Dec 6, 2012

Wreck-it-Ralph movie review

Assalamualaikum
Hi semua

Walaupun umur dah nak cecah 22 tahun tapi cerita cartoon tetap tak boleh tinggal
Nak2 kalau kat rumah memang tengok cartoon je sepanjang hari
Bila balik kolej, kawan2 dok cerita drama itu ini, anis pulak "crick crick crick" sebab tak tau... Takde sape nak borak pasal cerita cartoon ke...??? Hahaha :p

Paling latest kat rumah diorang suka tengok Gumball
Anis siap download game Gumball kat phone lagi... Haaa.. Semangat :p

Pastu bila time si kecik adik aqiel tengok tv pulak, asyik duk ulang cerita Boboiboy dan Pororo
Ulang part lagu je sebab adik aqiel ni pantang kalau dengar lagu rancak2 sikit mula lah die dancing!
Hahaha

Disebabkan kesukaan terhadap cerita cartoon yang membuak-buak, weekend lepas anis tengok cerita Wreck-It-Ralph


Dalam cerita ni, Ralph ni kira tugas die sebagai pemusnah
Die hancurkan bangunan pastu Fix-It Felix akan betulkan balik bangunan yang hancur tu

Mereka ni semua karakter dalam game dekat arcade
Begini lah ghupe game tu


Tapi Ralph ni tak suka jadi watak jahat sebab dia kena tidur kat tempat sampah pastu tak dihargai
Sebab semua orang suka Fix-It Felix

Pada malam anniversary ke-30 game depa ni, Ralph telah dicabar untuk dapat pingat macam yang Felix dapat untuk diterima dan dihargai oleh orang2 dalam game tu...

Then, Ralph terserempak dengan seorang askar dari game Hero's Duty
Ralph menyamar sebagai askar untuk game Hero's Duty dan masuk ke dalam game tu untuk dapatkan pingat

Ralph berjaya dapatkan gold medal tapi satu accident berlaku dan Ralph ternaik kapal dan terbawa sekali telur Cybug
Cybug ni serangga dalam game Hero's Duty yang perlu dihapuskan
Hero's Duty ni macam game tembak2

Lepas tu kapal tersebut termasuk dalam game Sugar Rush
Sugar Rush sangat comel kowt
Semua made of candy
Yumeh!

Dalam game Sugar Rush pulak Ralph terjumpa dengan Vanellope
Vanellope ternampak gold medal Ralph dan terus ambik
Vanellope perlukan medal tu untuk sertai lumba kereta kat dalam game Sugar Rush ni

Fuh, panjang lagi nak cerita ni
Banyak betul konflik
Huhuhu

Nak dipendekkan cerita, Ralph ngan Vanellope menjadi kawan baik dan Ralph bantu Vanellope untuk menang dalam race tu

Hasil kereta yang dibina oleh Ralph and Vanellope

Made of candy

Comel kan!
Suka betol game comel2 ni... Tehee :D

Konklusinya, cerita ni sangat2 best untuk orang yang suka tengok cerita cartoon macam anis ni
Seriously!
Paling suka game Sugar Rush sebab comel gila!

Pada hari tu, anis pakai peplum blouse and palazzo
Sekarang kan tengah in peplum blouse ni :)

XOxo

4 comments:

  1. assalam ziarah ;)
    saya tahu komen ni out of topik,
    tapi saya harap sangat tuan/puan blog dapat bantu saya untuk menang iphone 5 kat sini.

    http://puangojes.blogspot.com/2012/12/bantuan-di-perlukan-klik-g1-dan-undi.html

    bantuan tuan/puan blog amat2 saya hargai. terima kasih ya :)

    ReplyDelete
  2. Salam..Jemput view n follow di http://rinoalytionista.blogspot.com/ Di sni ada koleksi Peplum Blouse pada harga yang berpatutan.TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...