Apr 29, 2013

Manjakan diri di spa jom!

Assalamualaikum
Hi semua

Mengharungi minggu exam baru-baru ni memang membuat anis stress dan badan lenguh-lenguh
Setakat ni, exam lah perkara yang paling stress bagi anis
Dengan tak boleh tidur lagi, terasa macam dah insomnia dah
Pukul 3 pagi baru boleh lelap padahal badan dah penat
Lepas tu keesokannya lemau je
Huuu
Tsk tsk
Jahat tau exam ni! Grrrrr!

Bila terbaca entry beberapa bloggers sebelum ni tentang keseronokan pegi spa, tiba-tiba terasa macam nak pegi spa jugak

Sebelum ni anis ke Jari Spa, Wangsa Maju untuk back and shoulder massage
Kali ni, masih spa yang sama, anis ambil package iaitu package Javanese Golden Lulur
Pergh, golden gittew! Haha :D
Untuk package ini termasuk foot soak, herbal sauna, full body massage, lulur dan herbal bath
Price : RM219

The spa interior

Spa ni tema dia ala-ala Bali
So memang kebanyakan perabot di spa ni jenis perabot kayu dan nampak tradisional

Ini pula bilik yang anis gunakan sepanjang sesi rawatan
Sebelum ni pun anis dapat bilik yang sama







Aceli kan, ni first time anis buat rawatan macam ni
Rawatan yang anis ambil ni start dengan foot soak
Tak tau lah ape function sebenarnye berendam kaki dalam air sabun berbuih-buih, maybe untuk detoxify kowt tapi mengikut ape yang anis belajar, better minum air banyak-banyak dan buang air pun kena banyak-banyak jugak
Kira nye air yang kita minum tu akan clear badan kita lepas tu kita kena keluarkan lah air yang dah kotor tu
Gitu ler
Haaa

Lepas tu masuk dalam sauna box
First time rasa duduk dalam sauna box yang keluar kepala je tuh
Tiba-tiba ada kepala je kan, rasa macam lawak pulak, nasib baik sorang2
LOL

Lepas 15 minit berpeluh-peluh dalam sauna box tu, masa untuk full body massage
Part yang paling anis suka
Suka sangat orang urut-urut, lagi-lagi back massage
Tapi kali ni sebab full body, setiap part tak lama sangat...
Macam sebelum ni anis ambil back massage and shoulder massage kan, memang lama gila dia urut-urut belakang dan bahu anis
So kalau korang just nak massage part tertentu, better korang ambil ala carte
Tapi kalau korang nak "manja-manja" di spa, better ambil package

Lepas dah siap massage, masa untuk lulur
Tak sangka pulak masseuse tu sapu lulur tu time baring kan
Terasa macam permaisuri sangat
Harharhar
Lepas sapu lulur, biarkan lulur tu kering dulu dalam 15 minit, lepas tu masseuse tu akan buang lulur yang dah kering tu

Lepas tu, masa untuk herbal bath
Tengah-tengah masseuse tu buang lulur, dia ada suggest milk bath dan body mask
Kalau ikutkan hati, memang nak sangat
Tapi fulus tak berapa kan, so anis ambil milk bath je
Milk bath : RM60

Tapi kan, kalau korang nak milk bath, better korang ambil package milk bath
Dalam package milk bath ada foot soak, sauna, full body massage, scrub, body mask and milk bath
Price : RM259

Lagi jimat kalau ambil package milk bath daripada tambah macam anis buat tu
Huu
Menyesal sekejap.. Tsk tsk >_<

Time mandi milk bath tu kan, buih penuh satu bath tub
Dah la bath tub tu besar
Sekali lagi rasa macam permaisuri sangat
Mihmih ^_^

Sepanjang sesi rawatan kan, diorang pasang lagu yang ada bunyi burung, air terjun and etc macam kat dalam hutan tu
Rasa macam tenang sangat sampai nak tertidur lagi-lagi time massage
Huhuhu

Lepas ni anis nak ke satu spa ni dekat Ampang pulak, nak buat facial
Hehehe
Kalau cukup fulus la kan
Tehee >_<

Lokasi Jari Spa :

1)Wangsa Maju
No. 29, Block 1D, D'Wangsa
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
03-41422533
(Berhadapan Wangsa Walk)

2)Solaris Dutamas
A2-U1-5, Solaris Dutamas
No. 1, Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur
03-62053624

Facebook : https://www.facebook.com/Jarispa

P/s : kalau ada suami ke boyfi ke yang baca entry ni, apa kata korang belanja isteri atau girlfi korang buat rawatan kat spa
Lagi-lagi untuk wanita yang penat bekerja
Ape salah nye, sekali sekala ye dok...
Kalau isteri or girlfi nak hari-hari pegi spa, rasanya kena jadi permaisuri lah kowt
Isteri PM ke...
Hehehe
XOxo

7 comments:

  1. Wah! Feeling2 permaisuri gitu.. Mieza sendir pun tak pernah pegi SPA tau.. Gugugu~~

    ReplyDelete
  2. Bestnya g spa. Boleh manja2 kan dri. Bila la agaknya dapat g spa. HUHU >.<

    ReplyDelete
  3. rosmiza ali : hehehe... saje mengada nak pegi spa.. :D

    cik fiza comel : best2 ^_^

    ReplyDelete
  4. sedap kalau dpt urut belakang ni.. hehe. slalu rasa lenguh2..

    ReplyDelete
  5. alaaa ni yg rasa nak gi spa jugak ni.. sgt exhausted mental and fizikal :'(

    ReplyDelete
  6. best. momoy g spa sebulan sekali je.
    kalau nak beli produk lulur yg disupply di spa boleh tgk link ni
    boleh buat tiap2 minggu. sangat jimat

    http://www.momoy-blogirl.blogspot.com/2013/06/jom-melulur-badan-di-rumah.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...