Jan 28, 2013

E-day of my friend

Assalamualaikum
Hi semua

Semalam, ahad (27 Januari 2013), merupakan hari istimewa buat ex-classmate anis, fify
Kira orang pertama dalam kalangan classmate anis yang bertunang
Tahniah anis ucapkan
*isy, jealous2.. anis lambat lagi nak grad..sobs2 ;(

Pagi-pagi lagi dah bersiap-siap sebab rumah kawan anis ni dekat klang, agak jauh dari KL
Hari ni anis pakai baju kurung Peplum Lacey Lana dari Minazboutiquestudio.com
MNG Tote Pink Beg from Ruffles and Ribbons

 

Nasib baik ada application Waze dekat iphone, so senang nak cari jalan dan tak sesat
Waze ni macam google map jugak dan waze juga boleh dijadikan sebagai GPS

So kitorang takde lah sesat nak mencari rumah kawan anis ni
Sempat sampai sebelum majlis bermula, alhamdulillah...
Bila dah lama tak jumpa, macam-macam kitorang borak
Tak sangka, dah nak bertunang dah pun kawan anis sorang ni
Tak lama lagi dah nak jadi bini orang
Cepat betul masa berlalu... hewhew

Majlis bermula sebaik sahaja masuk waktu zohor
Anis dan kawan-kawan yang lain tak involve dengan perbincangan mak-mak ngan ayah-ayah kat luar sebab kitorang teman kawan anis ni dalam bilik
Sesambil nak meredakan kecuakan kawan anis ni, ape lagi, snap lah gambar sementara nak tunggu mak-mak ngan ayah-ayah habis bincang



Selepas kesemuanya dah dibincangkan dan dipersetujui, tiba masa sarung cincin dari bakal mak mertua
Time ni mesti kawan anis nervous gila
Mana tak nya, kena duduk atas pelamin dan jadi centre of attention
Semua sedara mara tengok, segan2 >_<


Kitorang pun nak jugak merasa duduk atas pelamin
Ambik berkat katanya
hehehe

Eh, sama pulak warna tema pelamin dengan warna baju anis
hahaha

Bila lah agak nya anis nak bertunang yek? tet....

Apa-apa pun anis nak ucapkan tahniah kepada kawan anis ni
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar
Kahwin nanti wajib jemput kitorang tau

XOxo

6 comments:

  1. Tahniah kpd kawan kamu:)

    http://jojomei.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. kwn2 kte pn dh ramaibertunang..yg dh kwin and ada anak pn ramai..kte ni je yg kne tggu hbis blajar dlu..hee

    http://mysaraabrahman.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Jocelyn : tq :)

    Mysara : sama lah kita.. Hewhew

    Kak zuriey :saya lama lagi lah kak ;(

    Rina : tq :)

    Lily : cantik kan baju tu.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...