Jul 29, 2013

Kering oh kering

Assalamualaikum
Hi semua

Anis ni boleh dikatakan seorang yang "kering"
Kurus kering, kulit kering, bibir kering, poket kering, hati pun kering
Memang complete lah!
Semua nak kering je
Tsk tsk... :'(

Jadi, untuk atasi masalah kekeringan yang melampau ni, anis kena lah cari penyelesaiannya ye dak?

Anis ni memang jenis tak tahan duduk dalam aircond lama-lama
Bibir paling obvious nampak kering merekah semua ada
Malu tau actually tapi buat-buat tak kesah je lah orang pandang, kan hati kering
Hihi :p

Tu bab bibir, kulit muka ni pun tak nak kalah jugak
Kalau duduk dalam aircond lama-lama especially time lecture ke exam ke, memang kulit muka anis akan terasa kering
Sometime sampai menggelupas
Tsk tsk.. :'(

Kalau kulit muka menggelupas, pakai bb cream pun still nampak kulit muka anis kering dan menggelupas
Mengada punya kulit!
Ohoi!

Untuk atasi masalah kekeringan ni, ada beberapa produk yang anis guna

Untuk bibir kekal lembap, anis gunakan Maybelline New York Baby Lips Color (cherry kiss)


Selain melembapkan bibir, ia juga menjadikan warna bibir pink kemerah-merahan
Macam warna cherry tu
Suka warna ni sebab ianya menampakkan bibir anis lebih segar

Untuk kulit muka pula, anis gunakan Clinique Moisture Surge Extended Thirst Relief


Setiap kali rasa macam kulit muka kering, anis sapu pelembap ni
Bila dah sapu, rasa sejuk sangat kulit muka dan lembap :)

Anis memang suggest dekat korang yang mengalami masalah kulit kering sama macam anis untuk cuba produk ni

Untuk tangan pula, anis gunakan Crabtree & Evelyn Somerset Meadow Hand Cream

Hand cream ni memang betul-betul terbaik lah!
Selain ianya dapat melembapkan kulit, ia juga mempunyai bau yang sangat wangi
Bau bunga- bungaan negara barat
Produk ni actually anis dapat from Bag Of Love May edition (baca review di SINI)
Disebabkan bau hand cream ni wangi, tak pakai perfume pun takpe
Pernah satu hari tu anis makan nasi kandar
Bau tangan toksah cakap lah
Bau kari!
Tapi bila anis sapu hand cream ni, bau kari tu hilang dan tangan kembali wangi
Mihmih ^_^
Hand cream ni juga cepat absorb dan tak melekit
Kalau dah habis yang ni, for sure anis akan beli dan terus guna produk best ni :)

Okey, bab cantik-cantik settle!
Bab kurus keding pulak
Hadoi.. Lemah rasa nak cakap pasal kurus keding ni
Nak cakap anis tak makan, anis makan je
Tapi tak naik juga berat badan anis...
Yang ni anis belum jumpa lagi penyelesaian
Korang ada cadangan?

Bab poket kering ni pun satu
Shopping tak ingat dunya!
Lepas ni anis memang nak kena jimat cermat
Dan alhamdulillah, rezeki blogging tu ada lah sikit-sikit
Rasanya lepas raya ni anis ada nak let-go baju dan tudung preloved sebab anis rasa macam banyak sangat dah baju dan tudung
Sambil-sambil tu nak kumpul duit sikit
Hihi >_<

Last but not least, masalah hati kering
Kalau rasa kering kontang sangat, kena lah selalu ingat Allah
Lagi-lagi di bulan mulia ni kan :)

Terasa sedih sangat, di bulan mulia ni banyak pulak dugaan
Doakan anis untuk sentiasa sihat dan kuat, minum lah MILO! *tetiba!

P/s : korang yang belum beli baju raya, meh la shopping baju raya kat blogshop anis (LINK)
Koleksi terbaru : Lacey Kurung Colour Block


XOxo

9 comments:

  1. yang clinique tu kakak pernah pakai anis... heyyo...rindu kat adik akak ni, sorry lama akak tak singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu anis cuba sample size, memang best! Terus beli yg besar gabak punya.. Hehehe.. Ada masa datang la lagi :)

      Delete
  2. anis, clinique moisture surge tu berapa harga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang anis beli ni 125ml, besar jugak lah.. Untuk 125ml RM310, untuk 50 ml 160 kalau tak silap.. Hihi :)

      Yang 125ml ni inshaaAllah boleh tahan sampai setahun.. Depends on banyak mana kita pakai setiap hari..

      Delete
  3. berapa harga maybelline tu?
    btw, jemput join contest kat blog arfa ;)

    ReplyDelete
  4. nak yg sapu kt tangan tu. =3 macam best je

    ReplyDelete
  5. spotted you in dara.com ogos!nanty kita tag awk kat insta k.ni insta kita-erynnanyssa

    ReplyDelete
  6. Mn nk bli yg hand lotion tu.mcm best je;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...