenir sebagai kenang-kenangan, kat sini juga ada disediakan kedai barangan souvenir. Ada macam-macam pilihan seperti keychain, fridge magnet, plush toy dan banyak lagi! Kat sini pun ada jual Ipoh White Coffee dari Lost World of Tambun.





11) HOT SPRINGS & SPA
*picture credit
Untuk Hot Springs & Spa ni, anis akan cerita di entry seterusnya ye :D

Fuh, memang banyak kan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Lost World of Tambun ni. Tak rugi datang tau sebab Lost World of Tambun ni berbeza dari theme park lain. Tak sabar anis nak cerita tentang Hot Springs & Spa sebab ini lah tarikan paling menarik bagi anis. Stay tune for my entry ya :D

Ticket Price
Adult : RM48 nett per person
Children : RM41 nett per person
Child below 90 cm in height : Free of charge
Group package is available with minimum number of 30 persons (advance booking is required)

Park Operating Hours
Monday-Friday : 11:00am-6:00pm
Saturday & Sunday : 10:00am-6:00pm
School & Public Holidays : 10:00am-6:00pm
Park CLOSED every Tuesday except during Malaysian School & Public holidays

Lost World Hot Springs by Night Operating Hours
Open daily : 6:00pm-11:00pm

Address : No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 605 542 8888
Fax: 605 542 8899
Email : lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : www.sunwaylostworldoftambun.com

The Butterfly Project

*Some of the photo taken by Henry Lee from I Am Studio
XOxo

19 comments:

  1. Banyak juga aktiviti bleh buat kat sana rupanya. Ingatkan waterpark je ada. Harga msuk pun kira berpatutan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, bila second time anis pegi sana, baru anis tau ada banyak lagi benda boleh buat kat situ..

      Delete
  2. Cantik2 all your pictures! best jugak tempat ni ek... boleh la pergi nanti time cuti sekolah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. not all pictures from me actually, some are from others and had being credited :)

      Delete
  3. wah seronok..kena masuk dlm to do list ni..hehe

    ReplyDelete
  4. memang best..anak syarikat sunway kan...memang terbaik laa

    ReplyDelete
  5. wahhh...bolehlah pergi bercuti disini..^^

    ReplyDelete
  6. teringin mahu pergi...tapi bila agaknya...

    ReplyDelete
  7. cantiknye...teringin nak g...

    ReplyDelete
  8. sekarang dah ada roller coaster. huhu

    ReplyDelete
  9. yg belum ke lost world sila lah ke sana.mmg best. cuti sekolah sentiasa penuh.better g masa weekend biasa

    ReplyDelete
  10. tempat penginapan terdekat kat mana..mmg ada hotel dia sendiri ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel terdekat Lost World Hotel, betul2 depan water park :)

      Delete
  11. Sis tiket per person tu kita boleh cuba semua eahhhh ? Ke mcm mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, boleh cuba semua kecuali hot spring waktu malam kena beli tiket berasingan :)

      Delete
  12. banyak sebenarnya yang best kan . huhu
    macam mana nak join butterfly project ?

    ReplyDelete
  13. nk masuk dri stu tempat ke stu tempat dikenakan bayaran tak..?? ataupun dgn RM 48 tu semua tempat blh msuk..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...