Sep 30, 2013

Beauty bag dari The Butterfly Project

Assalamualaikum
Hi semua

Sejak dua menjak ni, makin banyak pula entry anis tentang kecantikan
Bila dah meningkat dewasa, makin concern dengan penampilan diri #ececeh!
Lagi-lagi bila anis join The Butterfly Project fb group
Dekat group tu memang semuanya tentang kecantikan
Korang pun join la group The Butterfly Project (LINK)
Banyak info tentang produk-produk kecantikan yang beauty bloggers share kat situ

Baru-baru ni, anis dan 29 bloggers telah ke Lost World of Tambun untuk review project dari The Butterfly Project
Untuk pertama kalinya, The Butterfly Project mengeluarkan beauty bag dan kitorang lah orang pertama yang merasmikan beauty bag tu

Muka happy tak leh kawal ^_^

Beauty bag pertama dari The Butterfly Project ni juga merupakan travel kit
Kesemua produk yang terdapat dalam beauty bag ni merupakan produk-produk yang The Butterfly Project sarankan untuk dibawa semasa travelling
Tak lupa juga cookies comel yang adik Tammy buatkan
(Tammy is the founder of The Butterfly Project)

Beg yang kitorang dapat ni merupakan beg limited edition dari One Utama
*rasa special pulak bila dapat barang limited edition ni
Hihi ^_^

So, ini lah barangan yang kitorang dapat
The bag is super loaded with great products
#weeehoo!!!

Ada 10 produk kesemuanya dan kebanyakannya in full size
Tak pernah lagi anis dapat beauty bag segempak ni
Serious happy giler! :D

What we got : L'ORÉAL Mythic Oil shampoo and masque, Esmeria Organics skin care set, TT mask, Sunplay Super Block, Maybelline Baby Lips, Lux Soft Touch body wash, Johnson's Oxygen Fresh Gel Lotion, Lifebuoy hand sanitizer, Kinohimitsu drink and Bisou Bonbon insect repellent

*dalam gambar bawah ni takde TT mask sebab anis dah guna sebelum gambar ni diambil
Hihi >_<


Siap dapat surat cinta lagi tu
Mihmih ^_^




1) L'ORÉAL Professionel Mythic Oil Nourishing Shampoo (75ml) and Masque (75ml)

This is the latest product from L'ORÉAL Professionel! I am so happy to be one of the lucky person to try this product. It was being claimed that 1 bottle of Mythic Oil sold every 16 seconds. This product must be great! This Mythic Oil contains eight type of oils which are :
1) Rice Bran Oil (Smoothing and softening. Deeply nourish the fibre)
2) Cotton Seed Oil (Nourishing and regenerating. Airy and soft touch)
3) Linseed Oil (Shine and enhancing. Protects the color)
4) Green Tea Oil (Purifying and vitalizing. Energizing properties)
5) Safflower Oil (Regeneration and protection. Promotes healthy scalp, shiny and glowy hair)
6) Argan Oil (Repairing and hydrating. Softness and shine)
7) Cypress Oil (Purifying and vitalizing. Energizing properties)
8) Citrus Oil (Purifying and clarifying. Activate microcirculation of the scalp)


2) Esmeria Organics skin care set

Product description : Normal to combination skin wants a bit of support and sebum regulation to maintain its healthy and vigour. Mexican Prickly Pear provides deep hydration, protects from UV damage and soothes when the going get rough. Alphine Willowherb keeps sebum secretion under control and calms irritated skin.

Esmeria Organics Prickly Pear adalah untuk normal to combination skin type. Untuk travel set ni, anis dapat Balancing Cleansing Gel (20ml), Balancing Toner (15ml) dan Moisturizer (10ml). Pertama kali sebenarnya anis cuba produk ni. Bagi anis, anis suka cleansing gel produk ni sebab lepas dah cuci muka guna cleansing gel tu, kulit terasa lebih lembut dan licin. Tapi anis tak berapa suka toner dan moisturizer produk ni sebab baunya yang kurang menyenangkan. Anis cuba pakai produk ni tapi lepas sehari kulit muka anis gatal-gatal dan anis terus stop guna sebab takut kulit muka jadi lebih teruk. Mungkin kulit muka anis tak sesuai dengan produk organic. Tapi anis tengok orang lain pakai ok je. 


3) TT Mask-Swallow's Nest (Flawless whitening mask)

Product description : A luxurious facial mask that is formulated with an extensive amount of amino acids to instantly brighten, smooth, firm and hydrate the skin while providing a plumper, more evenly toned finish to the complexion. Enriched with Swallow's Nest essence to help maintain skin elasticity and reduces the appearance of dark spots for an even complexion inside out. Bring back the fresh, vivified, dazzlingly transparent and radiant look for your skin.

How to use :
1) Use after cleansing
2) Remove plastic film, adjust mask to adhere entirely over the skin contours positioning opening for eyes and mouth
3) Stretch the sides to hang on ears. Lift the bottom chin part and hang on ears
4) Remove mask after 15-20 minutes and gently massage the remaining essence into skin

Suitable for all types of skin.

Kalau korang ada baca entry anis sebelum ni (LINK), lepas anis dah mandi manda dekat Hot Springs & Spa, malam tu anis pakai TT Mask ni sebelum tidur. Pertama kali sebenarnya anis cuba TT Mask yang popular ni. Bagi anis, TT Mask ni memang best. Terasa sejuk je kulit muka bila dah pakai mask. Bila bangun keesokan paginya, wajah nampak lebih segar, shine bright like a diamond uolls! ^_^


4) Sunplay Super Block SPF 130 PA+++

Selama ni memang anis guna sunblock Sunplay ni dan anis memang suka texture sunblock ni yang halus dan cepat meresap. Sunplay Super Block ni bagus sebab ianya mempunyai SPF yang tinggi iaitu SPF 130 PA+++. SPF yang tinggi memang bagus untuk menghalang sinaran UVA dan UVB.


5) Maybelline Baby Lips Color

One of my favorite lip balm! Kalau dulu anis suka lip balm yang takde color tapi sekarang anis lebih suka yang ada color sebabnya anis nak elakkan wajah nampak pucat. Sebelum ni pun memang anis guna Maybelline Baby Lips Color, yang Cherry Kiss dan yang anis dapat dalam travel kit ni pula Maybelline Baby Lips Color Berry Crush.


6) Lux Soft Touch body wash

Ini adalah antara favorite body wash. Lux Soft Touch ini diinspirasikan oleh ladang strawberi, Soft Touch diadun untuk menyampaikan perasaan lembut yang menawan dan sensual. Mandian badan Soft Touch dari LUX ini menggabungkan wangian flora yang manja dan buah-buahan segar termasuk not haruman jambak bunga yang kaya berkontras dengan not wangian buah-buahan menyeronokkan seperti strawberi dan markisah serta dilengkapi dengan karamel dan vanila. LUX Soft Touch membentuk lapisan berkrim nipis pada kulit agar kulit terasa lembut dan lembap.


7)  JOHNSON'S® Body Care Oxygen Fresh Gel Lotion

Lotion adalah benda wajib yang anis akan pakai tiap-tiap hari sebab anis ada masalah kulit kering. Memang setiap kali lepas mandi, anis akan pakai lotion untuk pastikan kulit badan anis sentiasa lembap. First time anis cuba lotion dalam bentuk gel and it is not bad. Gel lotion ni texture dia agak cair tapi senang meresap berbanding lotion yang dalam bentuk cream dan ianya juga tidak melekit. Gel lotion ini mengandungi Ocean Minerals dan Coralline extracts yang membantu sel kulit untuk menyerap oxygen dan kemudian membantu sel kulit untuk bernafas dengan lebih baik dan seterusnya menghasilkan kulit yang lebih sihat. 


8) Lifebuoy hand sanitizer

A hand sanitizer is a must for everyday routine. Penting untuk bawa hand sanitizer ni kemana sahaja kita pergi sebabnya kita kena lah ambil langkah berjaga-jaga. Penting juga untuk orang-orang yang selalu keluar dan terdedah dengan persekitaran yang kotor. Memang penting jugak lah untuk kitorang yang pergi travel ni. Thanks The Butterfly Project for keeping us clean :)


9) J'pan UV Bright Drink and J'pan ProWhite by Kinohimitsu

ProWhite Regimen memberikan perlindungan menyeluruh pada kulit dari sinaran UV seiring dengan keperluan tubuh. Ia berkesan untuk mengekalkan kecerahan kulit, mengurangkan tanda penuaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

J'pan UV Bright Drink yang diambil pada siang hari, mengandungi ekstrak biji anggur (OPC) yang berasal dari Perancis yang berkepekatan tinggi dan polifenol yang membantu mencerahkan kulit. Ia melindungi kulit daripada sinaran UV sehingga 9 jam sambil mencerahkan pigmentasi yang terkumpul di lapisan kulit.

J'pan ProWhite yang diambil sebelum tidur ini dikatakan boleh menyihatkan hati, memulihkan sel-sel serta menghilangkan tompok-tompok gelap kerana ia mengandungi glutathion, camu-camu dan beri maqui. Bahan-bahan ini berupaya memulih dan menghilangkan tompok penuaan serta menyihatkan hati bagi melancarkan proses detoksifikasi ketika sedang tidur untuk kulit yang cerah dan tubuh yang sihat.

Bagi anis J'pan UV Bright Drink rasa nya seperti teh herba manakala J'pan ProWhite pula rasa nya seperti air beri. Anis minum J'pan UV Bright Drink semasa dalam perjalanan ke Lost World of Tambun. Pada hari tersebut memang banyak aktiviti di luar dan memang terdedah dengan sinaran UV. Tapi kulit anis tak sunburn teruk, mungkin sebab minuman ni memang betul-betul berkesan :) Malamnya pula, anis minum J'pan ProWhite.


10) Mozzie-A-GoGo by Bisou Bonbon (handmade natural insect repellent stick)

Masa mula-mula tengok, anis ingatkan lip balm, tapi rupanya insect repellent. Nasib baik tak calit kat bibir. Hihi >_< Anis suka bau insect repellent ni. Ianya mempunyai bau lemongrass yang agak kuat. Anis tak cuba lagi produk ni, so anis tak boleh nak bagi review lagi. Cara nak pakai insect repellent ni senang sahaja, sapukan sahaja dekat anggota badan yang terdedah, dalam bentuk dot atau garisan. Insect repellent ini diperbuat daripada citronella + lemongrass essential oil, beeswax, olive oil, soybean oil and of course it is made with love by Bisou. 

Overall, I love this bag so much except the skin care because it causes itchiness to my face :'( But the rest products are great and I love it ^_^ Well done to The Butterfly Project for having this surprise to all of us and I am looking forward for another beauty bag/box from The Butterfly Project. Keep it up :)


XOxo

Sep 29, 2013

theSkintopic 1st Anniversary + Linden Leaves Aromatherapy Synergy Body Oil review

Pada 26 September 2013 yang lepas, theSkintopic telah meraikan ulang tahun pertama mereka di Pavilion, KL. Terima kasih kepada The Butterfly Project atas jemputan ke majlis ini :)


theSkintopic merupakan sebuah company yang menawarkan produk-produk natural dari New Zealand seperti Linden Leaves, Olive & Tebe, Wild Ferns dan Evolu. Pada majlis ulang tahun tersebut, kami ditunjukkan cara-cara menyediakan produk best seller Linden Leaves iaitu Aromatherapy Synergy Body Oil oleh pengasasnya sendiri iaitu Ms Brigit Blair.

Kalau nak tahu, Aromatherapy Synergy Body Oil ini dihasilkan by hand tau, bukan menggunakan machine. Cara penyediaannya juga amatlah teliti dan mengikut standard yang telah ditetapkan. Setiap Aromatherapy Synergy Body Oil ini mengandungi rosehip dan avocado oils, dicampur dengan pure sweet almond dan apricot kernel oils, serta mengandungi vitamin E. Di dalam setiap botol pula dihiasi dengan bunga atau buah yang telah dikeringkan menggunakan teknik freezed dried. Khasiat dari bunga atau buah tersebut akan diserap ke dalam oil dan menghasilkan Aromatherapy Synergy Body Oil yang sangat efektif.

Ada empat pilihan Aromatherapy Synergy Body Oil iaitu :
1) Memories (a blend of rose, geranium and ylang ylang)
2) Pick Me Up (a blend of mandarin, petitgrain, rosemary and lavender)
3) In Love Again (a blend of neroli, vanilla and sandalwood)
4) Absolute Dreams (a blend of lavender, sandalwood, cedarwood and orange)

From left : Memories, Pick Me Up, In Love Again and Absolute Dreams

Freezed dried strawberries, roses and etc

Ms Brigit Blair menunjukkan cara-cara penyediaan Aromatherapy Synergy Body Oil-Absolute Dreams

Aromatherapy Synergy Body Oil ini boleh digunakan menggantikan lotion atau sebagai massage oil or bath oil. Setiap kali selepas mandi, anis akan sapukan body oil ini ke seluruh badan. Baunya sangat wangi dan relaxing! Aromatherapy Synergy Body Oil ini juga cepat meresap ke dalam kulit. Fungsi body oil ini ialah untuk melembutkan kulit disamping meningkatkan kelembapan serta menjadikan kulit lebih sihat. Body oil ini juga berfungsi untuk mengurangkan kedutan, parut dan stretch marks.

Aromatherapy Synergy Body Oil-Pick Me Up
60ml/2fl oz
RM98

Anis sangat suka dengan Aromatherapy Synergy Body Oil yang Pick Me Up ni sebab baunya sangat wangi ^_^ 
Thanks to theSkintopic for this goodies

Produk-produk lain yang terdapat di theSkintopic

Refreshments that being served on that day
Akhirnya dapat juga merasa macaron
Noob tak.. hihi T_T

Website theSkintopic : http://www.theskintopic.com.my/
Website Linden Leaves : www.lindenleaves.com
Facebook Linden Leaves : www.facebook.com/lindenleaves

Happy anniversary!!!
^_^
XOxo

Sep 28, 2013

The River Grill, Casa del Rio Melaka

Kalau korang ingat lagi, anis ada ke Melaka bulan lepas untuk Lux Fine Fragrance Media Junket
Baca entry sebelum ni tentang Lux Fine Fragrance Media Junket (LINK), Casa del Rio Melaka-hotel review (LINK) dan Satkara Spa review (LINK)
This is the last entry for this event before I further my stories about Tambun
Banyak hutang entry ngan korang ni
Doakan anis gigih menaip T_T
The entrance of The River Grill

Inside

The River Grill ni berhadapan dengan Melaka River



First sekali adalah lunch pada hari pertama
Ada pelbagai jenis makanan disediakan
Memang tak muat meja lah kalau ambil semua
Kalau ikutkan hati, memang nak merasa semua tapi masalah perut anis ni kecik nye lah hai
Makan sikit je dah kenyang
Setenghesss!
Tak boleh jadi food blogger la gini >_<





Lunch on first day
Sedap!!!

Esok pagi nya pula, kitorang breakfast di The River Grill juga
Bapak besar buku menu dia
hihi T_T

Hot mocha

My big breakfast


Untuk breakfast, kita boleh pilih makanan dari menu dan ada juga makanan yang disediakan secara buffet
Memang banyak gila pilihan!
Tak rugi datang breakfast kat sini tau
Dah la banyak, sedap pulak tu

Pelbagai pilihan jam

Roti


Jus

Honey station

Milk

Cereals

Fruits

Makanan lain yang disediakan secara buffet
Kalau tak silap ada bihun goreng, nasi lemak dan sebagainya

Lunch on second day
Pada hari kedua, menu berbeza dari hari pertama
Tapi yang penting, sedap!
Hari kedua ni ada asam pedas
Kalau dah sampai Melaka, memang wajib lah makan asam pedas, kalau tak rugi ooo...
Favorite tau asam pedas ni
Boleh kawen ngan orang Melaka la camni, ke tak?
Hihi :D







Bloggers yang join event ni
Muat-muat satu meja untuk kitorang :)

Kebetulan semuanya bloggers The Butterfly Project ^_^
Overal makanan dekat sini memang sedap!
Tip top!
Kalau ada yang nak buat dinner, memang anis suggest untuk buat di hotel ni
Kat hotel ni juga ada ballroom untuk korang buat majlis makan malam and etc
Kalau nak romantic dinner pun ok jugak, sambil-sambil tenangkan fikiran melihat sungai Melaka
Ececeh!
Untuk harga, memang anis tak tahu sebab ini semua sponsored >_<
So kalau korang nak survey harga, cuba korang check dekat website Casa del Rio Melaka : http://www.casadelrio-melaka.com/
XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...