Jan 24, 2013

Sentiasa nak cantik!

Assalamualaikum
Hi semua

Hari ini, 12 Rabiulawal 1434H merupakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W
Salam maulidur rasul anis ucapkan kepada muslimin muslimat sekalian
Jom kita perbanyakkan selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

...

Lumrah kalau dah jadi perempuan ni memang semua benda nak cantik, betul tak?
Lagi-lagi bab pakaian seperti tudung, baju, kasut, beg dan semua-semua lah
Bila pakai cantik-cantik ni rasa lagi confident untuk berhadapan dengan orang ramai
Tapi over melaram pun tak best jugak, sebab terlampau menarik perhatian orang sampai naik rimas, kan?
Walaupun bersederhana tapi tetap nak yang cantik!
Contoh kalau nak beli notebook, antara buku latihan sekolah atau notebook bercorak tribal, mesti pilih yang bercorak tu sebab ianya lebih menarik dan cantik!
Conclusion nye memang perempuan suka kan kecantikan

Tak kira lah kat mana-mana pun perempuan mesti nak nampak cantik dan sukakan kecantikan
Bukan sebab nak dipuji atau nak show off, memang lumrah perempuan suka sesuatu yang cantik
Cantik untuk diri sendiri ^_^

Waktu yang kita nak nampak paling cantik adalah waktu "dating"
Nak jumpa orang yang kita cinta mestilah nak nampak cantik, begitu juga waktu kita "dating" dengan pencipta kita, Allah S.W.T

Selalu korang shopping online beli baju, beg, tudung dan lain-lain, apa kata kali ni kita shopping telekung pulak dekat Bella Ammara


Telekung ini sangat cantik!
Anis suka jahitan bahagian muka sebab bila pakai nampak cantik
Telekung ni diperbuat daripada kain satin yang lembut, sejuk dan tak jarang plus ada lace ^_^
Kualiti nya juga tip top!



Ada banyak lagi warna-warna menarik dan yang paling anis suka peach puff dan pinky peach tapi time anis nak beli tu takde warna tu.. ;(
Tapi warna brownish green ni pun cantik, anis suka :D
Most of the time Ammara Collection ni memang cepat gila sold out, laku bak pisang goreng panas, dapnye...
So korang better selalu lah jenguk-jenguk page Bella Ammara

Satu lagi hot selling dekat Bella Ammara adalah Safar Collection
Ni telekung travel
Beg ni kecik je, senang dibawa dan ringan


Macam anis cakap dalam entry semalam (http://www.anisempoi.com/2013/01/3-in-1.html), better kita bawak telekung sendiri daripada guna telekung yang disediakan di surau untuk mengelakkan tidak khusyuk disebabkan masalah telekung berbau dan kotor

Finally, dapat jugak cari telekung travel ni :)


*berkedut sebab tak iron, lepas dah dapat parcel semalam terus cuba and snap gambar :p

Kain telekung yang ni nipis sikit, sebab tu ringan dan mudah nak sumbat dalam beg kecil tu
Tapi sebab warna telekung ni gelap, so ianya tak nampak jarang
Safar Collection ni juga ada pelbagai warna yang boleh dipilih dan harganya hanya RM29 sahaja
Untuk Ammara Collection yang kat atas tu, harganya RM144

Last but not least, kecantikan itu hak milik setiap insan :)
Salam Maulidur Rasul
XOxo

2 comments:

  1. wah..telekung pun dah macam-macam design dah sekarang ni kan?? hehehe

    ReplyDelete
  2. cantiknye material dye..lembut gitu..boleh buat tido lepas solat...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...