Jan 12, 2013

Anis dalam Wanita Hari Ini

Assalamualaikum
Hi semua

*entry yang agak panjang dan banyak gambar, harap korang sabar tunggu loading k
Happy reading ^_^



Walaupun anis ni pendek dan kurus keding tapi alhamdulillah rezeki anis tetap ada dalam bidang peragaan
Memang tak disangka anis terpilih untuk mewakili butik online Norzi Beautilicious House sebagai model bagi pakaian 2 in 1 dari Norzi Beautilicious House ini
Pada mulanya anis dah redha awal-awal dah kalau tak terpilih sebab anis tahu kalau model pakaian biasanya nak yang tinggi lampai bak KLCC :p

Baca entry dari Norzi Beautilicious House tentang pencarian model muslimah di sini : http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2013/01/pencarian-model-norzi-beautilicious.html

Anis dapat info tentang tawaran ini oleh seorang blogger, Lokman
Mula-mula memang anis agak keberatan nak hantar penyertaan sebab dalam syarat-syarat kena tinggi 160cm ke atas, memang takde chance lah kan... Hewhew =_='
Tapi anis hantar jugak penyertaan dekat Kak Norzi :p
Bahaha! Takpe, yang penting kita kena berani mencuba ye dak?

Lepas dah send email, Kak Norzi reply dan inform yang pemenang akan dihubungi pada pukul 10 malam
Tapi sebab anis tak rasa anis terpilih plus hari tu memang agak penat, so anis tidur awal
Keesokan hari nya (6 Januari 2013-ahad), selesai solat subuh terus check email guna handphone dan sangat terkejut bila dapat email ni :


Segala macam perasaan ade waktu tu, gembira, nervous, rasa macam tak percaya pun ada!
Hehehe

Lepas tu, bila Kak Norzi buat entry tentang keputusan pencarian model muslimah, baru Anis noted yang anis betol-betol terpilih!
Baca entry di sini : http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2013/01/keputusan-pencarian-model-muslimah.html

Pada hari tu jugak Kak Norzi sanggup datang ke kolej anis untuk fitting baju dan discuss
Memang agak kesuntukan masa sebab hari siaran adalah keesokannya (7 Januari 2013-Isnin)

Pada hari isnin tu, awal-awal pagi lagi dah gerak ke rumah Kak Norzi untuk make up dan sedikit preparation
Sama-sama berdebar sebab first time nak masuk tibi, live pulak tu
Hahaha

Make up by Iena Mansor
Pakaian oleh Norzi Beautilicious house










Sedikit review anis tentang baju yang anis gayakan ini :
Baju ini sangat selesa kerana kainnya yang sangat lembut dan tidak panas serta stretchable, amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung, sebab itu ianya dinamakan pakaian 2 in 1, time mengandung boleh pakai, selepas bersalin pun boleh pakai
Jahitannya juga kemas dan bila pakai nampak sangat elegant
Mempunyai ribbon di belakang serta corak bunga timbul yang mencantikkan lagi dress tersebut

Umi anis pun berkenan dengan dress yang anis pakai tu
Hehehe

Di akhir segmen, harus lah bergambar dengan tetamu khas Wanita Hari Ini pada kali ini iaitu Dynas Mokhtar

Jangan lupa tengok Wanita Hari Ini di tonton.com.my
Episod 5, 2013
Click sini untuk menonton : http://m.tonton.com.my/#episode_info

p/s : terima kasih kepada Kak Norzi kerana memberi anis peluang ini ^_^
XOxo

22 comments:

  1. Baju ke? Beli la untuk mak ke kakak ke adik ke makwe ke.. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hehehe.. Nampak tak kali anis menggigil-gigil.. Hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Kak dynas tinggi.. Anis paras bahu die jek.. Hewhew

      Delete
  4. Replies
    1. Hehehe.. Alhamdulillah.. First time ni masuk tibi :)

      Delete
  5. wah,,,tahniah tau awak.. awak sememangnya layak..awak cantik.. dan, rezeki tu dah tertulis untuk awak.. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  6. blogger yang baru akan menggantikan yang lain ! heabat cunn

    ReplyDelete
  7. Perghhh untungnya Anis. Huhu orang cantik tak kisah lah pendek ke tak cukup inci ke. heeee

    ReplyDelete
  8. wah,,dasat dah jadi model pula.. tahniah

    ReplyDelete
  9. Fifie : alhamdulillah rezeki :)

    Kak zuriey : tq >_<

    ReplyDelete
  10. Tahniah rezeki Anis. Bestnya dapat jumpa retis. Hehe...

    ReplyDelete
  11. Saya ada nampak kak anis hari tu kat siaran WHI ni. Baru je nak tanya akak yang tu akak ke tak. Hihi :)

    ReplyDelete
  12. perghh jd model lah...dlm tv lak tu...best2 >_<

    ReplyDelete
  13. tahniah anis! awak kewl aje ..well perfomed with minimum supervision . semuanya last minute. thank you again dear. In shaa Allah if ada apa2 will call u back . love from kak norzi :)

    ReplyDelete
  14. Ya Allah cantiknya akak ni ! Bangga sero jd rakyat kelantan haha xD

    ReplyDelete
  15. Yan ty : hari tu dapat jumpa dynas ngan natasha hudson tapi tak sempat nak snap gambar ngan natasha hudson ;(

    Shima : tak sangka awak cam akak.. Hehehe

    Hairy : first time ni.. Nervous sangat2 tapi pengalaman yang sangat ohsem! :)

    Kak norzi : tq jugak sebab pilih anis :)

    Amalinalee : kak dynas pun ore klate.. Hehehe..

    ReplyDelete
  16. wah..dapat pengalaman yang best :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...