Oct 30, 2013

Langkah penting dalam penjagaan kulit wajah harian : Toner

Bagi anis, penting untuk kita jaga kulit wajah kita setiap hari. Setiap hari, anis amalkan tiga langkah penting dalam penjagaan kulit wajah iaitu menggunakan pencuci muka, toner dan moisturizer. Make sure kita buat tiga langkah ni setiap pagi dan malam. Baru lah kulit cantik berseri. ^_^


Beberapa minggu yang lepas, anis telah dipilih oleh The Butterfly Project untuk menyertai Blogging 101 Chapter 1. Untuk chapter 1 ni, kitorang yang terpilih diberi peluang untuk review Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner dari Natta Cosme. Best tau join The Butterfly Project ni, sebab ada banyak aktiviti dan event yang berkaitan dengan kecantikan untuk bloggers. Sape-sape pun boleh join, click SINI untuk daftar sebagai ahli =)

Bungkusan yang anis terima dari Natta Cosme

Memang waktu dapat bungkusan ni, anis excited gila untuk unboxing and nak tau isi dalam kotak ni. Curious O-O

Lepas menggali sampai lah ke dasar kotak, this is what i found
hihi ^_^

Terharu tau bila tengok isi dalam kotak ni. Macam dapat hadiah hari jadi. Siap ada ribbon lagi dekat penutup botol toner tu. Thanks Natta Cosme for this surprise ^_^

Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner and Egyptian Magic Cream

Q : What is your choice of product after applying toner?
a) Moisturizer
b) Cream 
c) Oil
d) EMC

Jawapan anis untuk soalan ini ialah a) Moisturizer. Anis lebih suka guna moisturizer sebab ianya sesuai untuk kulit muka anis yang kering. 

Envelop with love notes from Natta Cosme

One pack of cotton pads from Lily Bell Lilian Puff, business card of Natta Cosme and also fortune capsule


"Cotton  pads are commonly used to apply toner on face for better absorption. What do you think?"
Yes, i agree with that. Dengan penggunaan cotton pad, lebih senang untuk kita apply toner dan dalam masa yang sama, kotoran yang ada pada kulit akan melekat pada cotton pad tersebut. 

Okey, done with the unboxing, now let me explain further about the toner. Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner dari USA ini adalah toner yang bebas alkohol dan juga bebas paraben. Toner bebas alkohol sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengalami kulit sensitif. Toner ini mengandungi un-distilled Witch Hazel (with all the beneficial natural tannins), Aloe Vera dan juga Vitamin E yang dapat melembapkan kulit muka dalam masa yang sama membersihkan, mengecilkan liang pori, melembutkan dan mencantikkan kulit muka. 

Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner RM55 RM45 (355ml)



Dari segi pembungkusan, ianya sangat praktikal dan mudah digunakan. Lubang kecil pada penutup botol ni memudahkan anis untuk mengawal kuantiti toner yang anis perlukan. Jadi, tak lah nanti membazir kalau-kalau toner tu tiba-tiba jatuh dan tumpah. Anis suka packaging toner ni sebab botolnya transparent dan korang boleh baca description dekat belakang botol dengan jelas. Bau toner ni pula memang wangi! Anis suka bau rose pada toner ni. 

Directions : Apply with a cotton ball or soft pad to cleanse, soften, refresh and moisturize skin. Use anytime throughout the day as a softening refreshner.

Hasilnya :
*rakus betul =_='

Korang boleh lihat kan dekat cotton pad yang bertanda after kat atas ni, semua kotoran dah melekat dekat cotton pad. Terasa kulit lebih bersih lepas pakai toner ^_^

Selepas membersih muka dan pakai toner, kulit muka anis lebih bersih dan rasa lebih lembap. Toner ni mudah meresap ke dalam kulit. Ianya juga membantu menyerap moisturizer yang anis pakai selepasnya. Overall, anis berpuas hati dan akan terus menggunakannya =)

Beli Thayers Rose Petal Witch Hazel Toner di Natta Cosme (LINK)
RM55 RM45

Exclusive to my readers!
Get RM5 discount for purchase above RM50 at Natta Cosme (LINK)
Discount code : LOVEBT
Valid until 15/1/2014

Website : www.nattacosme.com
Facebook : www.facebook.com/NattaCosme

Website : www.butterflyprojectmalaysia.com
Facebook : The Butterfly Project

XOxo

Oct 29, 2013

OOTD : High Waist Skirt

Sekarang ni kan, anis rasa pakai skirt lebih selesa dari pakai seluar. Anis sekarang tengah nak kumpul skirt. Siap buat list lagi warna skirt apa yang dah ada, cutting macam mana semua. Hihi ^_^ Hari ni anis nak kongsikan cara anis gayakan Highwaist Skirt-Nude dari Padieka.com =) Anis memang dari dulu lagi suka dengan koleksi dari Padieka.com ni. Modest and up-to-date.




*picture credit
Material : Cotton
Ada zip dan getah dekat bahagian pinggang
RM73 RM49
Available size : S, M, L
Buy Highwaist Skirt-Nude HERE

Website : www.padieka.com
Facebook : Padieka Raccolta

XOxo

Rawat masalah rambut gugur dengan BioTHIK

Walaupun bertudung, masalah rambut gugur yang anis alami boleh buat anis stress sampai nak nanges tengok betapa banyak nye rambut anis gugur setiap hari. Bangun dari tido, dekat bantal banyak gila rambut. Bila sikat, lagi lah banyak yang gugur. Stress gila! Takut nanti muda-muda ni dah botak dah. gulp >_< Mujur lah haritu anis diperkenalkan dengan produk penjagaan rambut dari USA iaitu BioTHIK, khas buat kami yang alami masalah keguguran rambut.


BioTHIK merupakan jenama bagi produk penjagaan rambut yang diperbuat daripada bahan botanik dan juga bebas alkohol. Produk ini didapati tiada kesan buruk ke atas pengguna dan selamat digunakan serta sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita. BioTHIK adalah top 5 most used (hair) clinicare range di EU, USA, Middle East dan Malaysia. BioTHIK berpegang kepada '3-Stage Protocol' iaitu Cleansing & Preventing, Stabilizing & Stimulating dan Concealing & Maintaining. Dengan '3-Stage Protocol' ini, masalah keguguran rambut dapat diatasi dengan menjadikan rambut lebih sihat dan tebal.



Cleansing & Preventing :
Scalp Cleansing Foam I - RM85.80
Scalp Cleansing Foam  II - RM85.80
Hair Texture Protector - RM74.80

Stabilizing & Stimulating :
Intensive Follicle Reactive Serum I - RM162.80
Intensive Follicle Reactive Serum II - RM162.80

Concealing & Maintaining :
Hair Building Fiber - RM118.80
Fiber Locking Mist - RM52.80

Produk BioThik ini boleh dibeli secara online, atau dari saloon dan klinik (klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut) :

Produk paling laris dari BioTHIK iaitu Hair Building Fiber dan Fiber Locking Mist ini mampu menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dalam masa 30 saat!


BioTHIK Hair Building Fiber :
Scientifically formulated to add volume to existing hair instantly.
-Made from 0.3mm-0.5mm keratin protein fiber
-Instant result in 30 seconds
-Easily removed by syampooing
-11 types of colors to match your own hair
-Not itchy or irritating to scalp
-Electrostatic charge binds BioTHIK to hair shaft
-Ultra-light fibers, won't weight down hair shaft
-Suitable for hair transplant patients during scalp healing process

Hair Building Fiber mempunyai 11 pilihan warna yang boleh dipilih mengikut warna rambut.


BioTHIK Fiber Locking Mist :
Scientifically formulated for locking and securing fiber in place all day.
-Maintains BioTHIK Hair Building Fiber application to last longer through rain, wind and sweat
-UV protection


Cara penggunaan Hair Building Fiber dan Fiber Locking Mist :




Pada 7 Oktober 2013 yang lepas, BioTHIK telah melancarkan produk baru mereka iaitu BioTHIK Pro. BioTHIK Pro merupakan alat yang digunakan di saloon untuk memudahkan penggunaan produk BioTHIK oleh pihak saloon kepada pelanggan. BioTHIK Pro ini juga boleh menganalisa kulit kepala untuk tujuan rawatan selanjutnya.

Gambar sekitar majlis pelancaran :





BioTHIK Pro

BioTHIK Pro demonstration



With Sharifah Shahira

Website : www.biothik.com

For more information about BioTHIK and BioTHIK Pro, please contact Sanjeavan K. via,
mobile : +6016-621 7229
email : Sanjeavan.Karunanithi@aemedia.com

This product is distributed by :
T-Biomax Sdn Bhd
No. 37 & 39, Jalan USJ 1/31, USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Tel : +603-8023 1698
Hotline : +6016-229 7278
Email : talk2us@biothik.com


*photo credit to http://www.biothik.com/

XOxo

Oct 26, 2013

[REVIEW] Dr. Post Syn-Ake Anti Wrinkle SOS Mask

Bila dah umur meningkat ke alam 20-an ni kan, makin concern pulak rasa dengan kulit muka ni. Baru masuk 20-an tapi rasa macam garis-garis halus tu dah mula ada. Waaa!!! Scary >_< Bila dah masuk 20-an ni, mula la mencari skin care yang ada fungsi anti-aging. Penting tau pakai skin care yang ada anti-aging waktu umur 20-an ni, sebab masa ni lah wrinkles semua tu nak muncul. Sebelum jadi lebih teruk, baik kita halang siap-siap. Kalau dari sekarang kita jaga, tak mustahil nanti waktu umur 30-an pun still nampak macam sweet 17 gittew. Macam anis cakap dalam entry sebelum ni (LINK), anis telah dipilih oleh HiShop untuk review 3 masks dan akan ada GIVEAWAY untuk korang semua nanti! So, let's continue with the review...

Dr. Post Syn-Ake Anti Wrinkle SOS Mask (RM16.90)

Dr. Post Syn-Ake Anti Wrinkle SOS Mask ini mempunyai 'wrinkle improving functional ingredients' seperti adenosine, Swiss Pentapharm Company's Syn-Ake Peptide (structurally similar to snake venom), Acetyl Hexapeptide-8 dan E.G.F. Bahan-bahan ini dapat membantu menyelesaikan masalah drooping, wrinkles and low elasticity. Selain itu, kulit kering juga dapat diatasi dengan penggunaan mask ini kerana ia mempunyai Rosemary Water yang dapat mengembalikan kelembapan kulit.

Mask ni ada dua step yang perlu korang follow dan apply, Step 1 adalah Mask Base Ampoule manakala Step 2 adalah face mask.

Review :
-Mask Base Ampoule : Ampoule (clear fluid) yang diberikan mencukupi untuk apply ke seluruh muka. Tidak terlalu cair dan tak terlalu pekat, texture nye mudah untuk diratakan ke seluruh muka serta baunya agak wangi :)

-Face Mask: Nipis tetapi tahan lasak, tak mudah koyak dan stretchable. The mask is perfectly fit my face ^_^


Cara penggunaan :

1) Lepas korang dah cuci muka, korang apply Mask Base Ampoule (Step 1) ke seluruh muka dengan sekata.


2) Pakai mask pada muka dan biarkan selama 10-20 minit.

*seboleh-boleh nye nak senyum '_'

3) Buka mask, dan biarkan lebihan essence untuk diserap ke dalam kulit. 
The result :
Bagi anis, kulit muka anis terasa lebih anjal, lembut, licin dan sedikit lembap. Terasa kulit muka lebih tegang, mungkin kerana mask ini mengandungi bahan yang sama struktur seperti bisa ular. Tahu tak kalau korang dipatuk ular dan terkena bisa ular, muscle korang akan mula cramp sampai korang tak mampu bergerak untuk larikan diri. So, dari segi kecantikan, bahan yang sama struktur dengan bisa ular ni memang bagus untuk tegangkan kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Tapi jangan lah pulak korang pegi tangkap ular pastu ambik bisa dia :') 

Dr. Post Syn-Ake Anti Wrinkle SOS Mask ini boleh didapati di HiShop (LINK)
(RM16.90 per pack)

Berita baik untuk pembaca anisempoi.com!
Get RM20 off when you purchase RM100 and above at HiShop
Discount code : HS20
*valid until 31 December 2013

Website : www.hishop.my
Facebook : https://www.facebook.com/hishopmy
Twitter :  http://www.twitter.com/hishop.my
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe
XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...