Jan 29, 2013

InstaFamous

Assalamualaikum
Hi semua

Alhamdulillah, anis dah selamat sampai rumah di Kelantan
Home sweet home!
Actually anis start cuti dah lama dah tapi atas sebab-sebab tertentu anis stay a little bit longer dekat kolej
One of them sebab nak pegi majlis pertunangan kawan anis pada hari ahad lepas dan satu lagi sebab anis ada sesi temu ramah dan juga photoshoot
Temu ramah ape?
Rahsia!
Sampai masa nanti anis gitau korang ^_^

Pada hari kawan anis tunang, anis pakai baju kurung peplum lacey lana dari minazboutiquestudio.com
Ramai yang cakap baju tu cantik dan memang anis tak nafikan baju-baju rekaan minazboutiquestudio.com memang cantik

*more pictures in this entry : http://www.anisempoi.com/2013/01/e-day-of-my-friend.html

Pada hari temu ramah dan photoshoot pula, anis pakai fishtail peplum dari padieka.com


Tak sangka ramai yang like gambar anis ni dekat facebook dan juga instagram
Terasa famous sekejap!
Hahaha
Sekejap je hokey... Hehehe

Ramai yang sukakan fishtail peplum ni dan anis pun suka gila-gila dengan fishtail peplum ni
FYI, padieka.com dah banyak kali restock baju ni tapi permintaan makin lama makin banyak
Bila update je, tak sampai 5 minit dah sold out
Nanti kalau padieka.com update lagi anis nak grab warna purple pulak
Harap-harap lah dapat >_<

Segan sebenarnye nak bagitau tapi nak jugak bagitau
Knape tajuk entry kali ni instaFamous?
Nah tengok brape ramai like gambo anis dekat page padieka raccolta


Dekat instagram padiekaraccolta


Dekat facebook anis


Dekat instagram anis


Segan pulak >_<
Tiba-tiba famous
Bukan orang suka tengok anis, semua pakat duk berkenan dengan baju fishtail peplum tu
Sangat cantik hokey!
Nak dapatkan baju cantik-cantik macam ni? Mai pakat terjah padieka.com
XOxo

Jan 28, 2013

E-day of my friend

Assalamualaikum
Hi semua

Semalam, ahad (27 Januari 2013), merupakan hari istimewa buat ex-classmate anis, fify
Kira orang pertama dalam kalangan classmate anis yang bertunang
Tahniah anis ucapkan
*isy, jealous2.. anis lambat lagi nak grad..sobs2 ;(

Pagi-pagi lagi dah bersiap-siap sebab rumah kawan anis ni dekat klang, agak jauh dari KL
Hari ni anis pakai baju kurung Peplum Lacey Lana dari Minazboutiquestudio.com
MNG Tote Pink Beg from Ruffles and Ribbons

 

Nasib baik ada application Waze dekat iphone, so senang nak cari jalan dan tak sesat
Waze ni macam google map jugak dan waze juga boleh dijadikan sebagai GPS

So kitorang takde lah sesat nak mencari rumah kawan anis ni
Sempat sampai sebelum majlis bermula, alhamdulillah...
Bila dah lama tak jumpa, macam-macam kitorang borak
Tak sangka, dah nak bertunang dah pun kawan anis sorang ni
Tak lama lagi dah nak jadi bini orang
Cepat betul masa berlalu... hewhew

Majlis bermula sebaik sahaja masuk waktu zohor
Anis dan kawan-kawan yang lain tak involve dengan perbincangan mak-mak ngan ayah-ayah kat luar sebab kitorang teman kawan anis ni dalam bilik
Sesambil nak meredakan kecuakan kawan anis ni, ape lagi, snap lah gambar sementara nak tunggu mak-mak ngan ayah-ayah habis bincang



Selepas kesemuanya dah dibincangkan dan dipersetujui, tiba masa sarung cincin dari bakal mak mertua
Time ni mesti kawan anis nervous gila
Mana tak nya, kena duduk atas pelamin dan jadi centre of attention
Semua sedara mara tengok, segan2 >_<


Kitorang pun nak jugak merasa duduk atas pelamin
Ambik berkat katanya
hehehe

Eh, sama pulak warna tema pelamin dengan warna baju anis
hahaha

Bila lah agak nya anis nak bertunang yek? tet....

Apa-apa pun anis nak ucapkan tahniah kepada kawan anis ni
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar
Kahwin nanti wajib jemput kitorang tau

XOxo

Jan 24, 2013

Sentiasa nak cantik!

Assalamualaikum
Hi semua

Hari ini, 12 Rabiulawal 1434H merupakan hari kelahiran Rasulullah S.A.W
Salam maulidur rasul anis ucapkan kepada muslimin muslimat sekalian
Jom kita perbanyakkan selawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

...

Lumrah kalau dah jadi perempuan ni memang semua benda nak cantik, betul tak?
Lagi-lagi bab pakaian seperti tudung, baju, kasut, beg dan semua-semua lah
Bila pakai cantik-cantik ni rasa lagi confident untuk berhadapan dengan orang ramai
Tapi over melaram pun tak best jugak, sebab terlampau menarik perhatian orang sampai naik rimas, kan?
Walaupun bersederhana tapi tetap nak yang cantik!
Contoh kalau nak beli notebook, antara buku latihan sekolah atau notebook bercorak tribal, mesti pilih yang bercorak tu sebab ianya lebih menarik dan cantik!
Conclusion nye memang perempuan suka kan kecantikan

Tak kira lah kat mana-mana pun perempuan mesti nak nampak cantik dan sukakan kecantikan
Bukan sebab nak dipuji atau nak show off, memang lumrah perempuan suka sesuatu yang cantik
Cantik untuk diri sendiri ^_^

Waktu yang kita nak nampak paling cantik adalah waktu "dating"
Nak jumpa orang yang kita cinta mestilah nak nampak cantik, begitu juga waktu kita "dating" dengan pencipta kita, Allah S.W.T

Selalu korang shopping online beli baju, beg, tudung dan lain-lain, apa kata kali ni kita shopping telekung pulak dekat Bella Ammara


Telekung ini sangat cantik!
Anis suka jahitan bahagian muka sebab bila pakai nampak cantik
Telekung ni diperbuat daripada kain satin yang lembut, sejuk dan tak jarang plus ada lace ^_^
Kualiti nya juga tip top!



Ada banyak lagi warna-warna menarik dan yang paling anis suka peach puff dan pinky peach tapi time anis nak beli tu takde warna tu.. ;(
Tapi warna brownish green ni pun cantik, anis suka :D
Most of the time Ammara Collection ni memang cepat gila sold out, laku bak pisang goreng panas, dapnye...
So korang better selalu lah jenguk-jenguk page Bella Ammara

Satu lagi hot selling dekat Bella Ammara adalah Safar Collection
Ni telekung travel
Beg ni kecik je, senang dibawa dan ringan


Macam anis cakap dalam entry semalam (http://www.anisempoi.com/2013/01/3-in-1.html), better kita bawak telekung sendiri daripada guna telekung yang disediakan di surau untuk mengelakkan tidak khusyuk disebabkan masalah telekung berbau dan kotor

Finally, dapat jugak cari telekung travel ni :)


*berkedut sebab tak iron, lepas dah dapat parcel semalam terus cuba and snap gambar :p

Kain telekung yang ni nipis sikit, sebab tu ringan dan mudah nak sumbat dalam beg kecil tu
Tapi sebab warna telekung ni gelap, so ianya tak nampak jarang
Safar Collection ni juga ada pelbagai warna yang boleh dipilih dan harganya hanya RM29 sahaja
Untuk Ammara Collection yang kat atas tu, harganya RM144

Last but not least, kecantikan itu hak milik setiap insan :)
Salam Maulidur Rasul
XOxo

Jan 23, 2013

3 in 1

Assalamualaikum
Hi semua

Alhamdulillah, anis baru sahaja habis exam hari ni
Nak kata lega pun tak jugak sebab paper isnin hari tu anis tak dapat jawab dengan cemerlang, gemilang dan terbilang, tambah-tambah lagi anis sakit 'abc' =_="
Hanya kaum hawa yang faham sakitnye macam mana... huuu ;]

Selalu kalau pegi class anis pakai biasa-biasa jek..
Senang cerita, anis selalu pakai selekeh cincai dan bantai saja lah! haha!
Tapi hari ni mood kemain sehangat taik ayam, dress up lah sikit-sikit, kasi semangat nak jawab exam... hoho!

Okey, actually tak de lah dress up mana pun tapi bagi anis ni dah kira dress up lah jugak daripada hari-hari lain yang selalu pakai seluar dan tshirt long sleeve, tak pun baju kurung tak payah iron :p


Kalau perasan dekat tangan kiri anis macam ade lebam-lebam sikit kan
hehehe
Bukan lebam pegi bertumbuk pun, tangan anis terkena dakwat marker time pegang parcel post laju yang baru sampai

Hari ni anis terima 3 parcel serentak
That's why tajuk 3 in 1 :p

Parcel pertama dari Sincerelybyus Shawls
Tudung ni anis dapat sebab menang giveaway dekat facebook
Alhamdulillah, rezeki anis :)
Kebetulan pulak sebelum ni anis ada satu jek tudung colour merah (bawal plain), sekarang dah tambah lagi satu dan bercorak
Daebak!


Parcel kedua pulak dari Bella Ammara
Yang ni telekung yang boleh dibawa kemana-mana sebab saiznya kecik dan boleh muat dalam handbag
Kalau kita pegi shopping mall kan, selalu kat surau ada yang betul-betul jaga kebersihan telekung tapi ada sesetengah tempat telekung kat surau tu ada kesan coklat kehitaman kan, tambah lagi bau busuk.. eeeuw!
So, untuk mengelakkan kita daripada tak khusyuk solat sebab terganggu dengan bau telekung tu, better kita bawak telekung sendiri kan2 ^_^
Telekung dari Bella Ammara ni cantik-cantik dan harga untuk telekung travel ni atau dipanggil Safar Collection ni hanya RM29 sahaja!

*more review about Bella Ammara in this entry : http://www.anisempoi.com/2013/01/sentiasa-nak-cantik.html

Last parcel yang diterima hari ni dari Ruffles and Ribbons
MnG Tote Pink!
Woot woot!



Sangat suka dengan beg ni sebab besar, boleh muat banyak benda plus warna pink!
Sangat cantik hokeh uolls!

Tiga barang yang diterima hari ini : square shawls, telekung for travel, MnG Tote Pink beg
Love all the items so much <3

XOxo

Jan 12, 2013

Anis dalam Wanita Hari Ini

Assalamualaikum
Hi semua

*entry yang agak panjang dan banyak gambar, harap korang sabar tunggu loading k
Happy reading ^_^



Walaupun anis ni pendek dan kurus keding tapi alhamdulillah rezeki anis tetap ada dalam bidang peragaan
Memang tak disangka anis terpilih untuk mewakili butik online Norzi Beautilicious House sebagai model bagi pakaian 2 in 1 dari Norzi Beautilicious House ini
Pada mulanya anis dah redha awal-awal dah kalau tak terpilih sebab anis tahu kalau model pakaian biasanya nak yang tinggi lampai bak KLCC :p

Baca entry dari Norzi Beautilicious House tentang pencarian model muslimah di sini : http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2013/01/pencarian-model-norzi-beautilicious.html

Anis dapat info tentang tawaran ini oleh seorang blogger, Lokman
Mula-mula memang anis agak keberatan nak hantar penyertaan sebab dalam syarat-syarat kena tinggi 160cm ke atas, memang takde chance lah kan... Hewhew =_='
Tapi anis hantar jugak penyertaan dekat Kak Norzi :p
Bahaha! Takpe, yang penting kita kena berani mencuba ye dak?

Lepas dah send email, Kak Norzi reply dan inform yang pemenang akan dihubungi pada pukul 10 malam
Tapi sebab anis tak rasa anis terpilih plus hari tu memang agak penat, so anis tidur awal
Keesokan hari nya (6 Januari 2013-ahad), selesai solat subuh terus check email guna handphone dan sangat terkejut bila dapat email ni :


Segala macam perasaan ade waktu tu, gembira, nervous, rasa macam tak percaya pun ada!
Hehehe

Lepas tu, bila Kak Norzi buat entry tentang keputusan pencarian model muslimah, baru Anis noted yang anis betol-betol terpilih!
Baca entry di sini : http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2013/01/keputusan-pencarian-model-muslimah.html

Pada hari tu jugak Kak Norzi sanggup datang ke kolej anis untuk fitting baju dan discuss
Memang agak kesuntukan masa sebab hari siaran adalah keesokannya (7 Januari 2013-Isnin)

Pada hari isnin tu, awal-awal pagi lagi dah gerak ke rumah Kak Norzi untuk make up dan sedikit preparation
Sama-sama berdebar sebab first time nak masuk tibi, live pulak tu
Hahaha

Make up by Iena Mansor
Pakaian oleh Norzi Beautilicious house










Sedikit review anis tentang baju yang anis gayakan ini :
Baju ini sangat selesa kerana kainnya yang sangat lembut dan tidak panas serta stretchable, amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung, sebab itu ianya dinamakan pakaian 2 in 1, time mengandung boleh pakai, selepas bersalin pun boleh pakai
Jahitannya juga kemas dan bila pakai nampak sangat elegant
Mempunyai ribbon di belakang serta corak bunga timbul yang mencantikkan lagi dress tersebut

Umi anis pun berkenan dengan dress yang anis pakai tu
Hehehe

Di akhir segmen, harus lah bergambar dengan tetamu khas Wanita Hari Ini pada kali ini iaitu Dynas Mokhtar

Jangan lupa tengok Wanita Hari Ini di tonton.com.my
Episod 5, 2013
Click sini untuk menonton : http://m.tonton.com.my/#episode_info

p/s : terima kasih kepada Kak Norzi kerana memberi anis peluang ini ^_^
XOxo

Jan 9, 2013

Mustafa Jones Burger Bakar

Assalamualaikum
Hi semua

Actually ni cerita tahun lepas tapi nak cerita jugak! Eh!
Hahaha
Boleh pulak terlupa nak share ngan korang pasal burger bakar ni
Ampun ye ibu2 bapak2 =_='

Ini kali kedua anis merasa beef burger mustafa jones ni tapi waktu first time dulu-dulu anis selsema, so tak dapat lah nak merasa dengan betul...
Kali ni dapat merasa beef burger mustafa jones ni yang sedap dan daging nye yang sangat la juicy
Tengah duk cerita ni teringat-ingat pulak rasa burger bakar ni yang sedap!
Mengidam lah pulak, eheh!


Nampak macam kecik tapi bagi anis makan satu burger ni dah cukup mengenyangkan
Daging nya sangat tebal dan rasa nye sangat juicy
Roti nya pula sangat rangup di luar, lembut di dalam
Yang paling special burger bakar mustafa jones ni adalah sos yang digunakan kerana sos yang digunakan diimport khas dari USA, negara asal Mustafa Jones

Selain burger bakar/beef burger ni, ada juga makanan western yang lain seperti ribeye steak, famous MJ BBQ beef ribs, grilled chicken sandwich with cheese, BBQ lamb shoulder, BBQ chicken wings or drumstick, beef kebab dan lain-lain

Kat bawah ni pula Hot Dawg dan juga fries yang ditabur dengan special spice





Nampak tak licin anis makan burger bakar
Anis kalau sedap memang anis akan habiskan jugak
Kalau tak kena dengan selera memang payah benor nak menghabiskan makanan tu

Kalau nak tau, mereka juga menawarkan khidmat catering dan pelakon kacak Aaron Aziz juga pernah menggunakan perkhidmatan catering mereka ni

Mereka juga pernah masuk dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), hosted by Iqram Dinzly

Kalau nak tahu, Mustafa Jones ni lah yang mula-mula trending kan burger bakar di Malaysia

Kalau korang nak merasa kesedapan burger bakar MJ ni, boleh la ke :
B1-G-3 Jalan Taman, Pusat Komersil Gaya,
Pusar Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
Contact no : 012-204 6486 / 017-252 6610
Email : flavormalay@gmail.com

Nama restoran tu adalah Warung Kayu Manis
Mustafa Jones kira partner dengan owner restoran Warung Kayu Manis ni, jadi mereka berniaga ni restoran yang sama
Jangan confuse pulak bila sampai sana nanti ya :)

P/s : Pada hari Isnin (7 januari 2013) lepas, anis masuk Wanita Hari Ini (episod 5 untuk tahun 2013)
sebagai wakil model untuk online shop Norzi Beautilicious House, nanti anis update
Kalau rajin tengok lah kat tonton rancangan Wanita Hari Ini episod 5 untuk tahun 2013
XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...