May 4, 2013

Kambing bakor!

Assalamualaikum
Hi semua

Seronok betul CikEpal, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Irine Nadia dan beberapa lagi blogger lain duk cerita tentang Abang Burn ni
'Handsome' sangat ke Abang Burn ni sampai semua blogger cun lagi famous duk cerita pasal dia ni
Nasib anis perempuan, kalau tak dah jealous dah dengan Abang Burn ni

Sebabkan semua duk cerita tentang Abang Burn ni, anis pun nak jugak merasa 'ketampanan' Abang Burn ni
Kalau yang belum tahu, Abang Burn ni gerai burger bakar yang tersohor abad ini

Dah banyak kawasan jajahan Abang Burn ni
Paling dekat dengan anis, dekat Ampang
Tak sampai 15 minit dah sampai tempat tu
Nasib ada Waze
Application GPS yang terbaik pernah anis guna walaupun aceli dia bagi jalan jauh kan
Kalau ikut jalan dekat dalam 10 minit dah boleh sampai rasanya
Hehehe

Waktu anis sampai kat sana, dah ramai yang beratur nak beli burger bakar Abang Burn ni
Tapi semuanya sistematik dan pantas
Tak sampai 15 minit lepas anis order, terus sampai burger bakar anis

Kali ni anis pilih Burn Cheese Lamb berharga RM11.50


Untuk menu ni termasuk onion ring, roti burger, sayur, 1 slice cheese dan daging kambing yang sangat sedap!
I repeat, sangat sedap!

Anis ni kalau ada kambing memang anis exaggerate sikit
Hehehe

Selain itu, semestinya tujuan anis ke Abang Burn ni untuk merasa menu baru Abang Burn iaitu Meatball Abang Burn berharga RM9.90


Meatball Abang Burn ni special sebab diperbuat daripada 100% daging dan juga dihidangkan dengan Mushroom Brown Sauce resepi Abang Burn sendiri, bersama Burn Wedges Abang Burn

Meatball ni memang rasa daging 100%
Takde rasa tepung langsung
Cuma brown sauce tu sedikit cair, kalau pekat sikit mesti akan bertambah mantap meatball Abang Burn ni
Bagi anis lah...
Hehehe

Ada banyak lagi menu best2 dekat Abang Burn ni, korang boleh tengok kat sini : http://abangburn.com/menu.php

Kawasan jajahan Abang Burn : http://abangburn.com/lokasi.php

Facebook Abang Burn : https://www.facebook.com/abangburn

Website Abang Burn : http://abangburn.com/

XOxo

3 comments:

  1. Sini rupanya tempat komen. Penat saya cari.. Hahaha.. Saya tak makan kambing tapi mesti sedap kan bagi owg yang tak makan kambing..

    ReplyDelete
  2. ni kalau nak dtg sini, kena kosongkan perut seharian nih. hehehe :P

    ReplyDelete
  3. hope diorg dpt kekalkan kualiti meatball..semalam pon ada gi abg burn KD pekena meatball..:-)

    www.jmr23.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...