Jul 8, 2013

Shazana Pau Shop & Cafe

Tak sabar nak puasa!
Tak sabar nak berbuka puasa satu family!
Tak sabar nak makan sedap-sedap!
Kalau korang nak makan sedap, meh anis nak suggest satu tempat ni, baik punya!
Haa...
Shazana Pau Shop & Cafe, Kampung Baru Kuala Lumpur
Mula-mula anis ingatkan restoran ni jual pau je, rupanya ada bermacam-macam menu,  ada local food, western food, dessert and etc
Yang paling special kat sini, semestinya pau yang ada bermacam-macam pilihan
Bersempena dengan bulan Ramadhan, Shazana Pau Shop & Cafe menyediakan buffet Ramadhan 
Ini adalah beberapa jenis masakan yang akan dihidangkan di bulan Ramadhan nanti
Kalau nak tau, di bulan ramadhan nanti, ada lebih 30 jenis masakan yang akan dihidangkan
Banyak tuh!
Antaranya adalah Nasi Beriyani, Laksa Johor, ABC, Mushroom Soup with Garlic Bread dan banyak lagi!
Setiap hari, menu untuk buffet Ramadhan adalah berbeza
Korang boleh refer dekat Facebook Shazana Pau Shop & Cafe (LINK)


Rasa nasi beriyani di Shazana Pau Shop & Cafe sememangnya asli
ececeh!
Tapi, serious! Memang rasa lah segala rempah ratus
Kalau nak tau, chef restoran ni berasal dari Johor, jadi memang korang akan dapat rasa masakan Johor yang asli, takde ciplak ciplak
Ni first time anis rasa laksa johor, boleh tahan juga rasanya
Mushroom soup with garlic bread
Ini pula antara dessert yang bakal dihidangkan di bulan Ramadhan nanti
Ada bermacam-macam jenis, kuih-muih tradisional, cupcake, pavlova, tart dan banyak lagi!
Memang banyak pilihan sampai anis tak tahu nak pilih, perut pulak cepat betul kenyang, padahal nafsu nak makan tu boleh tahan membuak-buak
LOL!
Anis suka marshmallow celup coklat, red velvet cupcake dan pavlova
Ini juga first time anis rasa pavlova
Manis sesangat pavlova ni dicampur dengan masam masam buah berries
Keseluruhan untuk makanan di Shazana Pau Shop & Cafe, anis bagi 4 daripada 5 bintang
Harga untuk buffet ramadhan ini adalah RM35 per head (dewasa), RM18 (kanak-kanak)
Diskaun 35% untuk warga emas
Kalau korang student, macam anis, boleh dapat diskaun jugak!
Tunjuk kad pelajar korang, dan korang akan dapat RM10 off, so RM25 per head
ALERT : Tempah sekarang dan korang akan dapat 10% off (sebelum ramadhan)
Lokasi : 
77-E,TINGKAT BAWAH,
WISMA YAYASAN TERENGGANU,
JLN. RAJA ALANG KG. BARU,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
Facebook Shazana Pau Shop & Cafe : SHAZANA PAU SHOP & CAFE

INFO PENTING  
  • Boleh memuatkan sehingga 70 pax pada satu-satu masa
  • Tempat parking percuma disediakan (siapa cepat dia dapat)
  • Bersebelahan dengan tempat parking berbayar. Rebat sebanyak RM2 untuk setiap kenderaan.
  • Ada disediakan surau yang berasingan antara lelaki dan wanita dan boleh memuatkan 3-4 orang pada satu-satu masa.
  • Makan 11 orang dan bayar untuk 10 orang sahaja
  • Diskaun sebanyak 10% untuk yang membuat tempahan awal (sah sehingga 10 Julai 2013)
  • Untuk tempahan pada hari yang sama, hendaklah dibuat sebelum pukul 11.00pagi.
  • Untuk tempahan berkumpulan melebihi 20 pax, deposit sebanyak 50% diperlukan.
  • Jika pembatalan di lakukan di saat akhir, wang deposit tidak akan dikembalikan
  • Blog URL : http://shazanapau.blogspot.com/
XOxo

6 comments:

  1. PAVLOVA SEDAP KALAU TAK MANIS SANGAT :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini first time anis makan pavlova, mana nak cari yang tak manis? hehehe..

      Delete
    2. sama la kite..
      first time jugak makan pavlova aritu

      Delete
  2. Mula2 ingatkan game pau tu, hehe.
    Btw, restoran ni mcm takde jer kt area tempat Teena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoran ni dekat kg baru je Teena.. huhuhu.. oh game pau tu, kawan2 anis semua pakat duk bela pau.. huhuhu

      Delete
  3. Eh kat kg baru. rasa mcam pernah lalu. orang kata nasi beriani kat situ sedap.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...