Sep 5, 2013

LUX kini dengan wangian terbaik dan ekslusif

Sebut saja sabun LUX mesti korang semua tahu kan
Jenama mandian badan yang tak asing lagi
Sejak zaman nenek moyang lagi sabun LUX ni memang menjadi pilihan ramai
Kalau nak tahu, sabun LUX ni dah wujud sejak tahun 1925
WOW!
Kini, sabun LUX hadir dengan pelbagai pilihan wangian yang terbaik dan ekslusif
Antara pilihan terkini ialah Soft Touch, Magical Spell, Velvet Touch, White Impress dan Wake Me Up

Soft Touch

Diinspirasikan oleh ladang strawberi, Soft Touch diadun untuk menyampaikan perasaan lembut yang menawan dan sensual. Mandian badan Soft Touch dari LUX ini menggabungkan wangian flora yang manja dan buah-buahan segar termasuk not haruman jambak bunga yang kaya berkontras dengan not wangian buah-buahan menyeronokkan seperti strawberi dan markisah serta dilengkapi dengan karamel dan vanila. LUX Soft Touch membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit agar kulit terasa lembut dan lembap.

Magical Spell

Satu gabungan kompleks yang terdiri daripada lapan ramuan penuh mistik, mandian badan Magical Spell dijamin akan menghasilkan ledakan pada deria individu. Haruman kompleks ini mengandungi not tengah flora romantik dan sensual dengan not utama yang terdiri daripada orkid hitam. Gabungan mempersona minyak juniper, kayu-kayan hitam, amber emas dan biji vanila dilapisi dengan penuh kepakaran di bahagian atas untuk menghasilkan wangian ekslusif yang kekal berpanjangan.

Ramuan eksotik terbaik ini diekstrak ketika bunga berada di tahap paling mekar dan diadun sebagai Fragrance Pearls TM  halus, memberikan anda haruman yang berkekalan sungguhpun telah lama meninggalkan kamar mandi.

Velvet Touch

Velvet Touch memberikan anda not haruman atasan asli segar yang merangkumi wangian sitrus, epal dan aldehid. Haruman elegan ini dipertingkatkan oleh bunga melur dan muguet serta diperkaya dengan pic berkrim. Wangian tersebut diakhiri dengan not berbedak, kayu dan amber bagi menggambarkan sensualiti panas. LUX Velvet Touch menjanjikan kulit anda akan menjadi lembut dan licin selepas setiap mandian.

White Impress

Wangian ini menerapkan tarikan lemah lembut bunga Lily of the Valley, kelopak bunga ros dan melur yang digabungkan dengan not kepelbagaian buah-buahan segar yang menyambut deria anda dengan kesegaran seperti di dusun, meninggalkan jejak wangian kasturi, amber dan vanila putih yang menenangkan. LUX White Impress sesuai untuk wanita yang inginkan kulit yang cerah serta menawan.

Wake Me Up

Bermula dengan not-not haruman sitrus yang menyegarkan, diikuti not tengah flora yang lembut beserta not kasturi dan buah-buahan, menjadikan mandian badan ini sempurna dengan elemen-elemen kesegaran, feminin dan kelembutan. LUX Wake Me Up menyerlahkan kulit yang kelihatan segar dan cantik sepanjang hari.

"Dalam usaha untuk terus memberi inspirasi kepada wanita yang mempercayai Lux dalam memenuhi keperluan pembersihan dan kecantikan harian, kami telah bekerjasama dengan beberapa pakar haruman terkemuka dunia seperti Ann Gottlieb. Ann telah mencipta antara haruman yang paling dikenali dan terkenal di dunia seperti Obsession, CK One dan Eternity untuk jenama Calvin Klein, Daisy oleh Marc Jacobs dan J'Adore Christian Dior." kata Tanya Teng, Pengurus Jenama untuk Pembersihan Kulit, Unilever (M) Sdn. Bhd.
 
Mandian badan Lux disediakan dalam dua saiz botol berbeza. 
Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6.00, 
manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.

Bila dah pakai sabun LUX ni kan, dah tak perlu pakai minyak wangi
Sentiasa wangi dan segar :)
Gitteww...

Pada 29 dan 30 Ogos yang lepas, anis dan beberapa blogger lain serta pihak media telah ke Melaka untuk Lux Scentsational Fine Fragrance Media Junket
Event ini berlangsung di Casa del Rio Melaka

casa del rio

Sampai-sampai je kitorang dihidangkan dengan ginger ice blend untuk hilangkan rasa dahaga dan penat
Very refreshing
^_^


Kitorang bertolak dari Kuala Lumpur around 10.30am dan sampai tepat pada masa untuk makan tengahari
Hooray!!!
Kitorang lunch di The River Grill (Casa del Rio restaurant)
*anis akan ceritakan tentang The River Grill di entry lain ye, promise ^_^
Yang pasti semuanya sedap-sedap dan banyak pilihan

Bloggers
After lunch, semua check in ke bilik masing-masing
Sangat teruja sebab bilik cantik gila!
Rasa macam tak nak usik apa-apa, biar kemas cantik macam ni
*Baca tentang Casa del Rio Melaka di SINI


On the same day, we also get a chance to pamper ourself at Satkara Spa (Casa del Rio spa)
My session sama dengan session Syafiqah Hashim, so kitorang together gether ke spa untuk sesi massage kitorang
Bilik hotel kitorang pun sebelah-sebelah je
Walaupun bilik sebelah-sebelah, kalau nak communicate, tetap guna telephone dalam bilik
*gunakan kemudahan yang ada! Tehee ^_^
*Baca tentang Satkara Spa review di SINI


Pada malam tu pula, ada sesi workshop bersama Pengarah Wangian Global dari Givaudan, David Boyd
Kitorang semua diberikan pendedahan tentang proses-proses menghasilkan wangian ekslusif mandian badan LUX

“Menghasilkan wangian untuk mandian badan juga kompleks seperti menghasilkan sebotol minyak wangi. Pelbagai eksperimen dan kreatviti terlibat bagi memastikan wangian yang dihasilkan berpadanan dengan jenama, pada masa yang sama seiring dengan emosi pengguna dan memberikan mereka pengalaman yang menakjubkan,” kata David



Selesai workshop, masa untuk dinner with LUX new ambassador iaitu Fazura


“Ketika membesar, saya sering menggunakan produk Lux dan mengaitkan jenama ini dengan haruman indah. Kini, Lux didatangi dengan wangian terbaik dan eksklusif yang dihasilkan oleh salah satu pakar haruman terbaik dunia, Ann Gottlieb. Ini menjadikan produk Lux lebih istimewa dan scentsational. Mandian badan Lux sememangnya berharga tetapi juga dilihat sebagai satu belaian kecantikan yang memanjakan,” kata Nur Fazura.

Keesokan hari nya, masa untuk pulang ke Kuala Lumpur
Sesi group photo






Semestinya ini adalah pengalaman yang menyeronokkan!
Terima kasih LUX kerana menjemput anis ke Lux Scentsational Fine Fragrance Media Junket

Till next entry, XOxo

8 comments:

  1. Assalamualaikum. sheila suka gila pakai lux! badan jadi semerbak wangi. bestnya event ni! fazura sangat cantik. so do you :)

    ReplyDelete
  2. best pakai lux! seronoknya anis dapat join ni. jumpe fazura lagi :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya! Siap dapat gambar ngan Fazura lagi.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. seronoknya diaorg pg bercuti..hehe lux mmg dr dulu akk suka pakai..:)

    ReplyDelete
  5. shaila guna soft touch..mmg wangi..^^

    ReplyDelete
  6. Slalunya sis join event. Jeles saya.

    ReplyDelete
  7. lawa sgt fazura ! :D suka tengok dia. manis sgt !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...