Feb 21, 2013

Crazy Potato

Assalamualaikum
Hi semua

Anis memang suka gila makan fries
Boleh dikatakan hari-hari anis beli fries dekat cafe

Semalam time anis pegi premiere screening Beautiful Creatures (read a review here : http://www.anisempoi.com/2013/02/nuffnang-premiere-screening-beautiful.html), anis tertarik tengok stall Crazy Potato
Decoration stall ni ala-ala kedai dekat London
Tengok la packaging dia, cantik!


Snap gambar guna app baru download : Fisheye
*ni dah makan separuh, sebab tu nampak sikit.. Hehehe


Yang anis makan ni nama dia Lady Marmalade (RM8.80)

Bagi anis sos Lady Marmalade ni agak manis
Tapi fries dia besar panjang dan sedap!
Habis satu bekas tu anis makan :D

Anis ni sebenarnye jenis makan fries tak cicah sos
Anis memang suka makan fries semata-mata je
Hewhew

Lepas ni anis rasa nak cuba London Chips lah pulak, sebab yang tu takde sos
Hehehe

Kat bawah ni menu Crazy Potato


Location Crazy Potato :
- 1Utama Shopping Mall Old Wing LG floor
- The Gardens Mall LG floor
- 1Shamelin Mall 4th floor
- Sunway Pyramid Shopping Mall
- Berjaya Times Square 1st floor
- Plaza Gurney Penang
- 1st Avenue Penang

Facebook : www.facebook.com/mycrazypotato

Website : http://www.crazypotato.uk.com/

XOxo

Nuffnang premiere screening : Beautiful Creatures

Assalamualaikum
Hi semua

Beautiful Creatures atau mengikut subtitle : Makhluk Anggun
LOL!

Semalam (20 Februari 2013) anis ke Paradigm Mall untuk premiere screening cerita Beautiful Creatures
Thanks a lot to Nuffnang for the invitation and i had so much fun watching this movie ^_^

Genre cerita ni ialah fantasy and most people say macam twilight, maybe sebab manusia bercinta dengan bukan manusia
Haa..
Tapi bagi anis cerita ni lain dari twilight
And seriously, cerita ni sangat best
Kalau korang minat cerita-cerita fantasy macam anis, korang patut tengok cerita ni
Orang yang tak minat cerita twilight pun suka tengok cerita ni!
Haa...


Release date : 21 feb 2013 iaitu hari ini!

Sedikit sinopsis tentang cerita ni : basically ianya pasal manusia bercinta dengan witch atau they call themselves as caster

Lena is the caster (heroin) while Ethan is the human (hero)

Lena ni pelajar yang baru pindah ke sekolah Ethan
Tapi semua orang kat bandar tu cakap yang Lena ni dari keluarga ahli sihir yang amalkan dark magic
Well, it is true!
Lena ni tinggal dengan pak ciknya yang juga seorang caster
Senang cerita, memang keturunan mereka ni adalah caster
Tapi pada hari jadi yang ke-16 tahun, mereka akan ditentukan untuk jadi dark caster or light caster

Mengikut keturunan, nenek moyang sehingga lah ke mak Lena ni dah jadi dark caster
Tapi pak cik Lena tak nak jadikan Lena dark caster sebab Lena mempunyai power yang sangat kuat berbanding caster yang lain

Untuk menjadi light caster, Lena perlu lakukan satu pengorbanan
Pengorbanan ape?
Nak tau sama ada Lena jadi jahat atau baik?
Jom tengok Beautiful Creatures!

Trailer :


My outfit for yesterday :


Plain shawl : Paisley Paradise
Pink blouse : Orkid
MNG Beg : Ruffles & Ribbons
Jeans yang dah lama dibeli :p

Tak nampak pulak kasut
Huhuhu

XOxo

Feb 20, 2013

IzzEll Hijabista

Assalamualaikum
Hi semua

Lama benar anis tak menulis entry
Last week anis dah start new sem
Tapi last week tak banyak class pun... tapi boleh dikatakan hari-hari keluar
Nak buat macam mane, cafe tutup ;(
Terpaksa lah beli makanan kat luar yang super mahal
Duit yang berkepuk-kepuk pun boleh jadi kering kontang
Nasib baik ada orang tu boleh bawak anis keluar makan
Nak delivery? Mampos nak bayar charge delivery
Lepas tu takkan hari-hari nak makan fast food =_="
Hewhew
*biasa lah tekak orang Melayu, tak boleh kalau tak makan nasi >_<

Selain busy keluar makan dan melagha, anis juga busy jadi model tak bertauliah
Hahaha
Saje cuba nasib disamping nak cungkil bakat terpendam :p

Terima kasih kak Dhira sebab sudi jadikan anis talent akak :)

Kali ni anis jadi model bagi butik online : IzzEll Hijabista



Ini adalah koleksi tudung NurKasih

Anis suka tudung ni sebab awning senang terbentuk dan kainnya tak terlalu nipis dan sejuk bila dipakai
Design pun cantik-cantik
Curlass ioll sekejap
Hehehe

Ini pula koleksi kain digital yang ada diamond meghelip tu
Kalah mak datin tau
Hahaha


Mana nak dapatkan tudung NurKasih dan kain digital ni? Jom cepat terjah Facebook IzzEll Hijabista
Untuk order, korang boleh isi Order Form
*ioll tau yang tolong kak Dhira buat order form
Pening kepala ioll cari tutorial nak letak order form dekat facebook tapi last2 jadi jugak. Alhamdulillah... ^_^

Kalau korang nak tau, kak Dhira sendiri yang make up anis
Kak Dhira ni juga Freelance MUA
Kalau korang nak buat tempahan make up dengan Kak Dhira, korang PM je kak Dhira dekat facebook :)

Facebook kak Dhira : http://www.facebook.com/Dhirasweetfingerstouch
Or
inbox/Sms/CAll : 019-3526528

Servis:

Mekap untuk dinner
bertunang
nikah
bersanding
photoshoot
dll event


Happy Shopping

P/s : Ada mana-mana butik online nak jadikan anis model? Jangan segan silu nak contact anis, email to anis_athia@yahoo.com
Or
PM je dekat facebook page anisempoi.com
XOxo

Feb 14, 2013

Cerita cuti CNY 2013

Assalamualaikum
Hi semua

Hari ni anis dah start class
Rasa otak jammed!
Sebab dua minggu cuti kat rumah memang tak buat revision langsung
Duk rumah, makan tido je keje
Huhuhu

Dalam kelas pun asyik menguap je sebab ngantok
Kat rumah biasanya bila matahari tegak atas kepala baru nak bangkit
Isy2... Anak dara ni... :p

Tapi bila balik je dari cuti rasa stress study tu hilang dan datang semangat baru, nak belajar bersungguh-sungguh dan skor dalam setiap peperiksaan

Mane tak hilang stress nye bila adik aqiel ni ade je benda kelakar die buat
Die ni suka sangat tiru ape orang dewasa buat
Sembahyang pun reti tiru
Tangan silang pastu mulut kumat-kamit konon baca surah la tu
Pastu sujud sampai terkangkang-kangkang
Kalau korang tengok mesti nak tergelak tengok keletah adik Aqiel ni
Rindu adik aqiel ;)

Tengah sujud

Lagi satu perangai adik aqiel ni, suka sangat sepahkan barang
Kasut-kasut dalam almari kasut ni die pagi keluarkan semua pastu sepahkan
Haih...
Penat nak jaga budak ni


Balik cuti hari tu, rumah anis tengah under renovation
Dulu kat kawasan sebelah rumah ni semak samun je
Sekarang dah simen dan nanti mak anis nak buat taman kat tepi rumah anis ni
Konon je lah.. Tak tau lah jadi ke tak taman tu nanti
Hahaha


Rumah anis ni tinggalan arwah atuk anis
Usia rumah ni lebih daripada usia anis
Huhuhu


Anis kalau kat rumah memang jarang keluar
Yelah, kawan-kawan semua ade yang tak cuti kan
Jadi terperap je lah kat rumah tu

Waktu cuti hari tu dalam sekali je anis keluar
Tu pun sebab kawan anis dari pahang datang kelantan
Time keluar tu, anis makan kid set
Dah nama pun kid set, dapat la pinggan comel ni
Mihmih
>_<


Ohye, kat rumah anis ada kucing unik
Jari dia banyak wooo
Multi-toed atau dipanggil sebagai Polydactyl


Ni kaki depan dia
Banyak kan jari dia
Huhuhu

Itu saje lah kowt cerita cuti anis
Takde pegi vacation mane2 pun
Hewhew

P/s : kepada peserta giveaway yang baru hantar link, nanti anis update link korang k... Tak sempat lagi nak menghadap laptop
Sowy... >_<

Nyte2 semua
XOxo

Feb 9, 2013

From chubby to keding

Assalamualaikum
Hi semua

Suatu ketika dahulu, anis ni chubby orangnya
Dekat MRSM dulu memang zaman kegemilangan lemak di seluruh pelusuk badan
Sampai ada satu masa mak anis cakap badan anis macam orang yang dah beranak empat
Sampai macam tu sekali perumpamaan mak anis bagi
=_='

Mana tak chubby nye, kalau duk hostel makan free 6 kali sehari
Tu makan free, belom kira lagi jajan dan lain-lain
Time rehat pukul 10 pagi tu biasa orang makan kuih je kan, anis pulak pegi makan nasi lemak sebungkus
Haa..
Pastu time supper pun pegi makan nasi goreng sebungkus
Dalam satu hari paling maximum 4 kali makan nasi
Time tu memang tak fikir langsung nak diet bagai

Ni gambar anis waktu birthday anis yang ke-16
Time ni form 4


Tengok pipi, nak senyum pun nampak ketat je
Bahaha!

Lepas dah habis SPM, kat rumah anis memang tak banyak makan
Start lepas SPM tu anis rasa berat badan anis turun sikit
Mana tak nya, daripada 6 kali makan sehari tiba-tiba kat rumah dua tiga kali je makan
Kadang-kadang sekali je makan

Berat badan anis turun mendadak bila anis masuk UiTM untuk asasi sains
Waktu dekat UiTM ni anis makan dua kali je sehari, makan tengahari dan makan malam
No breakfast, no supper
Time ni sebab nak kena beli makanan dengan duit sendiri kan, nak kena berjimat cermat lagi
Nak berjimat punya pasal, anis dengan roommates anis beli nasi dan lauk waktu tengahari tu, lepas tu bahagi dua
Separuh makan waktu tengahari, separuh lagi simpan untuk dinner
Dasyat tak?

Dah la makan sikit, hari-hari pegi class jalan kaki pulak tu
Dulu anis duduk kolej melati
Dari kolej nak ke fakulti ambil masa lebih kurang 15-20 minit jugak lah kalau jalan kaki
Paling laju boleh sampai dalam 10 minit

Anis rasa faktor-faktor kat atas ni lah yang buatkan anis kurus keding sampai berat badan turun sehingga 36kg!
Dasyat tak?
Huhuhu

Teringat zaman-zaman kat UiTM dulu
Zaman belajar asasi paling best bagi anis
Study tak lah se-stress macam sekarang
Hewhew

Ini pula gambar anis sekarang


Sekarang ni anis tengah cuba naikkan berat badan
Tak mau la kurus sangat
Nanti tak larat nak cabut gigi orang
Hahaha

Korang ada tips naikkan berat badan?
Meh la kongsi dengan anis
^_^
XOxo

Feb 4, 2013

Officially 22

Assalamualaikum
Hi semua

Semalam, 3 Februari 2013, genap umur anis 22 tahun
Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur :)


Tepat pukul 12 malam semalam, ada orang tu call and wish me a very happy birthday and he made me a song
A very2 lovely and sweet song made by him
I'm so thankful for the priceless gift I ever had
Thank you so much <3

Another gift that I think priceless is being featured in Utusan Malaysia as Blogger Pilihan .COM

Alhamdulillah and thank you for everything ^_^

As usual, I will received a bunch of wishes at my facebook wall
Nasib baik ada facebook nak ingatkan korang semua untuk wish anis kan kan.. Hehehe :p
Apa-apa pun thank you so much untuk semua yang wish birthday dekat anis dan juga mendoakan anis
MayAllah bless all of you

Bila dah umur 22 tahun ni, tak kesah la birthday sape2 pun mesti terselit ucapan semoga cepat bertemu jodoh tak pun semoga cepat kawen
Hamboi, gelenya (gatal) ngat kawan2 anis ni
Hahaha

Kat rumah anis, tak ade celebrate apa-apa pun
Kalau birthday adik2 baru sambut, yang dah besar ni xde ape pun
Sedih pulak tetiba
Nak jugak merasa orang bagi rainbow cake
LOLOL!


Tak pe lah, ada rezeki dapat lah merasa rainbow cake ni kan

Jom layan lagu Taylor Swift : 22
Taylor Swift - 22 (acoustic live)

XOxo

Feb 3, 2013

Head to toe pakaian untuk photoshoot utusan

Assalamualaikum
Hi semua

Kan semalam anis masuk paper Utusan Malaysia
Ramai pulak yang search blog anis
Hehehe
Thank you :)
Ada yang search dengan keyword : blouse anis athia dalam utusan 2 Februari
Ramai yang nak tau kat mana anis beli blouse tu kan?
Okey2, meh anis nak share ngan korang
Actually sebelum ni anis dah ade bagitau dalam entry InstaFamous tapi dalam entry ni anis akan ceritakan dari head to toe

Blogger Pilihan .COM-Utusan Malaysia
2 Februari 2013


Tudung halfmoon with beads : Farahanis Islamic Fashionita
Fishtail Peplum Pastel Blue blouse : Padieka.com
Seluar jeans putih : beli dekat Time Square kalau tak silap.. Hehehe
Duet Flat W Raspberry shoes : Crocs
MNG Tote Pink bag : Ruffles and Ribbons

Click pada nama online shop yang anis dah link kan tu
XOxo

Feb 2, 2013

Blogger Pilihan .COM Utusan Malaysia (2/2/13)

Assalamualaikum
Hi semua

Dalam entry InstaFamous anis ada cakap tentang temu ramah dan photoshoot kan, actually ianya temu ramah oleh wartawan .COM dari Utusan Malaysia
Alhamdulillah, rezeki yang tak disangkakan
Anis telah terpilih untuk mengisi ruangan Blogger Pilihan untuk Utusan Malaysia keluaran 2 Februari 2013 dalam sisipan .COM
Jom2 beli Utusan Malaysia hari ni!
Hehehe


Muka depan sisipan .COM dalam akhbar Utusan Malaysia


Maluw maluw!
Tak gheti nak posing2...
>_<
*kalau ada yang nak tau baju tu anis beli kat mana, boleh baca entry ni : http://www.anisempoi.com/2013/01/instafamous.html

Terima kasih En Amirul sebab sudi pilih blog anis
Maaf kalau ada kekurangan

Alhamdulillah, bersyukur sangat2...
Ni dah kira early birthday present
Esok birthday anis, jangan lupa wish yek!
Bahaha!
XOxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...