Jan 23, 2013

3 in 1

Assalamualaikum
Hi semua

Alhamdulillah, anis baru sahaja habis exam hari ni
Nak kata lega pun tak jugak sebab paper isnin hari tu anis tak dapat jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tambah-tambah lagi anis sakit 'abc' =_="
Hanya kaum hawa yang faham sakitnye macam mana... huuu ;]

Selalu kalau pegi class anis pakai biasa-biasa jek..
Senang cerita, anis selalu pakai selekeh cincai dan bantai saja lah! haha!
Tapi hari ni mood kemain sehangat taik ayam, dress up lah sikit-sikit, kasi semangat nak jawab exam... hoho!

Okey, actually tak de lah dress up mana pun tapi bagi anis ni dah kira dress up lah jugak daripada hari-hari lain yang selalu pakai seluar dan tshirt long sleeve, tak pun baju kurung tak payah iron :p


Kalau perasan dekat tangan kiri anis macam ade lebam-lebam sikit kan
hehehe
Bukan lebam pegi bertumbuk pun, tangan anis terkena dakwat marker time pegang parcel post laju yang baru sampai

Hari ni anis terima 3 parcel serentak
That's why tajuk 3 in 1 :p

Parcel pertama dari Sincerelybyus Shawls
Tudung ni anis dapat sebab menang giveaway dekat facebook
Alhamdulillah, rezeki anis :)
Kebetulan pulak sebelum ni anis ada satu jek tudung colour merah (bawal plain), sekarang dah tambah lagi satu dan bercorak
Daebak!


Parcel kedua pulak dari Bella Ammara
Yang ni telekung yang boleh dibawa kemana-mana sebab saiznya kecik dan boleh muat dalam handbag
Kalau kita pegi shopping mall kan, selalu kat surau ada yang betul-betul jaga kebersihan telekung tapi ada sesetengah tempat telekung kat surau tu ada kesan coklat kehitaman kan, tambah lagi bau busuk.. eeeuw!
So, untuk mengelakkan kita daripada tak khusyuk solat sebab terganggu dengan bau telekung tu, better kita bawak telekung sendiri kan2 ^_^
Telekung dari Bella Ammara ni cantik-cantik dan harga untuk telekung travel ni atau dipanggil Safar Collection ni hanya RM29 sahaja!

*more review about Bella Ammara in this entry : http://www.anisempoi.com/2013/01/sentiasa-nak-cantik.html

Last parcel yang diterima hari ni dari Ruffles and Ribbons
MnG Tote Pink!
Woot woot!



Sangat suka dengan beg ni sebab besar, boleh muat banyak benda plus warna pink!
Sangat cantik hokeh uolls!

Tiga barang yang diterima hari ini : square shawls, telekung for travel, MnG Tote Pink beg
Love all the items so much <3

XOxo

3 comments:

  1. Tertarik dengan telekung travel tu. Hehe.
    Sebab senang nak bawa p mana2.

    ReplyDelete
  2. wahhh best la dia leh shopping mcm2.. :p

    ReplyDelete
  3. Nadia : betol tu. saiz beg telekung ni pun kecik je.. Dan tak berat...

    Tea : sekali sekala je pun tea.. Bile dah beli barang ni dah pokai dah pun.. Hukhuk ;(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...