Dec 30, 2012

Makan-makan di IKEA

Assalamualaikum
Hi semua

Pada satu ketika dulu, waktu IKEA baru lagi bukak, ramai yang dok heboh meatball kat IKEA ni sedap
Tapi!
Baru hari ni anis dapat merasa kesedapan meatball IKEA


Bagi anis meatball ni okey la, sedap jugak...
Nak kate sedap gila tu macam tak je >_<
Tak tau la kalau korang kan... Huu
Yang menambahkan kesedapan meatball ni maybe kuah tu kowt....
Sedap ke tak sedap ke, habis jugak sepinggan tu anis makan... LOL!
Harga untuk 10 ketul (ke biji?) meatball ni RM10 bersama dengan fries

Selain meatball, anis try fish and chip, harga 12 hinggit bersama dengan fries
Anis suka fish and chip ni
Rasa die macam fillet-o-fish mcd


Disebabkan hari ni anis tak makan lunch, maka nafsu makan tu membuak-buak!
Kalau boleh semua makanan yang ade kat situ anis nak cuba

Next, anis makan chicken wing


Chicken wing ni pun sedap
Lagi sedap kalau makan time panas2
Tapi kalau time korang dapat tu macam dah sejuk, don't worry sebab ada disediakan microwave untuk korang panaskan makanan korang
Terasa macam makan kat rumah ^_^
Harga 2 ketul chicken wings ni RM4

Next, chocolate almond cake


Cake ni sedap!
Suka gila chocolate cake, bila ade almond tu die macam lagi urmph!

And last but not least, salmon (yang ni bukan makanan anis)


Walaupun bukan makanan anis, tetap nak merasa sikit kan
Bagi anis, salmon ni okey lah...
Not bad

Hari ni outfit yang anis pakai agak serabut sikit
Colour macam tak match langsung tapi peduli ape, hentam saja lah :p



Tudung : Paisley Paradise
Long sleeve tshirt : Dorothy Perkins
Kimono cardigan : Time Square
Skirt : Dalzbuttoncraft
Beg : Bonita

XOxo

Dec 28, 2012

Second call for casting

Assalamualaikum
Hi semua

Korang dah join giveaway anis? Kalau blom, terjah entry INI cepat2!
22 pemenang akan dipilih!

Seronok betol weekend lepas balik rumah, sebab boleh chill out dengan family pastu adik aqiel pulak bertambah nakal
Aaaaa miss my little bro ;)

Anyway, entry ni bukan nak cerita pasal cuti2 kat rumah hari tu tapi nak habaq kat hampa yang anis dipanggil untuk buat casting kali kedua di red house talent
Red house talent ni jugak lah yang buat casting semasa casting Hijabista hari tu

Cerita nye macam ni, semalam anis dapat call from Sharon untuk datang ke office red house talent
At first memang anis tak tau kena buat casting lagi sekali tapi malam semalam gigih stay up untuk prepare sikit2 for casting
Kowt2 la kan tiba2 kena jadi pengacara ke... Haaaa

Maka hari ni buat pertama kali jejak red house talent punya office
First word, NICE!
Location office ni memang best lah sebab area perumahan
Dari luar dah rasa macam best, bila masuk je office terus macam, WOW!
Office yang sangat best sebab tak rasa macam duduk kat office, it is like a home :)

Sesampai je kena isi borang dulu pastu terus masuk meeting room untuk di-interview
And guess who is interviewing me?

Tadaa!


Kenal tak sape ni?
Kalau dulu2, time muda2 tak baligh lagi, memang selalu lah tengok 3R
Memang best la!
Ingat lagi tak pengacara sweet ni, sis Tini :)

Terkezut tau iolls bila masuk meeting room tiba2 yang tengah tunggu tu sis Tini
Excited dan cuak semua ade lah
Tapi sis Tini ni sempoi2 je, interview macam sembang2 dengan buddies
So kurang sikit lah rasa nervous tu.. Haha :p

Ohye, other than interviewing, anis kena jadi pengacara tipu2 pastu kena berlakon
Aaaa memang anis rase anis takde bakat nak berlakon =_='
Tadi, anis kena berlakon konon2 anis tengah balas comment seorang blogger yang demanding nak sangat2 flower crinkle shawl yang anis buat giveaway tu
Memang anis tak tau nak buat expression macam mane tapi buat2 macam benda tu real je lah..
So, act macam natural...
Memang anis tak tau langsung lah teknik2 nak berlakon ni... Hahaha :D

Before leaving, harus lah ambik2 gambar together2
Gambar kat atas, anis dengan sis Tini tu snap time dah nak balik
Ini pulak Sharon yang anis cakap sebelum ni


Hari ni anis pakai peplum blouse, bought at Wangsa Walk dan shawl tu beli dekat Tropicana City Mall

Ini pulak gambar sis Tini post dekat instagram
Time ni tengah berlakon balas2 comment >_<


Sumpah, nervous gile time nak buat hosting dengan berlakon... Hew2
Ape2 pun, anis rasa best sangat sebab diberi peluang untuk buat casting, experience yang sangat2 meaningful :)


XOxo

Dec 16, 2012

Instax mini 8 pink

Assalamualaikum
Hi semua

Sejak dua tahun lepas lagi sebenarnye anis duk teringin nak beli instax camera ni
Sape tak teruja, bila snap gambar and then gambar terus print out dari camera, ohsem!
Macam yang dalam cerita Istanbul Aku Datang tu, yang kawan Beto ambik gambar Beto ngan Lisa tu... haa
Tapi bile nak beli tu, fikir dua tiga kali jugak lah... 
Takut beli mahal-mahal tapi tak tahan lame sebab anis tengok camera ni macam camera mainan, takut nanti pakai dua tiga kali pastu rosak, tak ke rugi kan... haa...
Tapi bila tengok ramai orang pakai camera instax ni, terus rasa excited nak beli and yakin yang camera ni berkualiti
Bila google and browsing pasal camera ni, rupanye camera ni ada waranty
Bertambah yakin dan excited nak beli uolls!!!

Kebetulan pulak sekarang ni Fujifilm baru sahaja release new instax camera which is instax mini 8, upgrade sikit daripada instax mini 7s
Dan benda yang paling membuat anis teruja, kali ni instax camera ade fully pink colour

Sila jelly dengan my new pink instax mini 8! tehee >_<



Bila di ON


omey tak? omey tak? Omey macam tuan die kan?
hehehe

Camera ni anis beli dekat Wangsa Walk tapi anis rasa mostly kedai camera akan ada jual camera ni
Kalau nak senang, beli online pown boleh
Tapi lagi best beli kat kedai sebab boleh tilik2 dulu sebelum beli, boleh compare dengan camera lain dan paling best boleh tawar-menawar! haa...

Anis ni takde lah reti sangat nak tawar-menawar ni, tapi boleh la dapat murah sikit...
Camera ni anis beli dengan harga RM280
Satu set ni ada camera, 2 battery AA, strap, guide book dan waranty 1 tahun
Film pulak anis beli yang twin pack, ade 20 keping semua dengan harga RM55
Biasa film kalau beli online boleh dapat murah

Antara online shop yang jual camera instax dan juga film instax :
Analogue Kaki
The Click Shop
Royal Instax Pro
Fujifilm Instanx Camera
Saffawati's Blog

Ade banyak lagi online shop tapi setakat ni ade 5 ni lah yang anis jumpa...
Kalau korang rajin korang google lah lagi ye (kurang asam punye anis) :p

Gambar pertama yang diambil menggunakan camera Instax Mini 8 PINK (Nak jugak bold and capital letter word pink tu...hahaha)



*tudung beli kat online shop Sincerelybyus Shawls

Kalau nak compare quality gambar camera instax dengan camera DSLR memang jauh lagi cun gambar DSLR la
Tapi tak semestinya instant camera ni tak boleh menghasilkan gambar yang cantik
Kena rajin explore dan search tips untuk dapatkan best shot bila snap gambar pakai instant camera ni

Selain warna pink, Instax Mini 8 juga available in colour white, blue, yellow and black



My precious cameras


Nikon 1J1 untuk ambik gambar banyak2 dan Instax Mini 8 untuk detik2 terindah... ececeh!


XOxo

Dec 7, 2012

Electric blue + light purple day

Assalamualaikum
Hi semua

Hari rabu yang lepas anis ke MidValley
Ingatkan weekdays tak ramai orang, tapi... Parking semua FULL!
Dekat sejam jugak cari parking
Tak tau kenape ramai sangat orang pegi Mid...
Year End Sale maybe?
Huuu....

Anis ke MidValley semata-mata nak beli bracelet dekat booth AllKinds of Everything, berdekatan dengan FOREVER 21
Ingat lagi tak anis ade post pasal bracelet sebelum ni?

My bracelet (dan jam swatch yang baru ditukar tali nye) :p


Booth AllKinds of Everything @ MidValley


Banyak bracelet cantik2 dekat sini
And the owner Akoe is so friendly :)

I bought this bracelet for my sister for her birthday next week


And also this cute birthday card, bought at Memory Lane








Sweet tak? Teheee ^_^

On that day, I wore new square hijab by Paisley Paradise and also new blouse bought at Time Square for only RM19!

XOxo

Dec 6, 2012

Wreck-it-Ralph movie review

Assalamualaikum
Hi semua

Walaupun umur dah nak cecah 22 tahun tapi cerita cartoon tetap tak boleh tinggal
Nak2 kalau kat rumah memang tengok cartoon je sepanjang hari
Bila balik kolej, kawan2 dok cerita drama itu ini, anis pulak "crick crick crick" sebab tak tau... Takde sape nak borak pasal cerita cartoon ke...??? Hahaha :p

Paling latest kat rumah diorang suka tengok Gumball
Anis siap download game Gumball kat phone lagi... Haaa.. Semangat :p

Pastu bila time si kecik adik aqiel tengok tv pulak, asyik duk ulang cerita Boboiboy dan Pororo
Ulang part lagu je sebab adik aqiel ni pantang kalau dengar lagu rancak2 sikit mula lah die dancing!
Hahaha

Disebabkan kesukaan terhadap cerita cartoon yang membuak-buak, weekend lepas anis tengok cerita Wreck-It-Ralph


Dalam cerita ni, Ralph ni kira tugas die sebagai pemusnah
Die hancurkan bangunan pastu Fix-It Felix akan betulkan balik bangunan yang hancur tu

Mereka ni semua karakter dalam game dekat arcade
Begini lah ghupe game tu


Tapi Ralph ni tak suka jadi watak jahat sebab dia kena tidur kat tempat sampah pastu tak dihargai
Sebab semua orang suka Fix-It Felix

Pada malam anniversary ke-30 game depa ni, Ralph telah dicabar untuk dapat pingat macam yang Felix dapat untuk diterima dan dihargai oleh orang2 dalam game tu...

Then, Ralph terserempak dengan seorang askar dari game Hero's Duty
Ralph menyamar sebagai askar untuk game Hero's Duty dan masuk ke dalam game tu untuk dapatkan pingat

Ralph berjaya dapatkan gold medal tapi satu accident berlaku dan Ralph ternaik kapal dan terbawa sekali telur Cybug
Cybug ni serangga dalam game Hero's Duty yang perlu dihapuskan
Hero's Duty ni macam game tembak2

Lepas tu kapal tersebut termasuk dalam game Sugar Rush
Sugar Rush sangat comel kowt
Semua made of candy
Yumeh!

Dalam game Sugar Rush pulak Ralph terjumpa dengan Vanellope
Vanellope ternampak gold medal Ralph dan terus ambik
Vanellope perlukan medal tu untuk sertai lumba kereta kat dalam game Sugar Rush ni

Fuh, panjang lagi nak cerita ni
Banyak betul konflik
Huhuhu

Nak dipendekkan cerita, Ralph ngan Vanellope menjadi kawan baik dan Ralph bantu Vanellope untuk menang dalam race tu

Hasil kereta yang dibina oleh Ralph and Vanellope

Made of candy

Comel kan!
Suka betol game comel2 ni... Tehee :D

Konklusinya, cerita ni sangat2 best untuk orang yang suka tengok cerita cartoon macam anis ni
Seriously!
Paling suka game Sugar Rush sebab comel gila!

Pada hari tu, anis pakai peplum blouse and palazzo
Sekarang kan tengah in peplum blouse ni :)

XOxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...