Nov 24, 2012

The Twilight Saga movie marathon

Assalamualaikum
Hi semua
Semalam, jumaat malam, anis dapat invite ke movie marathon cerita Twilight!!!
One of my favorite love story
Special thanks to ecentral for the invite :)

Muka excited ^_^


Semalam anis pakai penny chiffon dress by The Pop Look dan juga shawl by Paisley Paradise
I love this dress :)


Ohye, sebelum screening semalam, anis makan dekat Pappa Rich
Roti cicah kari ayam sedap gila
Roti dia lembut sangat2 dan kari ayam die marvelous habis
Sekarang dah mengidam.. Ops!
Pastu minum white coffee dengan harapan tak tido masa movie marathon

Screening start about 9pm
This time ade macam lucky draw and giveaway by Cathay Cineplexes and red.fm every time in between the movies
Ade macam2 twilight merchandise such as pillow, tshirt, cap, tumbler, fridge magnet, poster and many more
Tapi nasib tak baik, anis tak menang ape2.. But still enjoy the movie marathon
Best sebab dapat tengok cerita twilight dari first movie sampai yang terakhir, Breaking Dawn Part 2

Breaking Dawn Part 2 best and worth to watch especially for those who follow twilight movie from the first movie or for those who read the novel
Anis suka tengok reneesme, anak Bella and Edward, sebab that kid comel gila and cantik
But part yang tak logik bila reneesme still baby and die senyum nampak gigi semua dah tumbuh
I think the director should make references with the dentist first... LOL
Mentang2 lah kan.... Muehehe


Dalam movie kali ni part paling klimaks sekali bila Volturi nak serang keluarga Cullen because of misunderstanding

The Volturi


Volturi ni macam kerabat diraja bagi vampire
Mereka ingat Reneesme ni jadi vampire sebab kena gigit, dan adalah satu kesalahan tetapi reneesme jadi vampire bukan sebab kena gigit tapi dilahirkan sebagai half human half vampire
Gitu lah kisah nye...

Untuk membuktikan Reneesme tak bersalah, keluarga Cullen panggil semua rakan2 vampire mereka untuk jadi saksi yang reneesme tak bersalah
And of course the warewolf turut bantu keluarga Cullen untuk mempertahankan reneesme


So ape jadi lepas tu?
Jeng jeng jeng... Nak tau tengok la sendiri dekat cinema berdekatan :p

Part paling sweet, Jacob and Reneesme


Dan pasangan vampire paling anis suka, Alice and Jasper


And of course Edward vampire paling handsome setakat ni... :D

Walaupun nasib tak baik time lucky draw and giveaway, still dapat goodie bag from Cathay Cineplexes and red.fm


I will miss twilight so much ;)
XOxo

Nov 21, 2012

Unwordless Wednesday

Assalamualaikum
Hi semua
Lama tak update blog kan2...
Padahal baru tadi post entry untuk wordless wednesday (gambar adik aqiel yang camwhore)
Semalam anis ke Time Square untuk tengok movie Istanbul Aku Datang
Cerita ni best! Kelakar and sweet :)
Plus, cerita ni buat kat istanbul, environment kat istanbul nampak cantik sangat... Teringin pulak nak shoot gambar kahwin kat istanbul macam dalam cerita tu... *angan2
Sape yang belum tengok lagi, sila2 ke cinema berdekatan :)

Disebabkan minggu lepas anis cuti midsem, bahang kemalasan tu terasa lagi
Ingatkan hari isnin je monday blues, ni dah sampai rabu pun dok blues lagi...
Hadoi!
Alang2 bangun lambat tak pegi class, moh la kita selesaikan apa yang dah tertangguh....
Nak basuh baju, kemas bilik, buat revision dan blogwalking blog2 follower anis
Ingatkan balik cuti haritu boleh la nak buat segmen minggu blogwalking ke blog follower tapi broadband pulak kena potong... Teheee...

Bila dah terbangun lambat, aura malas tu lagi lah membuak-buak, jadi anis mencari semangat nak mulakan hari baru ni dengan ambik gambar budak bushuk ni, edit2, dah! siap satu profile picture baru.... :p

#PrayforGaza

Sekarang ni kalau tengah duk suka2, tapi bila teringat tentang mereka di Gaza, terus rasa sebak...
Kenapa lah di zaman modenisasi macam ni pun nak perang2....
;(

Ohye, semalam anis pakai square hijab by Paisley Paradise
Cepat terjah page mereka sebab tudung2 yang mereka jual cantik2 dan murah :)


Ni pulak budak bushuk pakai shawl from Paisley Paradise

XOxo

Nov 11, 2012

Fatin Liyana bagi voucher dekat saya :)

Assalamualaikum
Hi semua
Niat di hati nak update blog semalam tapi semalam anis agak penat sebab baru sampai kelantan
Penat duduk dalam train yang tiba-tiba rosak dan blackout, serious rasa seram time blackout tu
Rasa macam Voldemort datang cari Harry Potter... Ngeh2 :p

Hari Jumaat yang lepas, sambil-sambil menunggu orang, anis bukak Nuffnangx sebab nak tengok update kat blog Fatin Liyana
Tiba-tiba ternampak nama anis terpampang kat entry FL
Memang anis tak sangka anis menang voucher crocs dari Fatin Liyana
Serious anis bersyukur dan berterima kasih dekat akak Aten sebab pilih anis :)
Alhamdulillah...

*kenapa lah time aku excited mesti ambik gambar kepala kalau boleh nak senget 90 degree =_=

Hari jumaat tu jugak cepat-cepat anis cuba contact kak Aten untuk jumpa sekejap dan ambil voucher yang anis menang tu
Terpaksa rushing sebab due date voucher 18 november ni!
Dan minggu ni anis kat kelantan
So, hari ahad ni harap-harap sempat singgah kedai crocs sekejap

Sebenarnya, anis tak yakin anis boleh menang sebab ramai gila yang join dan probability untuk menang tu sangat lah tipis
Jadi, disebabkan Time Square dekat dengan kampus anis dan anis nak sangat-sangat kasut crocs sebab sebelum ni beli yang ciplak je..
Eheh -.-
Pada hari store opening which is on 8 november, last thursday, anis dengan gigih bangun pagi dan cepat-cepat pegi Time Square
Kalau boleh nak berlari supaya cepat sampai dan berharap agar dapat jadi 120 visitor terawal
Sampai2 je tengok sunyi nye Time Square...
Takde orang beratur pun
Crick crick crick

Anis sampai pukul 9 pagi dan kedai bukak pukul 10 pagi
Kena pulak dekat area kedai Crocs ada cafe Toast Box
Pekena French Toast dengan Milo panas dulu ler
Sedap french toast kat Toast Box ni
Kedai dia pun cantik, ala2 cafe dekat obersea gitu..

Dalam 15 minit before kedai Crocs bukak baru lah ada orang beratur dan anis orang ke 9 :)
Alhamdulillah dapat voucher Crocs worth RM248
Sape tak suka ye dak?

Time anis nak bayar, ada orang tercicir voucher dia
Kalau la anis ni busuk hati, dah lama anis ambik je tapi rasa macam tak baik kan, so anis bagi dekat casher crocs tu...
In return, anis menang lagi voucher crocs dari Fatin Liyana :)
Allah bagi ujian sikit je, tapi kalau kita sabar terus dapat ganjaran yang lebih besar
Kuasa Allah :)
Alhamdulillah...

Dua pasang dibeli hari khamis yang lepas
Rasa macam nak tambah lagi koleksi crocs memandangkan ada lagi voucher worth RM248
Bila lagi nak merasa pakai kasut crocs ni kan
Hehehe
XOxo

Nov 3, 2012

Malaysia Social Media Week (MSMW) 2013 Soft Launch

Assalamualaikum
Hi semua
Semalam, 2 november 2012, anis dijemput untuk menghadiri Soft Launch untuk Malaysia Social Media Week 2013 di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur


Anis sampai agak awal dan waktu tu anis sorang-sorang
Terasa lonely gila walaupun dikelilingi dengan orang ramai
Huhuhu
Tiba2 kena interview pulak, ambek kau tergagap-gagap nak jawab :p

Tak lama lepas tu, tiba-tiba anis perasan ada dua orang muka macam familiar gila...
Eh, cop!
Mereka dua tu kembar, Ida dan Iena Mansor lah!!!
Akhirnya dapat juga jumpa mereka berdua
^_^


Mereka berdua ni cantik dan sweet je :)
Sepanjang event ni anis borak2 ngan Ida sebab anis duk sebelah Ida, Iena pulak sakit tekak..
Kesian kat Iena.. Yelah, cuaca sekarang kan, kejap panas kejap hujan

Okey, back to the story!
Event ni bermula pada jam 4 petang
At first ada persembahan oleh bands yang dijemput
Paling best band yang ni

I forgot their band's name
So sorry =_='

Event start dalam pukul 6 petang actually
Perut dah nyanyi lagu muara hati dah ni, dah tak tahan lapar dah ni
Nasib baik organizer ada buat booth cotton candy and popcorn free :)
So ape lagi, cepat2 pegi ambik ^_^
Pelahap betul anis athia ni
Hahaha

Budak kecik muka excite dapat gula-gula kapas :)
Lama gila tak makan bendalah ni
Time kecik2 suka gila makan sebab manis kan
Pastu rasa macam makan awan pink jek...
Feeling2 princess gitu... :p
Padahal sebab benda ni lah boleh rosakkan gigi! (tu dia bakal dr gigi kita ni)
Kepada ibu bapa, jangan galakkan anak2 anda makan cotton candy ni
Nanti jadi macam saya, dapat caries a.k.a gigi berlobang
Nak makan boleh, tapi wajib berus gigi lepas tu!

Garang tak? Garang tak? Ke tak? Heh!

Okey, kembali cerita pasal event!
Anis ni asyik kelaut je entry kau ni kan... Hehehe.. Sowy...

Event ini dimulakan dengan gimik
Gimik ape? Depa buat flash mob!
Paling last depa buat gangnam style
Op op op Oppa Gangnam Style!


Lepastu, ketibaan tetamu jemputan
Then ada speech from the president dan juga oleh perasmi YB Khairy Jamaluddin and next is the launcing :)


Altimet pun ada!

Untuk MSMW next year ada banyak activity best seperti World Bloggers and Social Media Awards, World Bloggers and Social Media Summit, Gadget Expo, Battle of Bands, Street Dance dan juga Social Media Hunt

MSMW 2013 akan bermula pada 26 February- 3 March 2013

MSMW 2013 organised by Social Media Chambers Malaysia and co-organised by My Events International
MSMW 2013 is endorsed by Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan

Untuk dapatkan latest update, korang boleh la LIKE facebook page : Malaysia Social Media Week (MSMW)
Or
Follow their twitter : @msmw_2013

Sebelum berpisah, we all snap2 picture dullu lah

Ini pula fyna, penulis blog Fyna Here!
Blogger famous ni :)

Fuh.. Panjang jugak entry kali ni...
Harap korang semua enjoy:)
Hari ni anis akan berada kat UIA Gombak untuk event KAEDLIVE
Kalau korang datang, mention anis kat twitter oryte, see ya ^_^
Tak sabar nak naik hot air balloon
XOxo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...