Jul 6, 2012

Makan-makan di Chili's KLCC

Assalamualaikum
Hi semua

Hari ni anis ke KLCC sebab nak tengok citer Spider Man
Cerita tu best bagi anis and the hero boleh tahan handsome :p

Ok, entry ni bukan pasal citer Spider Man tapi anis nak review sikit lah pasal restaurant Chili's

Dulu selalu lepak KLCC selalu lah berkeliaran kat depan TGV Cinema kan, pastu selalu lah jugak lalu-lalang depan restoran ni tapi tak pernah pulak terdetik nak cuba

Bila ada baca review dari blogger lain, kepingin lah pulak
Hehehe

Disebabkan waktu anis pergi tu lunch hour maka dekat setengah jam jugaklah duk menunggu meja kosong

Alhamdulillah, dapat juga seat

Untuk kali pertama ni anis cuba SouthWestern Grilled Lamb (around 30 ringgit)
This is it
Dah lapar, tapi tahan air liur daripada meleleh semata-mata gambar duatiga keping
Nanti dok citer dalam blog tapi tak de gambar tak syok la kan...

Nah ambik lagi satu gambar
Posing ayu...ceh!
Padahal perut dah bunyi lagu Ramli Sarip dah ni

Bagi anis lamb dia sedap, burger pun sedap, harga pun sedap!
Makanan dekat Chili's ni boleh dikatakan kena dengan citarasa anis...cewah!
Lepas ni boleh la nak apply jadi pengacara jalan-jalan cari makan ye dak?

Kalau korang nak tengok menu apa ada dekat Chili's boleh klik SINI
Chili's ada di KLCC, MidValley, One Utama, Empire Shopping Gallery, Bangsar Shopping Centre, CITTA Mall dan G Hotel Penang

XOxo

9 comments:

  1. Auww, mana tahu nie esok akk memang nak pi KLCC nengok Spiderman dan nak mencekik kat Chili's. Memang sedap menu2 nyer, harga pun 'terbaik' Sekali-sekala takpe, kalau selalu, bengkok. Hahhahaha,..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum.
    Maaf jika teguran saya menyinggung hati tuan blog.

    Header akak : jgn berlebih-lebihan dlm berhias. Tabarruj. Kecantikan hanya untuk suami,

    Saya juga manusia, punya khilaf.
    May Allah bless.

    ReplyDelete
  3. xprnh mkn chilis kt klcc, selalu dkt ou.. tp mmg sllu nmpk chilis klcc penuh je memanjang huhu

    ReplyDelete
  4. http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/giveaway.html mari j0in sini..banyk hadiah menarikk

    ReplyDelete
  5. mg chilli best pun,kan?aduhh...sedapnyer,!:-)

    ReplyDelete
  6. ala akak ni pi KLCC ke esok...tak dapat nak beronok-ronok bersama...

    F.H.' : terima kasih atas teguran :)

    Same je kowt chili's kat mane2 princess feyqa :)

    Yayansmum a.k.a YM : yup, first time rasa ni dah boleh cakap sedap...huhuhu

    ReplyDelete
  7. pernah lalu kedai makan ni tapi
    terfikir menu apa yg best hehe.. next time kalau lalu lagi boleh lah masuk =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...