Mar 11, 2012

Kenangan pahit zaman dulu-dulu


Assalamualaikum
hi semua
setelah membaca entry dari IlaSyamila, tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu kala
kewangan keluarga waktu itu tidak berapa nak stabil, al-maklum lah parents anis berkahwin pada usia muda
waktu tu (1989) ummi anis berumur 19 tahun manakala abah berumur 21 tahun
dan lahirlah anis pada tahun 1991
anak sulung tau
waktu anis berumur 4 tahun (kalau tak silap), abah anis bawak anis ke The Store, salah satu supermarket famous zaman dulu-dulu
ini lah pertama kali anis beli mainan dan mainan pertama anis adalah lego

gambar hiasan semata-mata
Dah seronok-seronok dapat lego, anis dan abah anis bersusah payah bawak balik kotak lego besar gedabak dengan menaiki motor kapcai
tak diduga, disebabkan kekurangan lampu jalan, abah anis terlanggar biri-biri dan anis jatuh tergolek atas jalan tar
nasib baik dulu-dulu tak banyak kereta lalu-lalang dan alhamdulillah, tak parah mana pon
hanya luka sikit di bahagian lutut tetapi sampai sekarang ade kesan luka tu
sebab tu lah anis boleh ingat tragedi tak semena-mena ni
hehehe
dah jatuh tergolek, anis tetap kutip balik lego anis walaupun kotak lego pecah berderai
mainan pertama katakan
dah la mahal, sape tak sayang kan

terasa jealous dengan adik-adik anis zaman sekarang ni
kalau dulu, nak beli mainan punya lah susah tahap cipan
tapi sekarang ni, cakap je nak apa, semua dapat selagi mampu
boleh dikatakan 70% kanak-kanak zaman sekarang ni ada handphone, handphone pula bukan calang-calang handphone standard baling anjing sampai pitam, smartphone beb!
wahai adik-adik, bersyukur lah dengan apa yang kita ada sekarang ni
sayangi ibu bapa anda

p/s : terasa homesick, rindu baby aqil so much!
cepat lah cuti
;(

XOxo

6 comments:

  1. lego tu dah kira mainan palin top dan mahal jugak masa tu. :)

    ReplyDelete
  2. lahai nostalgia sgt cerita kak anis. kalau imagine betul2, mesti rasa sayu gila time tu. demi lego. aih menyentuh hati hati ;)

    ReplyDelete
  3. sebab mahal lah sanggup kutip balik lego-lego, yang retak pun kutip, walaupun dalam gelap...pengorbanan ibu bapa, mahal pun tak apa, untuk anak-anak kan...terharu...sob sob

    ReplyDelete
  4. zaman dulu kan susah nk dpt logo 2,
    so mesti la kita syg ..
    tmbh2 lg,bgr mahal...

    ReplyDelete
  5. ade sepupu sy tuu , baru 7 tahuuun , haritu dia sunat mintak bapak dia psp . terus dapat . masa sy 7 thun dulu still main masak - masak . hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...