Oct 30, 2012

Nuffnang Premiere Screening Skyfall

Assalamualaikum
Hi semua
Semalam (29 Oktober 2012) anis ke MidValley untuk premiere screening cerita Skyfall
Thanks to Nuffnang for the invites ^_^

Sape tak tau Skyfall ni cerita pasal ape???
James Bond bebeh, yeah!
Memang suka tengok cerita spy and action macam ni

The ticket


Tapi semalam anis agak mengantuk
Dah la dapat seat second row dari depan
Memang mendongak la kan.. Huhuhu
Lain kali kena beratur awal2 untuk dapat seat belakang2

Balik kepada main point, movie Skyfall
Bagi anis cerita ni best tapi nak cakap best gila tu anis rasa macam tak je...
Biasa kalau cerita James Bond ni mostly banyak gadget2 cool kan tapi dalam cerita James Bond kali ni lebih kepada gadget2 lama..
Kira macam old school lah
Huhuhu

Paling anis suka kereta James Bond!
Serious awesome!
Dan suka lagu tema cerita ni, Skyfall by Adele :)

Disebabkan anis ngantuk gila time tengok movie ni jadi anis tak faham sangat jalan cerita
Maafkan saya =_='
Jadi tak dapat lah nak cerita sinopsis, kang nanti salah cerita pulak, tiba2 ada babak adam hawa kang.. Hahaha

Ohye, semalam anis pakai shawl baru, beli kat Tropicana City Mall
Sila jelly uols!!! (haktuih!)

Nampak tak, saya agak pendek!
Ni gambar selepas screening, time ni kedai semua dah tutup
Nampak tak mataku yang sepet...
Mengantuk tahap kronik boleh pitam masuk ICU!
Hahaha

Ohye, hujung minggu ni anis akan ke UIA Gombak untuk event KAEDLIVE
Jom join giveaway anis untuk menang tiket percuma, klik SINI
XOxo

Oct 17, 2012

Nuffnang Premiere Screening TED

Assalamualaikum
Hi semua
Semalam anis ke MidValley untuk tayangan perdana movie TED :)
Thanks to Nuffnang for the invite ^_^




Semalam anis masuk panggung agak lambat sebab tunggu arif datang
So, terlepas scene awal2
Time anis masuk tu tengah konflik antara Lori, John dan Ted
Ted is the teddy bear yang boleh bercakap dan hidup macam manusia
Ted merupakan best friend kepada John sejak John berumur 8 tahun lagi
Waktu anis masuk, Ted terpaksa berpindah dari rumah Lori dan belajar hidup berdikari

Overall cerita ni best dan lawak gila sumpah!
Sepanjang movie ni asyik ketawa je and the best part is the ending (for me) sebab ade Taylor Lautner! :p

Pengajaran dari cerita ni, we all need each other and we all need lover and best friend in our life
Kalau dah ade pakwe/makwe jangan la ketepikan best friend dan jangan sebab kawan-kawan kita kecikkan hati orang yang kita sayang
Argh!!! Tak reti nak explain, sila2 tengok cerita ni, in cinemas on 18 October 2012! Esok la tu!
I think this movie is for 18 and above since the jokes are gross sometime
Hahaha
XOxo

Oct 9, 2012

Hijabista casting

Assalamualaikum
Hi semua
Semalam (8 October 2012-isnin), anis ke pejabat karangkraf dekat Shah Alam sebab ada casting majalah Hijabista
Sure korang semua tau kan pasal casting ni? ke tak? eheh...

Le poster


So, ini lah apa yang anis pakai untuk casting semalam
Seriously anis rasa anis lah orang paling simple hari tu dan pendek =_=
Dress from The Pop Look-Penny Chiffon Maxi Dress Brown Blush
Selendang from First Lady
Beg ROXY
Kasut tak nampak lah pulak, dress labuh gila! hehehe

Dari KL sentral nak ke Shah Alam dalam 40 minit jugak lah kalau naik KTM
*KTM sekarang dah cantik, rasa macam naik KLIA punya train plak...balik kampung woo~~~
Pastu2 kan, ade cerita Tom & Jerry
Jelly sangat dengar cerita kau anis, heh!

Anis sampai dah pukul 12 tengahari dah time tu, sempat register je, tak sempat nak casting sebab peserta ramai gila!
Waktu anis sampai, yang tengah casting peserta nombor 20 something, anis pulak no 42
Long way to go...
Sementara menunggu turn, sembang2 dengan new buddy, Dayah
She is from UKM Bangi
Nice to meet you ^_^
Dayah and me
Dekat pukul 4 petang baru la sampai turn anis...
but time anis punya turn diorang nak buat casting by group pulak sebab ramai gila orang and masa dah makin suntuk
So, here we are
From left : Norza, Elly, Nadia, Farah and me

Screen capture from Hijabista punya Instagram

Nampak tak anis sangat rendah antara mereka2 semua!!!
=_=
Mereka2 ni semua selalu buat runaway, no wonder mereka sangat tinggi
hehehe

Anis rasa sangat2 nervous time casting tapi judges semua friendly, so kurang sikit nervous tu... tehee... >_<

After casting, we oll bergambor lah, ape lagi
hehehe


Hope to meet all of you again

Untuk casting ni, anis berserah aje...Dapat ke tak dapat ke itu terpulang..
Sebab ramai lagi yang nampak sangat hebat dan meletop habis!
Tapi, i enjoyed the casting and get a lot of exposure, nice memory to be remembered

Thank you Hijabista team for this event
*Crew2 Hijabista semua cun2 tau dan sangat friendly :)

XOxo

Oct 1, 2012

Preloved Party at Old Blossom Box store

Assalamualaikum
Hi semua
Hari ni pagi-pagi lagi anis dah gerak ke Shah Alam sebab ada preloved party kat Old Blossom Box
Nasib baik senang nak cari butik OBB ni :)
Waktu anis sampai tu dah ramai dah orang yang datang even the preloved party baru je start, around 11 am
Actually I'm looking for new wedges but takde yang berkenan, then meredah lautan gegirl kat area baju pulak....
Ramai gila orang wooo....dan banyak gila baju wooo...
Semua cantik2 and ada yang branded2 tapi jual gila MURAH!
After dah sort out semua, at last i bought these two blouses and one shawl

Blouse from TopShop cost RM45


Another blouse which is only RM20

and pink stripy shawl for only RM5


Shea Rasol, me and Jezmine Zaidan (owner OBB)


Cuba cari manakah anis athia???

Next, i went to One Utama
Actually ni baru first time anis nak meng-explore OU, kalau UO (Untung Orang ramai)  kat Chow Kit tu dah master lah, ni OU belum lagi...hehehe :p
Punya lah sesat nak cari GSC cinema, padahal depan mata je escalator nak naik ke GSC cinema
Well, i bukan orang damansara uolls
Tapi seriously, kalau boleh lepas ni tak nak dah la pegi OU, tak besh pun...huk huk huk
Bad memory with OU
=_=

ohya, hari ni anis pakai baju kuning lagi but match with blue turqoise bawal scarf, leopard pattern shirt from Cotton On, blouse kuning tu beli kat Time Square aje, grey jeans from ESPRIT, Mango bag and Polo shoes yang tak nampak tu tapi nak jugak mention, ceh!


And balik-balik je menerai style hijab baru, amacam?

Okey, muka letih dan mata ade eyebag and dark circle, itu lah anis athia...
XOxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...